Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, September 28, 2008

Ambil Angin di Singapura




Selepas selesai tabloid yang dipertanggungjawabkan, aku membuat rancangan untuk outing ke Singapura menyaksikan pameran lukisan 'Tukar Ganti: New Malaysian Paintings". Selain Saiful Razman, artis lain yang mengambil bahagian ialah Choy Chun Wei, Gan Siong King, Khairul Azmir Shoib, Kiew Kwai Fei, Phuan Thai Meng dan Yau Bee Ling.


Kami ke Johor Bahru dan berbuka puasa di Danga Bay. Nizam Zakaria menunggu kami di sana. Sedih aku tengok tempat ni macam projek tak siap. We decided to have steamboat for berbuka puasa.

Pada keesokan tengaharinya, kami ke Singapura. Destinasi pertama ialah ke Vivo City di Tanjong Pagar.

Memandangkan tidak ada rancangan tertentu, Saiful Razman mencadangkan kita ke Bianalle. Tempat pertama yang kita kunjungi ialah Singapore Arts Museum. Nasib baik muzim nya tidak seperti Muzium Negara. Banyak acara yang dianjurkan. Tidak jauh dari situ ialah Singapore Arts Museum. Galerinya punya lah banyak dan kami pergi satu-persatu sampai lenguh kaki.

Akhir sekali kami melawat pameran Masriadi: Black is My Last Weapon. Pameran tersebut berlanjutan sehingga 9 November 2008.

Pameran-pameran itu memberi sedikit sebanyak idea untuk installation yang aku akan buat untuk pameran di Some Art Said Space di Kelana Jaya yang dikendalikan oleh Rahmat Haron yang dijadualkan pada November ini. Aku juga akan membuat installation di Freedonm Photo Exhibition yang dijadualkan bermula 1 Disember di Galeri Pelita Hati. Aku akan mencuba nasib sebagai kurator buat pertama kali.



Sehari suntuk kami melihat lukisan dan beritahu Saiful Razman, kami hampir termuntah. Nasib baik pameran terakhir yang memaparkan lukisan abstrak Saiful Razman tidak muntah.

Tak sangka ramai kenalan yang ada pada waktu itu, antaranya Wong Hoy Cheong dan Sharand. Aku banyak menggunakan hasil seni Hoy Cheong dalam pembentangan aku dan Shrand ering bercerita mengenai tanah di Singapura yang masih milik Malaysia iaitu landasan keretapi yang merentangi pulau Singapura sehingga ke Tanjong Pagar.



(dari kiri) Sharand, Faisal, Wong Hoy Cheong, Saiful Razman


Lega apabila kami mendapat tahu semua lukisan Saiful Razman terjual. Berbaloi datang jauh. Khabarnya kedua-dua lukisan dijual pada harga SGD 10,000 setiap satu. Kami juga dipersembahkan dengan nyanyian oleh Maman.


Maman dan aku


Saiful Razman nampak happy giler dan beritahu aku makan malam tu on him. Apa lagi, Nizam Zakaria bawa kita semua ke Nowton Eating Place di Bukit Timah dan order sakan. Nasib baik tak ada makanan yag membazir.

Sebelum ke sana Nadia ajak shopping di Geylang. Tempat orang Melayu Singapura membeli belah Hari Raya. Seperti biasa, aku tak beli apa-apa...kecuali wallet menggantikan aku punya yang dah memang rabak.


Labels: , , ,

2 Comments:

At 8:17 pm, Blogger lanterajiwa said...

Buat Sdr. Faisal... Salam Eid... Maaf lahir & batin... Sebarkanlah salam & saling bermaafan...

p/s: trima kasih untuk segala buku-buku yang telah dipesan & dikirim untuk sekian kalinya...

"moga terus tanggap dalam melestarikan budaya"...

 
At 5:16 am, Blogger Unknown said...

Sama-sama. Semoga Aidil Fitri membawa keberkatan, insya-Allah.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com