Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, October 21, 2004

Filem Puteri Gunung Ledang : Puteri Perogol?

Inilah filem yang mempunyai nilai tertinggi setakat ini dari segi kosnya (RM22 juta) tetapi amat memalukan apabila nilai estetika telah dipinggirkan demi untuk memuaskan nafsu pembikinannya.

Filem Puteri Gunung Ledang telah dipilih bagi menyertai festival filem antarabangsa. Kali ini dikira penyertaan tersebut bukan sahaja menghantar wakil yang pergi untuk bercuti tetapi memberi persaingan hebat kepada wira filem dunia. Filem ini juga telah diberitahu memenangi anugerah khas. Syabas!

Filem Puteri Gunung Ledang perlu dijelaskan bahawa ianya bukanlah sebuah filem sejarah. Hanya sedikit latar belakang yang digunakan sebagai landasan jalan cerita. Yang lainnya merupakan mitos.

Filem mengisahkan hubungan kasih sayang antara Gusti Puteri Retno Dumilah, Puteri Majapahit dari tanah Jawa yang kemudian dikenal sebagai Puteri Gunung Ledang (lakonan Tiara Jacquelina) dengan Hang Tuah (lakonan M. Nasir) laksamana Melaka yang terkenal gagah dan bijaksana.

Sekiranya saya katakan Puteri Gunung Ledang perogol, Hang Tuah pula saya tafsirkan gigolo terbesar di zaman pemerintahan Melayu Melaka. Hang Tuah mungkin dilihat di filem ini sebagai lelaki pendusta kepada kesetiaan Puteri Gunung Ledang, tetapi mengikut sejarah, Hang Tuahlah juga yang memperdaya Tun Teja (lakonan Sofia Jane) semata-mata untuk memuaskan nafsu Sultan Melaka. Sultan Mansur Syah. Kisah antara Tun Teja dan Hang Tuah tidak dinyatakan dalam Puteri Gunung Ledang.

Kuasa gigolo Hang Tuah sungguh profesional sehingga dapat menarik perhatian Gusti Puteri yang sanggup meredah lautan dan belantara untuk ke Gunung Ledang supaya dapat menemui Hang Tuah.

Kadangkala dalam mitos ini dirasakan bahawa Gusti Puteri gilakan glamor. Manakan tidak, dengan kedudukannya sebagai puteri Majapahit, beliau didapati menari bersama-sama dayang-dayangnya dalam majlis rasmi Sultan Melaka.

Penggambaran filem ini yang dilakukan di sebuah kawasan hutan simpan di Gunung Brinchang, Cameron Highlands. Tapak dan latarbelakang bagi filem tersebut ialah ciptaan semulajadi yang amat mengagumkan, hutan lumut. Yang tumbuh hanya pada ketinggian lebih 1,500m. Di sana juga terdapat spesis-spesis tumbuhan liar yang sukar diperolehi. Pemandangannya pula tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Sesiapa sahaja akan terpegun dengan pemandangannya.

Daripada sumber dalaman yang diperolehi, pihak produksi 'puteri' tidak memperolehi permit untuk mengadakan penggambaran di situ. Ia hanya dikatakan mendapat kebenaran lisan daripada Jabatan Perhutanan.

Menurut undang-undang di bawah berbagai seksyen Akta Perhutanan Nasional 1984 (Pindaan 1993) mana-mana individu yang didapati melanggar dan / atau menceroboh tanpa permit akan didenda sehingga RM50,000 dan dipenjara sehingga lima tahun. Mereka yang didapati bersalah menebang pokok akan hadapi penalti yang sama.

Suhu di kawasan yang dijalankan penggambaran tersebut amat sesuai untuk pertumbuhan lumut
kerana lumut tersebut bertindak sebagai taman nurseri bagi tumbuhan lain termasuk banyak spesis orkid yang cantik dan sentiasa dicari. Tapak dan latarbelakang bagi filem tersebut ialah ciptaan semulajadi yang amat mengagumkan, hutan lumut yang tumbuh hanya pada ketinggian lebih 1,500m.

Lumut-lumut seperti bulu itu telah didapati dikoyakkan daripada batang pokok. Spesis-spesis janggal seperti orkid dan kacip fatima telah diubah atau termusnah.

Sifat gigolo dari kalangan pembesar-pembesar kerajaan Melayu Melaka juga tidak banyak bezanya dengan kerajaan Malaysia (yang sebelum ini dikenali dengan nama Melaka).

Rahim Thamby Chik (pada ketika itu Ketua Menteri Melaka) telah mengadakan hubungan sulit dengan gadis bawah umur. Bagi Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan) pula telah mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain sementara isterinya terlantar di hospital.

Bukan itu sahaja, Naib Presiden Umno, Muhammad Mohd Taib berkahwin tiga; yang mana isteri terbarunya merupakan hasil rampasan isteri seorang doktor perubatan. Manakala bekas menteri besar Selangor, Abu Hassan Omar pula mengadakan hubungan dengan adik iparnya sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

Mungkin dari penafsiran bebas (hasil daripada tafsiran bebas si penulis skrip), mungkin Hang Tuah berasa bertaubat dan lari dari kesetiaan menurut sejarah sehingga menggadaikan nyawa dan cintanya. Tetapi, selepas apa yang telah dilakukan, mendaki ke puncak Gunung Ledang bersama beberapa orang kaya Melaka untuk melamar puteri bagi pihak Sultan, apakah beliau masih boleh dipercayai?

Hang Tuah sendiri sebenarnya tidak dapat menandingi kekuatan Puteri Gunung Ledang yang menggunakan kuasa alam tetapi hanya menggunakan kuasa gigolonya sahaja, tercairlah hati si Gusti Puteri aka Puteri Gunung Ledang.

Selepasa penggambaran tersebut Reach (sebuah pertubuhan pemulihanraan alam sekitar yang terdiri daripada penduduk tempatan) mendapati bahawa pokok-pokok di situ telah ditebang dari 3 hingga ke 15 batang.

Krew-krew yang menjalankan penggambaran PGL di hutan Brincang dan hutan Jasar telah didapati bukan sahaja menceroboh tetapi didapati menebang pokok-pokok yang terdapat di situ.

Selain daripada perogolan tersebut, Puteri Gunung Ledang juga telah dilihatkan membuat tempat kem di tepi jalanraya yang membawa kepada kemuncak (gunung tertinggi di Malaysia yang mempunyai jalanraya sehingga ke kemuncak). Pekerja-pekerja 'puteri' yang seramai 80 orang itu (tidak termasuk pelakon-pelakon tambahan) juga telah menempatkan treler, kenderaan, khemah dan peralatan. Krew mungkin terdiri seramai 80 staf tetap, dengan lebih ramai orang tempatan sebagai tambahan atau untuk membantu di tapak.

Pekerja-pekerja 'puteri' juga telah menambah sebuah platfom berukuran 15m dengan 4m daripada buloh, bumbung dahan rhododendron, dinding bergantungan yang diperkenalkan dengan pokok lain. Jalan juga sudah dilebarkan dan palang kayu ditambah untuk mudahkan pergerakan krew dan peralatan berat.

Oleh kerana pencabulan lumut yang dilakukan oleh 'puteri', cuaca basah dan pergerakan yang banyak oleh krew filem, tanah gambut bertukar menjadi lecak berlumpur yang meletak pada kasut dan pakaian.

Akhirnya, penampilan Sofia Jane sebagai Tun Teja tidak berapa sesuai kerana gincunya yang terserlah seolah-olah berdandan untuk syarikat Revlon.

13 Comments:

At 5:27 pm, Anonymous Anonymous said...

dear mr faisal

quite a comment, but a word of advice though- becareful of what you wrote, in the article you wrote about few of malaysian politician scandals- do you have proof on what you have wrote and are you willing to face the cincumstances??

 
At 5:01 am, Anonymous Anonymous said...

i love PGL..
despite everything u have mentioned, it is a good movie.. you should just shut up and be more supportive

 
At 12:03 pm, Anonymous Anonymous said...

Credit fo PGL. Quite a good movie. But dont try to mess up individuals by saying nonsence when you dont even know what is the truth. Fitnah itu dosa besar.

 
At 11:31 pm, Anonymous Anonymous said...

Filem dan teater PGL menyimpang jauh dari teks asal Sejarah Melayu. Episod peminangan Puteri sebenarnya mengandungi sindiran yang tajam dan falsafah yang tinggi. tetapi segala kebijaksanaan pujangga Melayu ini telah dihancurkan oleh pembikin filem dan teater tersebut. Hang Tuah yang menjadi simbol kepahlawanan Melayu dijadikan pahlawan angau yang sanggup bersaing dengan rajanya untuk memadu kasih dengan puteri.

 
At 11:33 pm, Anonymous Anonymous said...

BACA KOMEN ZURINAH HASSAN TENTANG PGL Di http://zurinahhassan.blogspot.com/

 
At 12:49 pm, Blogger KeInsafan said...

jangan kita terlampau fanatik dan menolak sesuatu tampa fikiran yang waras, sesungguhnya kita ni manusia sebaik-baik kejadian , bukannya hawan. jangan bila dihati kita tak setuju, maka kita katakan yang ianya buruk semata-mata, dan bila hati kita suka kita ikut dan menurut membabi buta ibarat lembu dicucuk hidung. kita dikurniakan akal dan fikiran untuk menilai sesuatu. tapi ingat, jangan kita nilai sesuatu hanya dengan akal fikiran kita yang cetek dan jumuk. kalau tidak janganlah menilai langsung. ANYWAY, saya agak setuju jugak dengan mister faisal sebab kita sekarang terlalu banyak menyimpang dari fakta sebenar, dan yang memesongkannya adalah diri kita sendiri, namun demi hiburan biarkanlah, biarkanlah segalanya musnah, asalkan kita hidup bahagia, asalkan kita terhibur.Tapi sampai bila, adakah kita generasi yang terakhir ke ? atau biarkan anak cucu kita di pesongkan oleh sejarah yang menyimpang dari fakta sebenar ? atau biarkan bangsa asing yang bercerita atau melakonkan filem sejarah sebenar pada generasi akan datang ? ...... fikirkanlah......, saya tak salahkan sesiapa tapi diri sendiri yang tak mampu untuk mengubah dunia........

 
At 3:10 pm, Blogger chenlina said...

chenlina20160507
ray ban sunglasses
gucci outlet
nike store outlet
timberland boots
louis vuitton
nike factory outlet
air max 90
adidas superstar
louis vuitton handbags
kobe 10
tods outlet online
burberry bags
ralph lauren outlet
michael kors outlet store
oakley canada
coach outlet
ray ban wayfarer
coach outlet
hollister kids
fake watches
polo ralph lauren
coach outlet store online clearances
kate spade handbags
tiffany and co
michael kors canada
ralph lauren uk
ray ban sunglasses
coach factory outlet
nike air max
cheap oakley sunglasses
michael kors outlet online
michael kors outlet
ray ban sunglasses
fitflops sale clearance
coach outlet online
celine handbags
nike uk
air jordan pas cher
ray ban sunglasses discount
adidas superstars
as

 
At 12:35 pm, Anonymous Obat Sakit Kepala Berputar / Vertigo Alami said...


This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)

Pengobatan Polip di Usus tanpa Operasi
Obat Herbal Batuk tak Kunjung Sembuh
Obat Berengan/Sariawan/Luka di Sudut Bibir

 
At 3:23 pm, Anonymous Obat Untuk Penyakit TBC said...


This article will hopefully help and benefit us all

Cara Mengobati Penyakit Gagal Ginjal
Obat Penyakit Insomnia
Cara Alami Untuk Mengobati Batuk Kronis
Cara Mengobati Penyakit Usus Buntu
Cara Mengobati Mata Merah Berlendir
Cara Pemesanan QnC Jelly Gamat

 
At 12:23 pm, Anonymous Obat Alami Untuk Kuku Cantengan said...

This article is interesting and useful. And let me share an article about health which insha Allah will be very useful if we use it again for others.

Cara Menghilangkan Rasa Mual
Obat Kanker Laring Paling Ampuh
Cara Mengobati Penyakit Lipoma
Cara Mengobati Campak
6 Tips Obat Untuk Cara Mengobati Bronkitis
Cara Untuk Mengangkat Kanker Hati

 
At 2:22 pm, Anonymous Penyubur Kandungan Paling Ampuh said...

Thank you for joining us. his article is very helpful

4 Tanaman Herbal Untuk Hernia
Cara Mengobati Penyakit Lupus
Pengobatan Untuk Rorombeheun
Khasiat dan Manfaat Obat Herbal Sarang Semut
Obat Batuk Rejan
Obat Kanker Vulva

 
At 2:54 pm, Anonymous Obat Keloid Menahun said...

Thank you for sharing an interesting and very useful article. And let me share an article about health here I believe this is useful. Thank you :)

Obat Alami untuk Menghentikan Menstruasi Berkepanjangan
Cara Mengobati Konjungtivitis (radang mata) secara Alami

 
At 2:05 pm, Blogger yanmaneee said...

michael kors factory outlet
ultra boost
yeezys
coach outlet store
vapormax
balenciaga sneakers
jordan store
michael kors factory outlet
off-white
supreme shirt

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com