Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, March 23, 2010

Suhakam must report to Parliament, not PM

By Jaynne Koh (freemalaysiatoday.com)

KUANTAN: The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) has been urged to exert its role in view of Malaysia’s dipping ratings on human rights policing in the country

Research for Social Advancement (Refsa)
, a political organization, noted that eight years after its establishment Suhakam’s credibility was questionable.

“It’s my opinion that Suhakam Act should be amended allowing it to report directly to the Parliament. As long as it’s answerable to the prime minister, there can be little action without fear, “ said Refsa researcher Faisal Mustaffa.

He said the last amendment, to the Suhakam Act, in 1989 failed to give sufficient authority to the commissioner.

He said Suhakam’s current Act restricts the development of human rights and allows the government to ignore recommendation from public inquiries and for the parliament to not debate its reports.

Although Suhakam was set up by the Parliament and designed to act independently, it was however financially dependant on the government. Its line up of Commissioners is appointed by the King but with the advice of the Prime Minister Najib Tun Razak.

Faisal said Suhakam should be given more powers and authority to act on certain matters.

"In particular, changes must be done on the issue of Election slots. During 12th general election participants from both sides of the divide agreed that there were lots of election slots which violated human rights, “ he told FMT.

This aside, there is also the ongoing calls for abolishment of emergency laws which had in recent times put Malaysia in bad light.

“Suhakam must stand above its political masters. It should view issues for its worth and not look at situations through the eyes of political parties and academicians.

He cited an example, at a recent forum, on the issue of wife abuse, where some Umno members were present..

"We believe the wife abuse is an issue, but Umno members present felt it was a domestic matter and Suhakam should not interfere. But these are also issues Suhakam should look into, “ he said.

It is a known fact that Suhakam has remained aloof on societal issues that intertwined human rights with religion, culture and daily life.

The primary reason is because it lacks the expertise to deal with these issues, unlike its peer commissions in Australia and Pakistan.

Faisal said it is now imperative that Suhakam, if it is to remain relevant, amend its laws and secure the resources of people capable of dealing with human rights issues and its implications of a multiracial society.

 

 

Wednesday, March 17, 2010

Kempen-kempen Pemilihan (Raya) “Menuju Puncak”



Kini deman Akademi Fantasia kembali. Selepas lapan tahun Akademi Fantasia bertapak, rancangan realiti tv itu masih mendapat sambutan daripada penonton televisyen terutama sekali dari kalangan remaja dan luar bandar.

Sekiranya dilihat aura musin yang lalu, penonton-penonton dan penggemar rancangan Akademi Fantasia secara majoriti memilih Hafiz atau Mohd Hafiz Bin Mohd Suip (20).

Demam kempen-kempen kemenangan Hafiz amat berbeza permainannya dengan demam kempen-kempen parti politik dalam pilihan raya. Lebih kotor lagi, kempen politik perampasan kuasa yang kononnya menggunakan atas nama proses demokrasi.

Dalam demokrasi, pemilihan dalam mewakili sesebuah kumpulan / daerah / Negara diserahkan kepada orang ramai, tanpa sekatan asalkan mereka layak untuk memilih. Dengan cara ini sahaja suara majoriti dapat kedengaran dan populariti dapat ditingkatkan.

Bagi menjalankan proses demokrasi tersebut, kempen perlu diadakan bagi menyatakan manifesto. Kempen bukan perkara yang mudah. Ia perlu diadakan dengan melibatkan seberapa banyak pihak berkepentingan dan menggalakkan orng yang tidak berkepentingan dalam menjayakan kempen mereka itu. Dalam sesebuah parti komponen yang besara, secara praktikalnya memerlukan jutaan ringgit.
(D.Beetham, Democracy and Human Rights ( 1999).



Penonton Astro menerusi Era dan pendengar radio Era telah membelanjakan lebih kurang RM2.5 juta ringgit atas und isms yang diterima sepanjang 10 minggu (fakta dari pengumpulan data AKademi Fantasia 2009).

Dalam keadaan ekonomi yang merudum, jumlah penerimaan sms berbanding dengan musim sebelum itu (2008) ialah dengan menyaksikan peningkatan 46%. Mungkin banyak faktor yang membawa kepada peningkatan tersebut selain publisiti melampau pihak Astro bagi menggalak pelanggan-pelanggannya mengundi. Namun, atas semangat mahu melihat idola mereka berada di tangga teratas dalam senarai pesain-pesang lain, mereka sanggup melabur untuk tujuan tersebut.

Apa yang paling menarik ialah bagaimana peserta-peserta ini bersaing antara satu sama lain. Di dalam akademi, mereka akan berusaha bersama-sama dan kita di luar berhempas pulas menabur wang kepada Astro. Dalam sessi rakaman yang disiarkan, tidak Nampak langsung perasaan hasad dengki. Malah semasa konsert, mereka sama-sama membantu lawan mereka.

Ianya sungguh berbeza dengan proses kempen-kempen pemilihan.

Dalam kempen pemilihan Timbalan Presiden Umno (sebut parti Melayu baru), mesyuarat-mesuarat Agung bahagian parti tersebut telah memilih pilihan mereka. Berpestalah mereka seantero mesyurat dengan kerusi melayang, dengan wanita-wanitanya menyelak kain merah dan menyingsing baju kurung putih dengan tersembor gelang-gelang emas memerptahankan calon masing-masing. Wang-wang tunai pula berpindak kocek. Janji-janji ditabur.

Setelah nama disenaraipendekkan dan tempoh mengundur diri (dari bertanding) tamat, hanya Ali Rustam (Datuk Seri) dan Muhyiddin Yasin (Tan Sri) bertanding. Pelbagai strategi diatur oleh juru-juru kempen dan calon sendiri.

Jadi, untuk memenangi pertandingan tersebut, Ali Rustam pun dibuka kes rasuah dalaman beliau dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin parti. Selepas siasatan, Ali Rustam didapati bersalah dan ditarik kelayakan untuk bertanding. Parti pembangkang pula mengambil kesempatan agar Suruhanjaya Pencegarahn Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan siasatan sama. Ini tidak bermaksud calon yang satu lagi bersih dari amalan rasuah. Amalan (rasuah) telah menjadi darah daging dalam pemilihan seperti ini.

Maka, Muhyiddin Yasin menang tanpa perlu bertanding, tanpa perlu menyusahkan pengkritik politik mengkaji undi popular dan sebagainya. Sejurus selepas itu, Muhyiddin pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut S. Weir and D.Beetham dalam buku mereka,” Political Power and Democratic Control in Britain (London: Routledge, 1998), salah satu aspek demokrasi dalam pilihan raya ialah bagaimana ianya dapat memperkasakan pengundi-pengundi; berapa banyak pilihan efektif yang ditawarkan di antara calon-calon dan parti, bagaimana ianya dapat standing dengan nilai undi, bagaimana banyak galakan untuk turut serta dalam pilihan raya, bagaimana system ini dapat menyediakan lapangan yang sesuai untuk bersuara.

Audit Demokratik UK telah mengemukakan dua prinsip asas demokrasi dalam analisanya; pertamanya ialah perkayaan dan kawalan secara kolektif di dalam membuat keputusan dan pembuat-pembuat keputusan. Keduanya, kesamaan politik – di mana setiap orang dan suaranya sama-sama diambilkira; sama ada mereka ini pengundi berdaftar, pengguna perkhidmatan awam, penduduk atau dalam aspek-aspek lain dalam kewarganegaraan.
Dalam amalan parlimen Westminister, demokrasi kita berlandaskan pilihan raya melalui undi terbanyak. Berbeza dengan negara seperti Indonesia, pilihan raya mereka diadakan sekali dalam lima tahun dan sekiranya terdapat kekosongan di sesebuah kerusi, maka calon yang mendapat kerusi kedua terbanyak dipilih mengisi kekosongan tersebut. Di Malaysia, kekosongan sesebuah kerusi diselesaikan dengan pilihan raya kecil.

Sejak pilihan raya umum Mac 2008, kita sudah berhadapan dengan enam pilihan raya kecil; Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Batang Ai, Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Penanti . Melalui pilihan raya kecil Penanti, inilah kali kedua Barisan Nasional (BN) yang mempunyai gabungan parti politik terbanyak (14 buah parti) membuat keputusan untuk tidak bertanding. Kali pertama ialah pada tahun 1975 semasa pilihan raya kecil Parlimen Menglembu atas keputusan mahkamah.

Tetapi, pada tahun lepas, Pengerusi BN, Najib Razak (Datuk Seri) mengumumkan tidak mahu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti atas dua alasan; merugikan dan mengklasifikasikan pilihan raya ini atas masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (keADILan).

Kedua-dua alasan ini tidak dapat diterima sebagai sebuah Negara pengamal demokrasi berparlimen. Pada tahun 1997, Perdana Menteri Dr Mahathir (Tun) yang mahu merealisasikan agenda politiknya dengan membubarkan parlimen Kuala Selangor yang dipegang oleh Datuk Abu Hassan Omar dan mengadakan satu pilihan raya kecil di negeri Selangor hanya mahukan Abu Hassan sebagai Menteri Besar Selangor pada waktu itu.

Bagi agenda tersebut sahaja, kerajaan di bawah BN telah mengadakan dua pilihan raya kecil dan kerugiannya dua kali Penanti (hanya satu DUN).

Keputusan Pakatan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya kecil Penanti selepas pemegang kerusi tersebut; Fairuz bertindak melepaskan jawatan ADUNnya. Pakatan Rakyat sebenarnya mengambil risiko besar. S ekiranya BN berjaya merampas kembali DUN tersebut, maka Pulau Pinang yang kini diperintah Pakatan Rakyat kini kekurangan satu kerusi dan menghadapi masalah untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Ketua Umum keADILan telah bertindak sedemikian dan memulangkan mandat untuk memilih jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepada pengundi di Penanti.

Melihat kepada kempen yang dijalankan, tidaklah semeriah dan sebersih kempen Akademi Fantasia. Pihak penganjur Astro memberi kebebasan seluas-luasnya untuk berkempen kecuali di saluran @15 yang menapis perkataan-perkataan kotor. Tidak pernah Astro menggunakan Akta Hasutan, Akta Fitnah dan Akta Universiti dan Kolej Universiti malah mencadangkan kepada kerajaan mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ke atas pengundi-pengundi.

Pelbagai ruang forum maya menjadi platform kempen sehingga melibatkan kaum keluarga yang menangis terisak-isak meraih undi simpati. Laman-laman web rasmi dan tidak rasmi tumbuh bagi menyebarkan propaganda masing-masing secara terbuka. Astro juga menganjurkan debat-debat di kalangan pengikut-pengikut peserta secara terbuka dan diulang siaran berkali-kali.

Sewaktu konsert, juru kempen akan menggunakan seberapa banyak kreativiti bag meraih undi pada minit terakhir. Lihat sahaja kepada kain-kain rentang berwarna-warni, pakaian mereka yang jelas mempromosikan peserta-peserta tertentu dan sebagainya.

Dalam pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol dengan BN dalam mengatur strategi kemenangan. Lihat sahaja bekas Pengarah SPR di Kuala Terengganu yang mengerah kakitangan kerajaan untuk mengundi BN. Tarikh penamaan calon dan membuang undi bagi Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibiarkan sehingga penghujung tarikh yang dibenarkan untuk BN menyelesaikan perhimpunan agung UMNO mereka (kebetulan atau tidak kebetulan).

SPR juga sering kali menjadi badut apabila mengendalikan pilihan raya. Dari kertas undi hilang di Parlimen Lumut yang terdapat ramai pengundi pos, berdegil tidak mahu melaksanakan dakwat kekal seperti Negara-negara bertamadun yang lain dan senarai pemilih yang kucar-kacir – sehinggakan wang rakyat RM1.2 juta masuk ke dalam longkang, dibakar kerana tarikh luput dakwat tersebut sudah berakhir.

Artikel sunat di sini.

 

 

Tuesday, March 16, 2010

Ex-political prisoner speaks out in Singapore

 

 

Saturday, March 13, 2010

Demokrasi melalui Pilihan Raya Tanpa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan




Faisal Mustaffa (Merdekareview)

Dalam melaung-laungkan semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", bersama 1Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) mengeluarkan kenyataan Negara ini tidak memerlukan pilihanraya bagi kerajaan tempatan dengan alasan bahawa pilihan raya peringkat kerajaan tempatan hanya akan menambah orang berpolitik atau politicking.

Mungkin ada benarnya apabila kita mendapati di Malaysia berpolitik berlebih-lebihan menjadi lumrah kerana hampir semua urusan dikaitkan dengan politik, umpamanya perlantikan untuk lembaga dan badan-badan berkanun, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pemberian tawaran kerja atau tender dan pemberian kontrak.

Bukankah, politik itu sebahagian daripada kehidupannya? Kerjaya politik keluarganyalah yang membawa beliau ke Putrajaya? Mengapakah beliau mempunyai masalah dengan politik? Bukankah politik itu sebahagian daripada kehidupan?

Perlantikan galakkan kronisme

Semasa perbahasan di parlimen, alasan menyangkal Malaysia sebuah Negara tidak demokratik ialah dengan adanya pilihan raya yang dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam lima tahun. Di dalam memperkukuhkan fakta tersebut, maka seharusnyalah pilihan raya diadakan di semua peringkat pemilihan, pusat, negeri, tempatan mahupun kampung - agar mereka yang dipilih itu benar-benar pilihan mereka.

Apa yang menjadi kebaikan dengan adanya seberapa banyak pemilihan ialah dengan berlakunya proses pemencaran yang mengurangkan beban di peringkat tertinggi pembuat keputusan. Ada yang mendakwa pelantikan ini akan menggalakkan kronisme. Kronisme pula akan menggalakkan ketidaktelusan - simbol bagi urustadbir baik.

Adakah pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan ini akan mengatasi masalah tersebut terutama sekali rasuah dan salahguna kuasa? Adakah wakil kerajaan tempatan ini sememangnya boleh dipercayai dan bersih? Sekiranya berlaku, pihak pentadbiran tertinggi boleh mula menuding jari kerana mereka ini dipilih oleh penduduk tempatan. Persaingan hebat dalam mengekalkan jawatan sehingga akan membawa kepada produktiviti kerja yang tinggi.

Ada yang berpendapat, Akta Kerajaan Tempatan 1976 hanya memperuntukkan kepada ahli-ahli majlis, Yang Di Pertua, Presiden yang dilantik sahaja. Oleh itu, sekiranya jawatan-jawatan itu dilantik, maka mereka tidak diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pilihanraya di sekolah
Selepas menerima usulan daripada kerajaan negeri (Pulau Pinang dan Selangor), Suruhanjaya Pilihan Raya memberi kenyataan balas atas keperluan bagi mereka untuk meneliti perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang mereka. Itu usaha yang baik agar peristiwa Likas tidak berulang sekali lagi. Likas terpaksa diadakan pilihan raya sekali kali kedua akibat kesilapan SPR sehingga Akta Pilihan Raya diusulkan untuk pindaan.

Sekarang, SPR dalam rangka aktifnya untuk menjalankan pilihan raya di sekolah. Di dalam akhbar Star bulan lalu melaporkan SPR menjalankan pilihan raya di SMK Raja Tun Uda yang mempunyai 2,000 pelajar itu. SPR juga telah menguruskan kesemua 56 calon yang terdiri dari Tingkatan 1 hingga 4 yang bertanding di dalam pemilihan berkenaan.

Agak tipis harapan bagi Selangor dan Pulau Pinang untuk SPR mematuhi Artikel 113 (4) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan undang-undang persekutuan atau pun negeri untuk mengarah Suruhanjaya Piliha Raya untuk melaksanakan pilihan raya. Hak lain yang ada pada kerajaan negeri ialah di bawah Artikel 95B (1) Perlembagaan Persekutuan yang juga menyatakan kuasa kepada kerajaan tempatan untuk melaksanakan pemiihan dengan cara pilihan raya.

Dengan peruntukan yang ada di bawah Artikel 76 (3) yang menjadikan pelaksanaan pilihan raya tempatan Undang-Undang Negeri, ianya boleh memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri melaksanakan tanggungjawab tersebut sungguhpun Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960 digantung.

Ini bermakna Kerajaan Negeri boleh mengecualikan mana-mana bahagian di dalam Kerajaan Tempatan dari Seksyen 10 hingga 15 Akta Kerajaan Tempatan dan menggubal undang-undang baru asalkan ianya menurut Artikel 113 (4) Perlembagaan Persekutuan.



Proses pemilihan berorientasikan rakyat

Sungguhpun ianya agak tipis untuk dicapai, namun sekiranya negeri-negeri tersebut mewujudkan sebuah proses yang dipanggil Proses Pemilihan Berorientasikan Rakyat, ianya mungkin dapat dilaksanakan. Proses ini mampu untuk melangkaui SPR dan diiktiraf sebagai calon yang dipilih. Calon-calon tersebut pula "dicadang" oleh masyarakat setempat di peringkat kawasan. Namun, kekangan di bawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 masih berlaku.

Mengikut sejarah pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis kerajaan tempatan, di Pulau Pinang negeri pertama yang menyaksikan pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis pentadbiran.

Pihak pentadbiran penjajah Inggeris telah menubuhkan "Municipal Council of George Town" pada tahun 1857, iaitu pihak berkuasa tempatan atau kerajaan tempatan yang pertama ditubuh di Tanah Melayu.
Pilihanraya tempatan George Town

Pada bulan Disember 1956, pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis Perbandaran George Town diadakan buat pertama kali di Malaya. Majlis yang dipilih sepenuhnya oleh rakyat itu kemudian bersidang pada 2 Januari, 1957 dan memilih seorang peguam mewakili MCA/Perikatan, G.H.Goh selaku Presiden mengalahkan D.S. Ramanathan dari Parti Buruh. Pemilihan itu dibuat sehari selepas Ratu Elizabeth II menganugerah taraf bandar raya kepada George Town.

Pilihan raya majlis kerajaan tempatan George Town diadakan mengikut jadual dan ia dikuasai oleh gabungan dua buah parti berhaluan kiri dan pro-komunis, iaitu Parti Buruh dan Partai Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) yang membentuk Barisan Sosialis atau Socialist Front.

Barisan Sosialis menguasai pentadbiran Majlis Bandar Raya George Town walaupun pentadbiran negeri dikuasai oleh Parti Perikatan yang diterajui oleh MCA di Pulau Pinang. Kawasan di luar pentadbiran Majlis Bandar Raya ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar (MDLB) yang ahlinya tidak dipilih oleh rakyat tetapi dilantik.

Berikutan tercetusnya Konfrontasi Indonesia dan atas alasan keselamatan, Kerajaan Persekutuan telah menggantung pilihan raya kerajaan tempatan, iaitu pada tahun 1965 dan setahun kemudian peranan atau tugas Majlis Bandar Raya George Town dipindahkan ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pilihan raya kerajaan tempatan kemudiannya dimansuhkan pada tahun 1970. Alasan rusuhan kaum tahun 1969 menjadi usaha agar demokrasi di peringkat tempatan tidak berlaku.

Pada tahun 1974, sebuah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan atau Local Government Management Board diwujudkan untuk mentadbir sebuah majlis perbandaran yang meliputi keseluruhan pulau. Setahun kemudian MDLB dibubar untuk diletakkan di bawah sebuah majlis kerajaan tempatan yang baru, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Anehnya, taraf George Town sebagai sebuah bandar raya masih kekal tetapi tanpa sebuah majlis pentadbiran yang sepatutnya.

Kedudukan George Town sebagai sebuah bandar raya tunggal di Malaysia kekal dari 1957 hingga 1972 selepas Kuala Lumpur dimasyhurkan sebagai sebuah bandar raya, iaitu yang kedua selepas George Town.

*gambar-gambar diambil ketika melawat kempen pemilu di Jakarta Mac 2009.

 

 

Wednesday, March 10, 2010

GLAMOROUSLY FEMINIST: Bukan Bersaing Mahupun Menguji Kemampuan



Kesaksamaan gender menjadi jeritan pejuang-pejuang hak asasi manusia yang mahukan hak kaum hawa diberi ruang yang lebih dalam apa jua bidang yang menyumbang dalam pembangunan Negara.

Feminisme sudah tentu mempunyai pendekatan tersendiri dalam merangka rencana, menangani masalah mahupun menggubal undang-undang.

Feminisme merupakan produk sampingan pasca-modernisme. Pasca-modernisme itu sendiri telah mendualiti segala konsep binari, feminine-maskulin dan buruk-cantik. Teori-teori feminisme ini juga didasari daripada pengaruh Marxisme, psikoanalisis, semiotik dan juga pasca-strukturalisme.

Kita bukan sahaja berbicara mengenai sumbangan wanita di dalam pembangunan Negara di dalam bidang sen. Di dalam apa jua bidang termasuk hak asasi manusia, wanita juga sering di dalam beberapa penulisan merujuk kepada golongan ini sebagai golongan terpinggir.

Di dalam memartabatkan wanita di dalam bidang akademik, kita perlihatkan Siti Zainon yang begitu lantang pada era 60an dan 70an dalam mendesak wanita dihantar ke sekolah dan menimba ilmu.

Pada abad ke 21 ini pula kita melihat kumpulan yang perjuangkan hak asasi wanita seperti Sisters in Islam sehingga mereka dianugerahkan Tokoh Hak Asasi Manusia 2008 oleh Kumpulan Masyarakat Sivil.

Semasa berpeluang merantau ke Negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE), bandar Abu Dhabi dan Dubai merobah kebanyakan wanita-wanitanya kepada ciri-ciri wanita yang tidak lagi feminine.

Kalau kita sering menganggap wanita-wanita UAE berpurdah, tinggal di rumah menanti kepulangan suami dan menjaga anak-anak yang membesar, wanita UAE sudah mula berdandan dan berpakaian denim. Mereka berkerjaya dan juga memenuhi lorong-lorong hitam.

Mungkin dahulu semasa zaman jahiliyah, wanita dijadikan pelayan-pelayan dan menghiburkan hati para pedagang dan hartawan dengan tarian-tarian gelek. Tidak ubah seperti profesion geisya di Jepun.

Sejarawan Linda Nochlin menyebut di dalam perbincangan maya, bersetuju gaya bygone seni feminis telah ditenggelami zaman. Menurutnya, feminisme itu sendiri telah melalui transformasi di dalam praktis-praktis masakini. Ahli-ahli politik feminis (kerana ada juga wanita yang tidak bersifat kewanitaan) mempunyai banyak elemen ‘kesedaran’ yang dibawa dan telah melalui satu anjakan. Selain itu, kemunculan feminis Peranchis pada tahun 1968, Po et Psych pula telah menolak dokongan feminis yang menuntut keserataan.

Gerakan seni feminis pula merujuk kepada pencapaian dan usaha peminis secara internasional bagi menghasilkan seni yang memberi refleksi kepada pengalaman dan cara hidup wanita, dan pada masa yang sama untuk mengubah dasar penerimaan dan prejudis dalam seni kontemporari. Pada tahun 1970, Judy Chicago yang terkenal dengan karya The Dinner Party (1974-1979) telsah terlibat dalam perangkaan strategi perintis gerakan seni feminis ini.

Pengkarya wanita feminis menterjemahkan pengalaman feminine mereka, mengeksplorasi imajan vaginal dengan beraninya, dan bergaya tanpa baju sebagai radikaliti dahulu, sewaktu gerakan ini mula meledak.

Perkembangan sebegini telah menarik minat pemilik RA Fine Arts Gallery, Raja Ahmad Aminullah untuk mengajak lima pelukis wanita muda bagi menjayakan pameran lukisan “Glamorously Feminist” yang berlangsung pada 2-16 Februari 2010 lalu.

Bzgi artiks Deyanna Deraman, 27, karyanya yang mengenengahkan perasaan dan emosi melalui raut atau mimik muka, warna dan imej. Baginya, imej-imej ini refleksi dari kehidupan dan memusingkannya kepada fantasi dan imaginasi, dan landskap yang rumit.

Nor Suraya Johari, 25 pula berbicara mengenai kesan psikologi ke atas kanak-kanak melalui lukisannya. Beliau mengekspresikan keadaan keluarga yang berpendapatan rendah dan pada masa yang sama terpaksa menanggung keluarga yang besar ayang mana anak-anak di kelompok ini terdedah kepda pencabulan fizikal, emosi dan seks.

Pameran tersebut sememangnya tidak mampu untuk menghakis pemikiran denan kaedah dan material dan beradikal dengan perjuangan. Namun, usakan laungan yang biar pun tidak keras dan agak perlahan mampu memberi sedikit gemerlapan pada dunia seni Malaysia yang banyak didominasi lelaki.

Apa yang diharapkan bukannya persaingan di antara lelaki-perempuan di dalam sesuatu industri tetapi bagai penterjemahan dilakukan oleh golongan feminisme ini di dalam kerja-kerja mereka.


Edisi sunat di sini.

 

 

Tuesday, March 09, 2010

Galaktikata



Amat menarik sekiranya kita menilik apakah nasib bumi ini nanti. Salah satu teori popular yang menceritakan perihal ini ialah 'Galactic Allignment' yang dijadualkan akan berlaku pada 2012. Teori ini juga diketengahkan dan lebih disensasikan lagi dengan teori Kalendar Maya dan filem 2012.
Menurut teori tersebut, Galactic Allignment dikatakan akan menukar kedudukan 'solstice point'. Kajian mendalam juga menyebut mungkin paksi bumi juga akan terlibat. Situasi ini ada perkaitannya dengan putaran bumi dan jika benar semua perhitungan saintifik tersebut, teori Galactic Allignment ini ada hubungan pula dengan perubahan putaran bumi itu.
Ruang antara jasad-jasad samawi dipenuhi material lain yang kita tidak Nampak. Saintis menggelarnya 'Dark Matter'. Ia mempunyai pengaruh terhadap pergerakan jasad-jasad ini termasuk putaran paksi dan orbitnya. Menurut kajian astronomi moden, planet-planet boleh saja diperlahankan putaran, berhenti berputar dan berputar songsang atau berhenti mengelilingi matahari.

Sistem planet seperti bumi seakan-akan metamorfosis. Bumi sebenarnya penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak tahu.Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang kewujudannya atau kita namakan ia sebagai anjakan atau shift. Dua perubahan yang popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift. Perubahan ini berkait dengan kitaran.

Setiap kitaran menghasilkan kesan-kesan fizikal, elektrik, elektromagnet dan iklim.

Boleh jadi juga dengan pengabaian kita tentang factor-faktor sedemikian, kitaran tersebut akan menjadi lebih tidak teratur. Ini barangkali menjadi punca ketidakseimbangan.

Maka dengan itu, menjadi tanggungjawab kita bersama dalam menjaga alam persekitaran agar peredaran orbit tidak tergugat.

Faisal Mustaffa
16 Januari 2009 @ Petaling Jaya

*Rencana ini dibuat khas sebagai prakata untuk buku program sempena Pementasan TANDA.

 

 

Friday, March 05, 2010

Burj Khalifa Berhala Pekerja Asing




Pengalaman di Abu Dhabi dan Dubai (dua buah daerah terbesar di UAE, United Arab Emirates) banyak aku kaitkankan dengan keadaan di tanahair sendiri terutamanya dari segi pelancongan.

Kemegahan Burj Khalifa, keindahan bangunan-bangunan pencakar langit, cita-cita Saadiyat, penginapan ala raja di Emirates Palace di Abu Dhabi dan Atlantis dan Burj al-Arab di Dubai amat menguja pelancong-pelancong. Ya, memang itulah dikirakan hasrat kerajaan UAE dalam menjadikan Negara itu sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia.

Sering dilihatkan UAE sebuah negara yang kaya-raya dengan petroleum – sebab itulah mereka mampu untuk membina menara tertinggi di dunia dengan ketinggian melepasi jangkauan 800 meter setinggi 160 tingkat. Burj Khalifa juga kini memegang rekod baru dengan mempunyai struktur tertinggi yang sebelum ini dipegang oleh kepala tiang KVLY-TV di Blanchard, Dakota Utara dan juga struktur berdiri bebas tertinggi di dunia yang sebelum ini disandang oleh Menara CN Toronto. Kini Menara Berkembar Petronas jatuh ke tangga ke 4.

Dalam keghairahan pembinaan mercu tanda Dubai, semasa pembinaannya, seramai 249 pekerja pembinaan terlibat dalam kemalangan pada tahun 2007 yang kebanyakannya terjatuh dari pelbagai tingkat.

Akuarium Dubai yang boleh mengisi 10 juta liter air masin dari laut pula mengalami keretakan namun ianya masih di tahap tidak membahayakan.




Pusat Rebutan Rezeki

Berasaskan cita-cita asal Raja Sheikh Zayed yang kini disemadikan di Masjid Sheikh Zayed agar UAE menjadi pusat ekonomi terunggul di Timur Tengah. Memandangkan pertumbuhan yang tiada henti, faktor utama yang perlu difikirkan ialah tenaga kerja.

Kini kita mendapati 90% daripada tenaga kerja di Dubai terdiri daripada pekerja asing yang menakluki industri peruncitan dan perkeranian. Juga terdapat expatriate dari Negara-negara maju dan tidak ketinggalan dari Malaysia yang bekerja keras untuk memajukan ekonomi UAE.

Pengaliran tenaga-tenaga mahir dari Malaysia (sebut brain drain) ke Negara luar sejak kemerosotan ekonomi pada 1999. Kebanyakan mereka berkecimpung di dalam bidang teknologi maklumat dan kewangan. Tidak ketinggalan juga terdapat ramai yang bertugas sebagai krew penerbangan Etihad yang letih dengan Penerbangan Malaysia dengan imbuhan berkali ganda.

Pekerja-pekerja asing bukan sahaja datang dari Negara-negara ketiga dari Afrika atau Asia tetapi juga dari Negara-negara maju seperti Eropah yang menjanjikan kekayaan dunia.

Faktor-faktor tarikan orang luar bekerja di UAE bilamana kerajaan mereka mempraktikkan kehidupan tanpa cukai (seperti Brunei) dan mempunyai KDNK sebanyak USD 6.7 trillion. Bagi mempersiapkan sistem pengangkutannya, Dubai mempunyai lapangan terbang ultra moden, sistem pengangkutan transit ringan Metro sepanjang 318km (pada tahun 2020) dan mempunyai 18 stesyen setakat ini yang menghubungkan destinasi-destinasi penting sekitar bandaraya itu.

Salah satu projek yang amat menarik perhatian ialah Dubai Internet City yang mana pembinaannya memenuhi permintaan abad ke 21 yang mana komunikasi dengan kalajuan tinggi dipusatkan dalam satu bandar. Kita juga mempunyai cita-cita yang sama ketika Malaysia berangan-angan membina Koridor Raya Multimedia (MSC) yang seperti yang dijangkakan menjadi projek gajah putih. Alangkah terkejut apabila diberitahu bahawa pakar-pakar di belakang projek Internet City ini ialah mereka yang sama membangunkan MSC. Perbezaannya Dubai Internet City sudah beroperasi dengan syarikat-syarikat multimedia beroperasi dengan jayanya manakala MSC seperti ‘hidup segan mati tak mahu’.


Projek Gergasi




Projek gergasi yang dalam perancangan UAE ialah Pulau Saadiyat yang berjumlah USD27 bilion di mana ia menempatkan perdagangan, penempatan dan pelancongan – di satu pulau. Kesemuanya dijangka siap pada tahun 2018. Saadiyat yang bermakna Kebahagiaan mempunyai keluasan 27 km persegi yang boleh menempatkan 150,000 penghuni dengan segala kemudahan yang ada.

Antara projek yang dibuat dalam Saadiyat ialah seperti sistem pengangkutan ringan sejauh 10km selari dengan lebuhraya yang bercantum dengan Bandar Abu Dhabi, dengan pembinaan 29 hotel.

Projek yang menjadi penakjuban ialah institusi kebudayaan seperti : the Guggenheim Abu Dhabi, the Louvre Abu Dhabi, the Pusat Persembahan Seni, Muzium Maritim and dan Muzium Sheikh Zayed. Di Pulau Saadiyat juga akan dibina taman wetland (seperti Putrajaya yang kini tidak menarik pelancong lagi). Kesemua arkitek dipanggil dari seluruh Negara bagi membina bangunan-bangunan yang bercirikan era abad 22.

Kesungguhan kerajaan monarki UAE memberi banyak tarikan. Aku sering membandingkan apa bezanya dengan keadaan di Malaysia suatu waktu dahulu di mana Malaysia juga sebuah Negara pengeluar minyak.

Pekerja asing di sini ditindas dan ada yang dirogol. Labuan yang sepatutnya menjadi Pusat Kewangan Pesisir Pantai menjadi bandar berhantu. Gajah-gajah putih berkeliaran.

Artikel ini juga disiarkan di Merdeka Review.

Gambar-gambar lain boleh dilihat di laman facebook.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com