Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, November 03, 2007

P.Ramlee The Musical: Kepala Keretapi dan Terompah Gendang

Pementasan P.Ramlee The Musical, Cinta, Hidup dan Aspirasi menelas kos perbelanjaan melebihi RM1 juta dan berjaya menghabiskan penjualan tiket sebelum pementasan itu bermula; 18 Oktober lepas.

Memang benar, masuknya kepala keretapi dan dua gerabak ke pentas merangsangkan orang ramai. Orang ramai yang memenuhi setiap pementasan sehingga 3 November bertepuk dan bersorak apabila keretapi tersebut masuk ke pentas panggung.

Babak tersebut adalah hasil usaha Raja Maliq yang dipertanggungjawabkan sebagai Pereka Produksi. Perbelanjaannya ditaja oleh BERJAYA HOLDINGS. Babak ‘kepala keretapi’ menterjemahkan perjalanan P.Ramlee ke Singapura (dari Pulau Pinang) bagi memenuhi cita-citanya sebagai bintang.

Pementasan Muzikal



Sesungguhnya pementasan berkonsepkan muzikal perlu menitikberatkan muzik yang dipersembahkan dan gerak tari para pelakon. Melalui hasil arahan muzik Erwin Gutawa (Indonesia) dan teknologi bunyi Istana Budaya, muziknya benar-benar hidup.

Koreografi Pat Ibrahim memang menampilkan sebuah pementasan muzikal. Namun, sebagai satu persembahan yang bersifat live, pergerakan penari yang serentak amat penting. Kejayaan Bollywood ialah bilamana pergerakan penari-penarinya seiring.

Melalui babak kanak-kanak P.Ramlee di Pulau Pinang, kemeriahan di Butterworth diketengahkan melalui tarian. Ianya gagal apabila salah seorang penari berkebaya hijau hilang arah tariannya.

Juga semasa P.Ramlee tiba di Studio Jalan Ampas dimana salah seorang penari pria berbaju hijau dan berjanggut juga melakukan kesilapan yang jelas kepada penonton menjadikan hasil seni Pat sedikit tempang.

Semasa di Studio Jalan Ampas juga, pihak pengarah menyelitkan selingan Puteri Gunung Ledang. Seperti yang diketahui, Puteri Gunung Ledang The Musical dan P Ramlee The Musical kedua-duanya dibawah tim pengarahan yang agak sama; Zahim al-Bakri dan Adlin Aman Ramlie. Seolah-olah tidak ada ide lain. Berpuluh-puluh filem yang dikeluarkan oleh Shaw Brothers dan Studio Jalan Ampas – mengapa Puteri Gunung Ledang?

Kesan Bunyi

Secanggih mana pun teknologi yang dibekalkan oleh pihak Istana Budaya, sekiranya pihak roduksi tidak tahu mengaplikasikannya (sebut memetik suis yang sepatutnya) bagi memperolehi kesan yang senang oleh penonton.


Bagi pementasan, agak kecewa apabila watak P Ramlee semasa kanak-kanak lakonan
Mohammad Syafie Naswip tidak didengari. Ia berlaku pada setiap pementasan. Pihak produksi sepatutnya lebih peka apabila perkara-perkara seperti ini berlaku dan memastikan ianya tidak berulang di pementasan berikutnya.

Babak Terompah

Daripada banyak babak yang dipaparkan sewaktu Junaidah dikahwinkan dengan P Ramlee. Upacara perkahwinan rentak kompang dibuat dengan hentakan terompah para penari. Amat kreatif.

Norizan yang memukau

Watak Norizan lakonan Melissa Saila sewaktu beliau meminta untuk ‘dilepaskan’ juga mengkagumkan. Papparazzi lakonan kumpulan Gang Starz; Infinatez juga menghiburkan terutama mengejar cerita sensasi kehidupan bintang.

Sungguhpun tiketnya habis terjual dan penonton gelak ketawa sewaktu melangkah keluar Panggung Sari, tidak ada seorang pun (di bawah pemerhatian penulis) berceita-cerita mengenai kepuasan mereka. Mereka lebih teruja berjumpa rakan-rakan lain seolah-olah pihak yang ‘berjaya’ memperolehi tiket yang panas dan menandingi mereka-mereka yang gagal masuk menonton pementasan. Aktiviti social dan bersama rakan-rakan menjadi puncak utama daripada intipati pementasan ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com