Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, July 16, 2009
Mansuh PPSMI – Polis Wajib Minta Maaf
Akhirnya atas desakan rakyat dan usaha berterusan rakyat, kerajaan tunduk dan membuat keputusan memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Sungguhpun sikap ego dengan menyatakan dasar tersebut akan berkuatkuasa 2012, namun ianya merupakan satu kejayaan. Namun, kita tidak harus berasa selesa dengan keputusan tersebut kerana pemansuhan tersebut hanya berkuatkuasa pada tahun 2012. Timbalan Perdana Menteri minggu lalu hanya melakukan pengumuman penangguhan PPSMI. Melalui jangkamasa dua setengah tahun, Menteri akan menerima pelbagai tekanan; dari bekas Perdana Menteri, dari pengusaha buku teks yang telah selesa mendapat projek percetakan, pengedar komputer riba untuk sekolah dan sebagainya.
Sungguhpun desakan dari pelbagai kumpulan termasuk Dong Jiao Xiong*, tanpa kajian yang menyeluruh dari pihak kerajaan terutama sekali dari Menteri Pelajaran ditugaskan menjayakan PPSMI ialah Datuk Musa Mohamad dan Datuk Hishamuddin Tun Hussein, dasar yang dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada tahun 2003 itu dilaksanakan. Kerajaan hanya mengambil masa enam bulan sahaja bagi pelaksanaan tersebut.
Maka tersenyumlah pencetak buku teks (dalam mendapat kontrak menerbit buku baru), penggoreng mee hoon dan karipap kentang (kerana banyak siri mesyuarat yang diadakan, setiap mesyuarat kerajaan selalunya dihidangkan dengan mee hoon dan karipap kentang), pengedar komputer riba dan sebagainya.
Pada tarikh tersebut (7 Mac 2009), Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) telah berjaya mengumpulkan ribuan rakyat dengan berpakian putih dengan bersemangat mahu mengiringi penyerahan memorandum tersebut sungguhpun kehadiran polis dengan segala peralatan ‘peperangan’ mereka dalam angka yang besar.
Demonstrasi itu berakhir dengan pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan meriam air dan bertalu-talu gas pemedih mata dilepaskan.
Pda dasarnya, pihak polis telah membenarkan perhimpunan membantah PPSMI tetapi permit dibenarkan untuk perhimpunan di Masjid Negara sahaja dan tidak di dua lokasi yang berbeza iaitu Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo malah perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memo juga tidak dibenarkan.
Namun, atas semangat yang ada, mereka tetap meneruskan hasrat mereka (untuk berarak kerana mereka menganggap sebagai tetamu Agong) dan membandingkan sikap penjajah pada waktu lampau yang membenarkan perhimpunan membantah Malayan Union.
Menurut Wikipedia, perhimpunan 7 Mac 2009 yang dipanggil Perarakan Keranda Mac 2009 merupakan perarakan aktivis bahasa dan rakyat Malaysia yang antara lain mahu PPSMI dimansuhkan. Perarakan ini menyerupai matlamat perarakan Keranda 152 yang diadakan pada tahun 1967. Perarakan ini diadakan kerana mahu mengembalikan kedudukan Bahasa Melayu ke tempat yang sewajarnya dalam sistem pendidikan negara Malaysia.
Perarakan itu telah dirancang awal sebelum 31 Januari 2009 lagi. Pada mulanya polis enggan mengeluarkan permit perhimpunan. Polis memberi amaran berkali-kali agar rakyat tidak menyertai perhimpunan haram.
Pada seawall 9.00 pagi lagi pihak polis sudah berkawal dan mengadakan 16 sekatan jalan seperti di Pasar raya Sogo, Masjid Negara, Pasar Seni, Istana Negara, Jalan Brickfield, Jalan Kuching, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Sungai Ramal, Kajang dan lain-lain.
Pada jam 1.00 tengah hari, selepas penyokong anti PPSMI menjadi semakin ramai, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di udara bagi mengira jumlah , lokasi pennyokong , arah aliran ,memberi gambaran dan arahan keselamatan lebih tepat .
Pad akira-kira jam 2 petang, sewaktu peraraka hendak dimulakan, polis telah bertindak mengepung Masjid Negara bagi menghalang penyokong-penyokong seramai 8,000 yang berkumpul di dalam kawasan masjid berarak ke Istana Negara. Hampir kesemua berpakaian baju T putih dengan tulisan merah 'Mansuhkan PPSMI', 'Daulatkan Bahasa Kebangsaan','Selamatkan Bahasa Ibunda','Tingkatkan Pengajian Bahasa Inggeris di Sekolah'. Mereka bergerak melalui Jalan Kinabalu dan di bulatan bergerak ke Jalan Kampung Attap dan Jalan Syed Putra dan menuju Istana Negara yang terletak di Jalan Istana.
Kemudian, trak merah FRU dan lori meriam air bergerak dari Taman Tasik Perdana mengikut Jalan Tun Sambanthan dan ke Jalan Syed Putra dan menghalang orang ramai di Lebuh raya Mahameru .
Ketua polis memberi amaran kepada orang ramai jangan mendekati kawasan Istana Negara. Polis dan FRU akan menangkap sesiapa yang melanggar arahan, menahan mereka di dalam trak dan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Polis mula bertindak ganas pada jam 2.40 petang ketika anggota FRU yang berbaris di Lebuhraya Mahameru melepaskan 10 tembakan gas pemedih mata. FRU juga telah melepaskan tembakan di luar Masjid Negara. Seramai 124 orang telah ditangkap di pelbagai lokasi.
Apabila dilihatkan sambutan rakyat membuak-buak, pihak kerajaan tidak mempunyai alsan lain. Datuk Hishamuddin Tun Hussein kesal dengan perhimpunan anti PPSMI ini kerana PPSMI telah dilaksanakan selama enam tahun tanpa gangguan. Beliau juga mendakwa pembangkang menjadi dalang yang mempengaruhi pejuang dan pencinta bahasa ini. Kementerian Pelajaran tidak akan berganjak serta merta tetapi mengikut proses.
Menurut Hishamuddin, Kementerian tidak boleh dipersalahkan kerana PPSMI merupakan keputusan beberapa kementerian dan Jemaah Menteri.
Aura juga telah menular di luar ibukota Kuala Lumpur dan mobilisasi di Johor juga mendapat tekanan dari pihak berkuasa sehingga lapan anggota Dewan Pemuda PAS Johor ditahan polis ketika mengedarkan risalah anti dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 20 Jun 2009 petang tadi.
Alasan mereka ditahan ialah kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI yang tidak mempunyai nama pencetak dan penerbitnya.
Persoalan sekarang ialah pihak kerajaan khususnya Ketua Polsi Negara haruslah bertanggungjawab akibat tindakan polis pada hari perarakan. Atas dasar apa kerajaan perlu mengerahkan anggota polis yang ramai serta menembaj gas pemedih mata ke arah demonstran yang hadir atas kos sendiri itu. Pampasan harus diberikan atas usaha mereka sehingga matlamat perarakan mereka 7 Mac itu mencapai matlamat.
Seperti yang kita sedia maklum, anggota polis, trafik dan FRU hanya ‘menurut perintah’. Soalannya, siapa yang mengeluarkan perintah? SUdah semestinya bukan Agong kerana Agong pada dasarnya tidak mempunyai halangan dan sedia menerima memorandum mereka. Sekurang-kurangnya, Ketua Polis Negara harus bertindak jantan dengan mengemukakan surat terbuka kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada GMP atas usaha murni mereka.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akhirnya mengakui data yang dikumpul menunjukkan bahawa dasar PPSMI gagal sama sekali meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Perbelanjaan dalam pelaksanaan melebihi RM4 billion, manakala penguasaan bahasa Inggeris pelajar hanya naik tidak sampai 3%. Beliau juga memberitahu mengenai trend kejatuhan kedudukan negara yang menjunam ke tangga ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan tangga ke-21 berbanding 20 dalam Sains amat membimbangkan.
• Dong Jiao Xiong memperjuangkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing.
Labels: demokrasi malaysia, malaysian police, pdrm, permit polis, Petisyen Agung, police brutality, ppsmi, reformasi polis
0 Comments:
Post a Comment
<< Home