Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, July 14, 2007

Nathaniel Tan: Be Strong!

(Atas) Hasil seni yang aku jumpa ketika melawat Bianalle di Gwangju

Terkejut aku bila mendapat berita dari rakan Suara Keadilan yang memberitahu Nathaniel Tan ditangkap polis. Pada waktu aku mendapat berita tersebut, aku baru sahaja pulang dari IPK Dang Wangi atas urusan tugas.
Dalam laporan berita, tiga anggota polis berpakaian biasa dari pejabat sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Aman di Petaling Jaya.

Menurut saksi, anggota polis berkenaan tidak memberi sebarang alasan ketika meminta Tan mengikut mereka.

Ada yang mengaitkan penangkapan Nathaniel kerana membantu Tian Chua membuat foto super-impose ‘Dinner for 3’ yang mengimaginasikan Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak sedang makan malam di Paris mengikut keterangan saksi dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Saaribu.

Menurut polis, Tan akan ditahan selama 24 jam oleh Unit Jenayah Siber di Jalan Dato Onn untuk membantu siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mereka yang didapati bersalah di bawah Akta tersebut boleh dihukum penjara mandatori sekurang-kurangnya setahun hingga maksimum tujuh tahun. Bahaya tu!

Sejak berita penangkapan itu keluar di berita sms berbayar, telefon aku mula mencurah-curah dengan panggilan.
Nathaniel pun kurus

Sungguhpun aku selalu membaca artikel-artikel tulisannya di beberapa laman, aku tidak pernah berjumpanya sehinggalah aku diperkenalkan oleh Nik Nazmi di Ijok, sewaaktu kempen pilihan raya tidak berapa alama dahulu.

Nathaniel datang ke Bukit Badong, tempat aku beroperasi sewaktu kita menjalankan kempen. Menurut Nik Nazmi, Nat beberapa kali meminta Nik Nazmi bawa bertemu beliau. Sampai juga hajatnya.

Selepas Ijok, kami sering berinteraksi. Sungguhpun kami berbincang secara maya, ada beberapa kali kami bertiga berjumpa di seksyen 14, PJ. Dia sanggup datang untuk berjumpa kami. Dalam majlis jamuan yang diadakan di rumah Nik Nazmi, Nat juga hadir. Dia suka karamel yang aku hidangkan. Nanti bila dia keluar, aku janji akan bawakannya ‘home-made’ caramel kegemarannya itu.

Pertama kali aku tengok mamat nie, macam nerd (memang pun). But you rock dude.
Nathaniel adalah seorang graduan dari Universiti Havard pada tahun 2004 dalam Sarjana Sastera khusus dalam Pengajian Keamanan dan Koflil. Sebelum itu, beliau tamat pengajian A Level di Kolej Sunway.

Nathaniel adalah aktif dalam pelbagai kegiatan pertubuhan bukan kerajaan dan aktiviti-aktiviti antarabangsa. Beliau pernah bekerja di Dili, Timor Timur; Freetown di Sierra Leone di bawah UN-GOSL SCSL, dan Banda Aceh di Indonesia di bawah JRS Indonesia.

Nathaniel yang berumur 26 tahun kini adalah setiausaha Anwar Ibrahim dalam Foundation for Futute (FFF).

Wonder Ideas

Nat mempunyai idea-idea yang ‘menakjubkan.’ Banyak kali aku dipelawa untuk masuk dalam pasukannya. Aku juga ditawarkan pejabat. Knowing me! Aku tolak semuanya. Tapi ada beberapa perkara yang aku mampu dan sanggup untuk bekerjasama dengannya, di mana aku mempunyai kapasiti berbuat demikian.

Aku minta maaf malam tadi aku tak dapat berhimpun di depan Bukit Aman menyalakan lighter. Tapi aku nyalakan lilin di dalam bilik aku.

Bagi pembaca-pembaca blog ini, cuma satu yang aku pinta, fakskan surat kepada Ketua Polis Negara bagi menyatakan bahawa penangkapan Nathaniel Tan adalah melanggar prinsip hak asasi manusia dalam hak untuk bersuara.

[Letterhead of your organisation]

Tan Sri Musa Hassan

Inspector-General of Police

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia

Bukit Aman

50560 Kuala Lumpur.

Tel: 03 2262 6222 Fax: 03 2273 9602

Date:

Dear Sir,

Re: PKR staff held incommunicado and at great risk of being tortured

We are writing to express our deepest concerns over the abduction of a PKR staff, Nathaniel Tan, by the police. Tan is being held incommunicado and is at great risk of being tortured.

At about 4.45 pm (13 July 2007), a PKR information bureau staff, Nathaniel Tan, was taken for questioning by three plainclothes police officers.

The policemen, believed to be from the Special Branch, were said to have requested for Tan to follow them to the Bukit Aman police headquarters for questioning and did not provide any reasons as to why Tan was asked to follow them.

As of 7.30 pm (13 July 2007), the whereabouts of Tan is still unknown while the police have denied that Tan had been detained in Bukit Aman. We urge the police to reveal the whereabouts of Tan and to demand for his release immediately.


Yours sincerely,


[name]

3 Comments:

At 12:36 pm, Anonymous Anonymous said...

CONGRATULATION TO KHAIRY!!! NOW POLICE HAVE MOVED IN TO DETAINED PKR MAN...THE CONSPIRACY TO TOPPLE NAJIB HAD BEGIN ...THE WHOLE WORLD IS WATCHING...NAJIB IS SLEEPLESS AND TWITCHING.....
KONSPIRASI KHAIRY UNTUK MENJATUHKAN NAJIB SUDAH BERMULA..

 
At 8:37 pm, Blogger jasonbob said...

balenciaga shoes
golden goose
yeezy boost
supreme outlet
balenciaga
supreme clothing
golden goose
moncler
lebron 17
pandora

 
At 11:21 am, Blogger yeezy slides said...

Yeezy Shoes

Yeezy

Adidas Yeezy

天目茶碗

曜変天目茶碗

曜変天目

Nike Shoes

Jordan 4S

Jordan 4

Jordan 1

Nike Outle

Jordan 1S

Yeezy Shoes

Yeezy Supply

Yeezy Slides

Coco Chanel

Chanel

Chanel Handbags

Coco Chanel

Chanel

Chanel Handbags

Chanel West Coast

gucci

Yeezy 350

Yeezy Slides

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com