Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, February 28, 2009
Perubahan Politik kepada Parti Buruh Australia
Salah satu kreativiti kurator menyenaraikan banduan-banduan, tahun penahanan dan bentuk kesalahan mereka bersama pakaian yang mereka kenakan semasa dalam tahanan
Pada 7 Februari, aku menghabiskan hari kedua terakhir aku berjalan-jalan di sekitar bandaraya Sydney.
Bagi aku bandaraya ini sudah melalui pelbagai pengalaman sejarah baik kuno mahupun moden dengan kepelbagaian. Perubahan pentadbiran politik dari Parti Liberal kepada Parti Buruh juga menampakkan perubahan yang ingin dikecapi oleh rakyat Australia.
Aku dijemput oleh Parti Buruh Australia dalam sebahagian manifesto mereka untuk merekayasa sistem pendidikan ke mata dunia.
Pada hari tersebut, aku menghabiskan masa melawat beberapa tempat bersejarah di Sydney terutama di muzium. Pelbagai muzium ada di dalam senarai dari sumber rujukan aku - Blackberry. Tetapi apa yang paling menarik untuk aku lawati ialah sebuah bangunan yang pernah dijadikan tempat tahanan, pejabat daerah, tempat perlindungan kepada golongan teraniaya dan kemudiannya dikekalkan sebagai muzium. Dan selain daripada pameran biasa, muzium HYDE PARK BARRACKS pula sedang mempamerkan "Convict HULKS: Life on the Prison Ships".
Pintu masuk ke Hyde Park Barracks Museum
Peperangan Kebebasan Amerika (1775-1783)
Sebelum berlakunya konflik Peperangan Kebebasan Amerika di beberapa buah negara termasuk Australia, mereka yang didapati bersalah dalam pelbagai kesalahan akan dikenakan pelbagai hukuman. Kebanyakan kesalahan yang berlaku ialah kecurian, rompakan dan pemalsuan akibat daripada kemiskinan yang melanda di kalangan masyarakat pada waktu itu. Hukuman yang lazim dikenakan ialah penjara. Tidak kurang juga hukuman lain ialah hukuman bunuh; sebatan, memotong rambut di depan khalayak ramai; denda dan dibuang negara.
Pada awal kurun ke 17, pemerintah British membuang negara kepada pesalah bagi membekalkan buruh murahan kepada koloni Amerika. Namun, semasa Peperangan Kebebasan Amerika melanda, mereka menghentikan hukuman sebegitu dan menempatkan mereka ke 'hulks' atau armada yang uzur dan tidak berlayar lagi yang disauh.
Tenaga mereka digunakan sebagai buruh dalam projek-projek pembersihan sungai, mengumpul batu-batu laut dan sungai serta pembalakan.
Dari tahun 1776 hingga 1802, hulks diselia oleh individu persendirian seperti Duncan Campbell dan James Bradley di bawah kontrak kerajaan British.
Daripada banyak pengurusan 'hulk' yang terdapat sepajang kurun tersebut, Bermuda (dari tahun 1799) dianggap paling zalim. Dari tahun 1824 hingga 1863 ia pernah menempatkan ribuan pesalah lelaki yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah British dan Irish yang membekalkan buruh kasar sehingga 14 tahun hukuman. Daripada jumlah 9000 banduan dihantar ke Bermuda, 2000 telah mati.
Gari tangan dan kaki untuk banduan di dalam hulk
Pameran "Convict HULKS: Life n the Prison Ship" dipamerkan dari 4 Ogos 2007 hingga 26 Julai 2009 di Queens Square, Macquire Street, Sydney.
Muzium Hyde Park Barracks
Muzium tersebut juga mempamerkan sejarah bangunan tersebut. Berikut ialah gambar-gambar di tingkat atas bangunan:
Buku manual untuk warden, dan pentugas di barak
Barak tempat para warden berehat
Suasana di luar kawasan pusat tahanan
Labels: australia, hyde park barracks, labour party, sydney
0 Comments:
Post a Comment
<< Home