Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, April 11, 2006

Musa Hassan Buktikan Dia Menipu




Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato Musa Hassan telah terbukti memberi kenyataan palsu melalui kenyataan akhbar Malay Mail 6 Mei 2004 yang lalu berkaitan dengan mistteri kehilangan salah seorang tahanan di lokap Balai Polis Brickfields, Francis Udayappan, 24.

Dalam laporan akhbar yang bertajuk, “Brickfields Escapee May Still Be Alive,” Musa dengan yakinnya memberitahu bahawa Francis Udayappan masih hidup.

Perjuangan ibu, Sara Lily untuk membuktikan bahawa mayat yang tersangkut di celahan dahan di Sungai Kelang berakhir apabila Hakim Mahkamah Majistret pada 7 Mac lalu membuat keputusan dalam perbicaraan inkues bahawa mayat yang berpakaian seragam lokap itu sememangnya mayat Francis Udayappan.

Upacara sembahyang mayat di luar Balai

Keluarga dan rakan sahabat, kenalan rapat mendiang telah mengadakan upacara sembahyangnya di hadapan Balai Polis Brickfields, di mana beliau dibunuh (didera oleh pihak polis).

Parti Keadilan Rakyat dan NGO berhimpun di hadapan Pusat Video Veenai (di mana Francis bertugas) dan berarak menuju ke Balai Polis sambil melaungkan kezaliman pihak polis.

Orang ramai yang pulang dari gereja berhampiran dan membeli-belah pagi Ahad lepas (9 April 2006) dikejutkan dengan perhimpunan tersebut yang diselitkan dengan ucapan-ucapan para aktivis mengenai kejadian hitam yang telah berlaku terhadap keluarga mendiang.

Sekiranya perkara ini telah berlaku kepada rakyat marhaen seperti Francis, ia juga bila-bila boleh berlaku kepada keluarga kita.

Surat permohonan untuk mengadakan upacara sembahyang telah pun dihantar ke Balai Polis Jumaat lepas dan ini diakui oleh pegawai polis yang menutup pagar Balai apabila melihat kedatangan lebih 50 orang yang berarak.



Seramai lebih 25 anggota mengawal pagar berkenaan. Tidakkah mereka ini tahu perkara sebenar? Tidakkah mereka berasa simpati terhadap kezaliman salah seorang rakan anggota mereka yang didakwa membunuh Francis? Tidakkah kasihan mereka melihat foto-foto mayat yang reput tanpa berkepala yang dibawa oleh para aktivis?

Sara Lily dalam pertemuan saya pada Mei tahun lalu berkata bahawa beliau dapat mengecam mayat tersebut melalui tattoo yang terdapat pada jari anaknya.

Pihak Polis diRaja Malaysia (PDRM) pula didapati tidak membenarkan supaya satu pemeriksaan bebas dilakukan sungguhpun Peguam Negara telah meluluskan untuk berbuat demikian.

Malah, Sara Lily pula hendak diambil tindakan kerana dituduh memberi keterangan palsu ketika mengecam mayat.

Kalau sekiranya benarlah kenyataan Musa Hassan pada ketika itu, jadi mengapa tidak ada usaha pihak polis untuk menjejaki Francis ketika beliau dikatakan lepas lari dari tahanan di lokap.

Mengimbas kejadian tersebut dua tahun lalu, Francis ditahan kerana dipercayai mencuri telefon bimbit rakannya yang hilang. Francis telah dibawa ke Balai Polis utnuk disoalsiasat.

Pada satu petang, Francis diberi peluang untuk menghubungi Sara Lily (menurut piawai hak tahanan lokap, mereka berhak untuk mendapat akses kepada alat telekomunikasi). Menurut kata Francis, beliau tidak mahu ibunya bersedih atau risaukannya kerana kesnya sudah selesai. Sara Lily juga mengiyakan dan memberi kepastian kerana Sara Lily sudah pun berhubung dengan pihak yang membuat laporan polis mengenai kehilangan telefon bimbit itu.

Pada hari keesokannya, Sara Lily telah pergi ke Balai untuk melawat anaknya dan betapa terkejutnya apabila polis memberitahunya bahawa Francis telah melepaskan diri dari tahanan.

Apakah sebab-musabab Francis mahu melepaskan diri dari lokap sedangkan kesnya telah pun selesai – tidak mempunyai kes langsung?

Cara Francis melepaskan diri…..(versi polis)

Apabila ditanya bagaimana Francis berjaya melepaskan diri, polis memberitahu bahawa Francis melarikan diri apabila meminta izin untuk membuang air kecil dari tingkat satu bangunan yang terdapat di Balai tersebut.

Mendiang Francis dikatakan terjun dari tingkat satu pada 16 April 2004 lalu dan lari ke belakang bangunan lalu terjun ke sungai.

Apabila ditanya samada Francis digari semasa melepaskan diri, polis berkata garinya terputus ketika terjun dari tingkat satu.

Apabila ditanya samada tiada anggota polis nampak dan kejar mendiang apabila cuba melepaskan diri, polis sudah tentu menjawab YA. Malah, menurut polis, polis juga terjun apabila mendapati mendiang terjun untuk melepaskan diri. Malangnya kaki anggota polis itu patah tetapi Francis tidak ada apa-apa kecederaan malah, mampu berlari dan mampu terjun ke sungai.

Menurut polis juga, Francis telah membolos ke salah satu lubang pagar untuk terjun ke sungai.

Polis cuba menyelematkan Francis yang terjun ke sungai dengan mencampakkan tali namun gagal mencapai Francis.

Pada 23 Mei 2005,terdapat beberapa individu yang membuat laporan polis bahawa mereka ada melihat sekumpulan anggota polis sedang mengeluarkan sebujur mayat dari Sungai Kelang.

Musa Hassan dengan penuh YAKIN menafikan mayat yang ditemui itu bukan mayat mendiang Francis.

Sehingga kini, Musa gagal memberikan sebarang keterangan yang munasabah dan bertanggungjawab tetapi memutar-belitkan keadaan sehingga mencurigakan pihak yang terbabit yakni keluarga mendiang.

Lalu, Sara Lily dan para peguamnya memohon untuk menjalankan inkues. Perbicaraan berjalan sehingga dua tahun. Sepanjang tempoh inkues itu, polis mendapati bahawa ujian DNA yang dijalankan oleh Sara Lily mendapati tidak sama dengan DNA mayat yang dijumpai.

Polis juga enggan membenarkan dengan bersungguh-sungguh agar Sara Lily membuat ujian DNA bebas kerana banyak pertikaian ditimbulkan; sample DNA yang diperolehi tidak diuji dengan serta-merta maka banyak kemungkinan boleh dikemukakan. Permohonan agar ibu mendiang menjalankan ujian kedua selepas tekanan dibuat oleh NGO-NGO dan akhirnya Pejabat Peguam Negara mendapati tidak ada alasan bagi si ibu untuk membuat ujian DNA ke dua.

Angkatan Muda dan beberapa NGO mengikuti inkues dengan teliti. Ia telah direkodkan dalam Laporan Tahunan Suaram 2004 mengenai pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia khususnya daripada pihak berkuasa, polis.

Angkatan Muda Malaysia juga telah membawa kes ini ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan cuba untuk membuat pertemuan dengan Ketua Polis Negara. Beliau terlampau sibuk sehingga tidak ada masa untuk membuat pertemuan dengan keluarga mangsa, apa lagi dengan Angkatan Muda Malaysia.

Inkues tersebut berjalan sehingga 28 hari di hadapan Hakim Mahkamah Majistret, Nazran Bin Mohd Sham. M Puravalen dan Ravi Nekko berada sepanjang perbicaraan bagi pihak keluarga manakala peguam Amir Hamzah mewakili Lembaga Peguam Malaysia.

Ketika para aktivis pegi ke rumah mayat, Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 12 tengahari 7 April 2006, mereka mendapati mayat mendiang sudah hancur dan tanpa berkepala. Hanya sebujur rangka rahang dengan beberaa batang gigi terdapat di situ dan sebahagian daripada tenngkorak.

Menurut Jawatankuasa Pemantau Polis mengesyaki terdapat cover-up yang dilakukan oleh pihak polis semasa pembedahan post-mortem kedua dijalankan,


Keterangan yang tidak logik

1. Adakah begitu mudah bagi tahanan yang berada dalam kawasan larangan seperti di Balai Polis untuk mengenalpasti di bahagian mana pagar yang berlubang.

2. Anggota polis yang berada di situ, tidak ada seorang pun mampu mengejar mendiang yang difahami bukanlah seorang atlit tetapi hanya seorang pembantu di sebuah kedai video di Brickfields.

3. Di mana, dengan secara tiba-tiba polis menjumpai tali yang panjang untuk dicampakkan ke dalam sungai bagi menyelamatkan mendiang?

4. Bukankah di sungai Kelang di belakang Balai Polis itu terdapat benteng yang agak lebar? Bukan mudah bagi seseorang untuk melompat dari pagar Balai hingga ke benteng dan terus terjun ke sungai.

5. Sekiranya mayat yang dijumpai itu bukan milik mendiang Francis, jadi mayat siapakah itu? Mengaa tiada sebarang siding media atau sekurang-kurangnya kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis atasan mengenai pertemuan mayat di Sungai Kelang yang berpakaian baju seragam lokap?

6. Sekiranya benar kenyataan Musa Hassan bahawa Francis masih hidup, mengapa tiada usaha untuk mencari Francis seperti biasa dilakukan seperti menampalkan wajah tahanan dib alai-balai polis dan tempat-tempat awam?

Tuntutan Angkatan Muda Malaysia

Angkatan Muda dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 14 April 2005 menuntut agar Musa hassan digantung kerja sehingga jawapan sebenar mengenai misteri ini terjawab.

Angkatan Muda juga menuntut agar Ketua Polis Negara dipertanggungjawabkan untuk membawa kebenaran bagi memastikan masyarakat umum medapat keyakinan dan kepercayaan terhadap PDRM.

2 Comments:

At 3:11 pm, Blogger chenlina said...

chenlina20160507
ray ban sunglasses
gucci outlet
nike store outlet
timberland boots
louis vuitton
nike factory outlet
air max 90
adidas superstar
louis vuitton handbags
kobe 10
tods outlet online
burberry bags
ralph lauren outlet
michael kors outlet store
oakley canada
coach outlet
ray ban wayfarer
coach outlet
hollister kids
fake watches
polo ralph lauren
coach outlet store online clearances
kate spade handbags
tiffany and co
michael kors canada
ralph lauren uk
ray ban sunglasses
coach factory outlet
nike air max
cheap oakley sunglasses
michael kors outlet online
michael kors outlet
ray ban sunglasses
fitflops sale clearance
coach outlet online
celine handbags
nike uk
air jordan pas cher
ray ban sunglasses discount
adidas superstars
as

 
At 2:05 pm, Blogger yanmaneee said...

fitflop sale
golden goose starter
adidas yeezy
air max 2017
off white shoes
air jordan
jordan shoes
cheap jordans
louboutins
fenty puma

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com