Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, March 18, 2008
BN Beri Wang Untuk Pergi Mengundi
Saya mendapat satu lagi bukti bahawa BN (sebut; Barisan Nasional) telah menggunakan wang dalam kempen memancing undi mereka.Gambar tersebut diambil pada hari terakhir semasa pengundian (7Mac) di perakrangan tempat letak keeta di Stadium Hoki Bukit Jalil.
Di perkarangan tersebut, BN meletakkan kaunter-kaunter sementara bagi pengundi-pengundi pergi membuang undi di Kelantan.
Bagi setiap yang memberi nama, mereka akan dibekalkan dengan kad dengan nama kawasan Parlimen. Setiap khemah tertera destinasi; Pasir Puteh, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan sebagainya.
Mereka yang hadir untuk mendaftarkan diri dipercayai pengundi hantu.
Calon Seputeh, Teresa Kok (kini bergelar Ahli Parlimen) menanyakan kepada salah seorang ibu yang berada di sana bersaama dua orang anaknya mengenai tujuan ibu itu berada di situ.
Ibu itu memberitahu mereka sedang menunggu bas ke Pengkalan Chepa dan menunjukkan sampul yang diterimanya selepas mendaftarkan diri.
Di dalam sampul itu, Teresa mendapati wang tunai RM200.
Labels: pengundi hantu, SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
0 Comments:
Post a Comment
<< Home