Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, November 01, 2007

Reporter salah eja nama!

Hari ini aku bangun awal sebab diganggu satu panggilan. Nak aje aku abaikan tetapi telefon tersebut sememangnya terletak di sebelah telinga aku dan nada dering tu telah membangunkan aku, Beberapa perkara yang ingin si pemanggil pastikan (si wartawan) ingin dapatkan kemungkinan untuk siaran beritanya hari ini. Aku telah bagi seberapa banyak bantuan yang boleh aku berikan setakat malam subuh tadi. Dari Amerika Syarikat, ke Afrika, ke Eropah, ke Asia Tenggara dan Asia Timur....semua aku lakukan untuk hari bersejarah 10 November. Tetapi, bila aku baca berita tulisannya..... Sekali lagi nama aku disalaheja.


Esok, aku sendiri akan kemaskinikan perkembangan persiapan di Pasar Seni jam 3 petang di BauBau Cafe ke arah satu PILIHANRAYA YANG BERSIH DAN ADIL!



Perhimpunan Aman Rakyat 10 November - Bersih harap polis tidak panik

Intan Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) - Bersih beranggapan kenyataan Ketua Polis Wilayah Persekutuan, SAC1 Dato' Zulhasnan Najib Baharuddin mengenai perhimpunan 10 November di Dataran Merdeka menandakan bahawa polis terasa panik dan cemas dengan sambutan rakyat terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

Kenyataan tersebut disiarkan dalam akhbar The Star (halaman N16) semalam.

Dalam kenyataan akhbar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini, sebagai penganjur yang bertanggungjawab, sememangnya bercadang untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai perhimpunan ini sekurang-kurangnya seminggu sebelum perhimpunan ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan logistik supaya perhimpunan tersebut dapat dijalankan dengan mendapat kerjasama penuh daripada semua pihak.

Menurut Penyelaras Sekretariat Bersih, Mohd Faisal Mustafa, memandangkan Zulhasnan telah pun menyatakan pendapat-pendapat beliau kepada media, Bersih mengambil keputusan untuk menghantar surat temujanji untuk bertemu beliau pada 1 November bagi membincangkan persiapan bagi perhimpunan tersebut termasuk perkara-perkara yang menjadi kegusaran pihak polis.

"Bersih juga akan mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Majlis Peguam dalam menasihati serta memberikan bantuan kepada semua pihak yang terlibat pada hari tersebut selain memerhatikan keadaan pada hari yang bersejarah itu nanti.

Tegasnya, perkara ini (perhimpunan aman) adalah tertakluk di dalam perlembagaan yakni hak berhimpun yang telah dinyatakan berulang kali oleh Suhakam berkaitan dengan isu hak berhimpun secara aman dalam beberapa siri perhimpunan dan pihak Suhakam sendiri mengadakan beberapa siri perbicaraan awam mengenai hal itu.
















Bersih menganjurkan satu perhimpunan awam besar-besaran bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memperolehi pandangan dan komitmen baginda terhadap kempen reformasi pilihan raya serta memastikan pilihan raya akan datang sesuatu yang Bersih dan adil.

Perhimpunan tersebut dijalankan berasaskan hak yang diberikan kepada warganegara Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Faisal ketika dihubungi Harakahdaily memaklumkan bahawa sambutan dan sokongan datang mencurah-curah dengan kewujudan pelbagai laman web dan blog yang dibina atas sebab itu.

Selain itu menurutnya, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di peringkat antarabangsa juga telah memberikan jawapan untuk menyertai perhimpunan tersebut dengan cara yang tersendiri di kedutaan Malaysia negara masing-masing.

"Setakat ini, Bangkok, London, Netherland, New York dan Ghana menyatakan sokongan dan persetujuan untuk mengadakan perhimpunan atau sekurang-kurangnya menghantar sokongan secara bertulis," ujarnya.

Faisal turut menyatakan antara faktor yang mendorong rakyat untuk menyertai perhimpunan rakyat itu nanti disebabkan oleh persetujuan yang diberikan oleh Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan arahan daripada pimpinan PAS yang menyeru ahli-ahlinya turun dalam perhimpunan tersebut. - mr

1 Comments:

At 6:36 pm, Anonymous Anonymous said...

100 ribu orang tidak mustahil.

abang2, akak2, uncle2, auntie2 n semua sahabat karib ku..

renungkan2lah http://bersih.blogspot.com

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com