Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, June 24, 2009

TIME BOMBS IN MALAYSIA: Malaysian Malaysia vs 1 Malaysia

Aku rasa bertuah menjadi di antara orang yang terawal membaca buku yang benar-benar mencatat pergerakan politik di era70an dengan beberapa pembaharauan – Time Bombs in Malaysia 30th Anniversary. Buku ini pada awalnya ditulis pada tahun 1978 oleh seorang ahli politik terkemuka sehingga kini, Lim Kit Siang. Jatuh bangunnya dalam dunia politik semuanya dinukilkan. Selepas 31 tahun, ianya diterbitkan sekali lagi dengan beberapa pembaharuan.

Aku berasa bangga kerana terlibat secara langsung dalam penerbitan buku ini yang dianggap sebagai salah satu arkib dalam perkembangan sejarah moden politik Malaysia. Di dalam buku ini juga kami menyelitkan foto-foto berwarna perkembangan politik yang mengkhususkan kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) sehinggalah sewaktu kebangkitan rakyat menjelang pilihan raya umum 8 Mac 2009.

Pada awal penerbitannya, buku ini menjadi kitab sejarah pergerakan politik akibat daripada penggelitaan media pada ketika itu. Rakyat yang mahukan kebenaran membeli buku ini dan kemudiannya memberi inspirasi dalam perjuangan keadian sosial negara.

Terbitan pertamanya mencecah jualan 10,000 naskah pada Mei 1978, tiga minggu ianya berada di pasaran. Edisi keduanya mula dicetak dan habis dijual pada Ogos 1978. 10,000 lagi naskah kemudiannya dicetak pada September 1978.

Apa yang sebenarnya menarik mengenai buku ini sehingga ia lari seperti ‘goreng pisang panas’?Buku inilah pada waktu itu yang menjelaskan mengenai prinsip kebebasan, keadilan akauntabiliti, integriti, perpaduan dan solidariti. Apek-apek yang menceritakan kepadaku apabila aku memberitahu mereka bahawa Lim Kit Siang akan menerbitkan semula buku ini memberitahu, pada 30 tahun yang lalu, ramai yang ternganga bila membaca buku ini seolah-olah membaca buku hantu!

Setelah meneliti Time Bombs in Malaysia, orang ramai terlalu dahagakan sebuah ketelusan mengenai keadaan rasuah yang pada dasarnya memang menular di dalam diri ahli-ahli politik pada waktu itu.

Pada awal penulisannya lagi, Kit Siang sudah mengutarakan prinsip perpaduan di bawah satu bayung bangsa Malaysia. Apabila beliau memperkenalkan Malaysian Malaysia, beliau dihentam hebat terutama dari kalangan pemimpin Umno dan seluruh akar rumput parti parti Melayu itu yang tidak memahami prinsip itu secara mendalam turut sama mengecam, tanpa usul kajian.

Kini Presiden Umno sendiri cuba mengenengahkan prinsip yang sama di bawah I Malaysia.

Pada sidang parlimen Februari/Mac 1971 lah Peraturan Tetap Parlimen dipinda apabila kesemua ahli parlimen dari DAP menghantar ratusan soalah lisan dan pertanyaan bertulis. Lim Kit Siang sendiri telah menyiapkan 152 soalan lisan untuk kementerian menjawabnya. Sejak itu, ahli-ahli parlimen hanya boleh menghantar 20 soalan lisan maksimum.

Time Bombs in Malaysia juga menceritakan kisah-kisah sarkas yang berlaku di dalam parlimen yang tidak kita ketahui. Kit Siang menceritakan bahawa beliau digantung pada 19 Julai 1974 hanya kerana merujuk National Front (Barisan Nasional) kepada National Fraud.

Mengimbas kembali sewaktu buku ini mula-mula diterbitkan, Kit Siang menulis dalam prakatanya bahawa pada waktu itu Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Razak yang meninggal dunia di London pada tahun 1976 akibat leukemia. Menurut formula RAHMAN, selepas Tun Hussein Onn, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri da kemudiannya Tun Abdullah. RAHMAN juga menilik Najib Razak (Datuk Seri) sebagai penyudahnya.

Kit Siang mengharapkan ianya akan benar-benar berlaku dengan isu-isu yang diketengahkan 31 tahun yang lampau dikenang oleh generasi sekarang. Sememangnya isu-isu di dalam buku ini masih relevan untuk diperbincangkan memandangkan pemerintahan Malaysia sejak 50 tahun yang lampau di bawah legasi BN dan Umno.

Kit Siang dalam beberapa siri ucapannya pernah berucap bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) berfungsi sebagai pembangkang dan tidak berminat menjadi kerajaan pemerintah. Namun telahannya agak meleset kerana selepas tsunami 8 Mac, lima negeri telah jatuh kepada pembangkang, anaknya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Selangor dan Perak juga mendapat sumbangan besar dari DAP dalam pentadbiran negeri tersebut.

Time Bombs mencatat semula ucapan-ucapan yang dibaca oleh Kit Siang sewaktu beliau menjadi Ahli Parlimen beberapa sessi. Jatuh bangunnya, susah senangnya, tangis riangnya, gagal jayanya semuanya dinukilkan dalam buku ini.

Selain pengalamannya di dalam politik, Kit Siang juga menulis mengenai rasuah, isu buruh, demokrasi, perlembagaan dan juga mengkritik hebat polisi kerajaan. Dalam isu buruh, Kit Siang sudah mula mewar-warkan kepentingan untuk mengadakan gaji minima. Dan kesan serta tekanannya mula mendapat sambutan sekarang.

Kit Siang ketika dibebaskan pada 19 April 1989 dari ISA semasa Operasi Lalang. Beliau dan Guang Eng (hujung kiri) adalah tahanan terakhir dibebaskan daripada sejumlah 108 tahanan. Mereka ditahan selama 18 bulan.


Menceritakan mengenai penulisnya, Lim Kit Siang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA)dari Mei 1969 hingga Oktober 1970. Dia ditahan lagi pada 23 April 1978 di bawah Akta Rahsia Rasmi 197. Pada waktu itu beliau dibicarakan atas tulisan beliau bersama P.Patto berkaitan dengan pembelian kapal Angkatan Laut dari Sweden.

Buku Time Bombs in Malaysia 30 Aniversary ditulis dalam Bahasa Inggeris dan pembelian secara talian boleh diperolehi dari TOKOBUKU.

Labels: , , , , ,

1 Comments:

At 4:02 pm, Blogger LeeSlimShady said...

lama punya cerita

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com