Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, July 11, 2009

Darah Anda Bukan Milik Anda Lagi


Darah atau Asid Deoksiribonukleik (DNA) adalah sebahagian daripada tubuh kita dan ia juga adalah milik kita secara hakiki.

Namun, ianya tidak lagi dimiliki oleh kita lagi. Dengan pembentangan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) baru-baru ini, ianya milik polis.

DNA mempunyai maklumat genetik. Para saintis menggunakan DNA untuk mengecam atau mengenalpasti seseorang individu itu.

Oleh yang demikian, bagi mempercepatkan sesuatu siasatan, DNA akan diambil tanpa sebarang waran. Kita sebagai warganegara Malaysia tidak ada pilihan lain, tetapi perlu menyerahkan DNA kita untuk tujuan itu tanpa perlu disoal.

Seperti yang kita ketahui, Negara kita mempunyai akta yang begitu terkenal yang mampu menahan seseorang itu tanpa sebarang perbicaraan. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Darurat (EO) membolehkan sesiapa sahaja ditahan. Mereka-mereka ini yang sedang tidur di waktu malam, yang tiba-tiba dituduh terlibat dalam sesebuah keganasan (kononnya) akan boleh dijatuhkan pendakwaan lain-lain dan kemudiannya DNA mereka diambil untuk pihak berkuasa sebagai bahan bukti, juga kononnya.

Saya bukanlah seorang yang sering mengikuti siri Crime Investigation Scene (sebut CSI) tetapi anggota FBI yang menyiasat sesebuah kes itu perlu mendapat waran dari mahkamah bagi mendapat DNA tertuduh bagi membantu siasatan mereka.

Malaysia mempunyai keadaan yang lain. Pihak polis ini tidak perlu menjalani proses tersebut. Mereka mempunyai kuasa mutlak untuk menangkap, memeras, memukul yang tidak termaktub dala mana undang-undang. Apa yang lebih merungsingkan, polis kini mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk mengambil darah bagi sebarang tujuan yang dirasakan perlu. perkara 13 (7) membenarkan pihak polis mengambil sampel dengan apa cara sekalipun.

Setelah meneliti bacaan kedua di yang dibaca di Dewan Negara hari ini (7 Julai 2009), akta ini tidak ada keselamatan di dalam penyimpanan dan pengujian sampel-sampel DNA dan bagi profil DNA. Akta ini juga tidak ada keselamatan dari segi cara sampel-sampel atau profil dilaksanakan.

Akta ini juga tidak mempunyai sebarang peruntukan bagi ujian sampel terhadap tertuduh yang benar-benar bebas. Akta ini tidak memberi peluang bagi tertuduh untuk menguji pengesahan sampel di mana mempunyai profil DNA tertuduh. Oleh itu, akta ini tidak memberikan jaminan dari segi laporan kimia sebagai bahan bukti profil DNA di mahkamah yang datang dari sampel yang sama diambil dari tertuduh yang sama.

Sepatutnya, tindakan mengambil DNA hanya berlaku apabila waran DNA dikeluarkan oleh mahkamah. Di Kanada, pihak polis mestilah menunjukkan bahawa mayat telah dijumpai di tempat kejadian, atau terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tertuduh terlibat dalam kesalahan jenayah itu, dan forensik analisis DNA akan menyediakan bukti mengenai sama ada bukti mayat dijumpai bersama tertuduh.

Saya cuba bayangkan seseorang yang ditahan di bawah Akta Darurat kerana kononnya cuba mendatangkan huru-hara hanya apabila seseorang itu cuba mempertahankan rumahnya dari diroboh pihak berkuasa tempatan.

Dengan penggubalan akta ini, kita tidak lagi mempunyai hak privacy.

Selain itu, di bawah akta baru ini, pemusnahan sampel tidak patut dibenarkan tetapi mandatori selepas satu tempoh masa yang ditentukan. Usul yang dikemukakan di dalam Perkara 17 tidak dapat diterima kerana ia memberi kebebasan mutlak kepada Ketua Bank Data DNA. Ia juga tidak selaras dengan piawai antarabangsa.

Perkara 18 hanya menyebut mengenai penyisihan profil DNA dan sebarang maklumat yang berkaitan dengannya. Tidak ada sebarang jaminan bahawa profil DNA tidak boleh disimpan di mana-mana atau dipindahkan kepada satu pengkalan data maklumat.

Di dalam perkara 24, “bukti konkulsif” menyingkirkan kuasa mahkamah untuk menimbang sebarang bukti. Timbangan di dalam bukti yang dikemukakan sebelum perbicaraan selalunya menjadi persoalan di dalam mahkamah. Perkara yang bukti konklusif membelenggu proses penghakiman. Ianya secara tidak adil memberi sekatan kepada hak bagi pesalah untuk menyoal kredibiliti mengadakan profil terhadap DNA. Oleh itu, maklumat dari bank data DNA dikenalpasti sebagai suatu yang tidak betul, dan memberi ruang kepada kesilapan untuk berlaku.

Kalau kita takut dengan polis, kita akan lebih takut kini apabila akta ini diwartakan. Setiap tahun, ada sahaja kita mendengar kes tahanan di dalam lokap mati semasa dalam tahanan. Kita juga akan lebih takut apabila dengan pengambilan DNA sewenang-wenangnya akan digunakan atau didakwa atas apa sahaja kesalahan.

Saya (dan mungkin kamu) lebih rela sekiranya darah saya ini diambil dan diderakan di tabung darah bagi menyelamatkan mangsa-mangsa kemalangan yang lebih memerlukan darah. Darah saya bukanlah untuk dimanupulasi!

Artikel yang diedit boleh dilayari di http://bm.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=62:lagi-takut-undang-undang-dna-dari-takut-polis&catid=8:faisal-mustaffa&Itemid=9

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com