Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, March 30, 2009
SPR, Dangdut dan Pemilu
Ketika ditemuramah wartawan tempatan semasa kempen pilihan raya yang diadakan oleh Partai Golkar di Depok.
Berbeza apabila kita melihat cara pilihan raya dijalankan bagi mengejar nama demokrasi. Dalam sesuatu pilihan raya, suruhanjayalah yang merupakan badan yang paling sibuk dengan tanggungjawab agar Negara dapat mencanang bahawa mereka telah menjalankan demokrasi.
Indonesia boleh dianggap sebuah Negara yang sungguh demokratik. Selepas era reformasi dengan tumbangnya rejim diktator Suharto, parti-parti politik tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pada pilihan raya umum mereka yang dijadualkan pada 9 April ini, Indonesia menyaksikan 38 buah parti politik bertanding kecuali Acheh yang mempunyai tambahan empat parti tempatan. Sebanyak lebih kurang 11 ribu calon yang mendaftarkan diri untuk bertanding merebut kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR-I) yang mempunyai taraf seperti parlimen, 33 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) bagi provinsi, 35 hingga 60 kerusi kabupaten dan selebihnya merebut kerusi Dewan Pertimbangan Daerah (DPD) bagi kecamatan dan keluhuran (desa). 50 peratus daripada mereka yang berhasrat untuk bertanding kali ini merupakan kali pertama mereka bertanding dalam pilihan raya.
Sepanjang tahun juga mereka pastikan bahawa terdapat juga pemilihan bagi peringkat-peringkat lain seperti Pemilihan Presiden yang terdiri daripada Presiden dan wakil presiden serta Anggota Kabinet, Pemilihan Kepala Daerah yang terdiri daripada Gubernur dan Bupati/Walikota dan akhirnya Pemilihan Kepala Desa bagi memilih Kepala Desa.
Dua parti politik mendakwa mereka mempunyai calon legislatif termuda. Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) mendapat pengiktirafan daripda jawatankuasa pecah rekod Indonesia mempunyai calon 23 tahun manakala PDI Perjuangan mendakwa mereka mempunyai calon berusia 17 tahun. Calon-calon yang berhasrat untuk bertanding tidak perlu membayat deposit tinggi seperti di Malaysia kerana tidak mahu menyekat suara demokrasi rakyat mereka. Bagi Malaysia, pada usia remaja 17 tahun, masih tidak tahu apa-apa tentang hak demokrasi mereka.
Di Malaysia, hanya kerusi 222 kerusi Parlimen dan 570 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Itu sahaja. Bagi jawatan perwakilan yang lainnya, semuanya dilantik oleh majoriti parti yang memerintah. Sudah tentu, bagi kerusi ahli majlis, Jawatankuasa Kecil Kampung (JKKK) dilantik oleh mereka yang menang. Di Indonesia, tiada pembangkang dan sekecil-kecil parti politik yang ada, mereka mempunyai hak dan peluang yang sama untuk menduduki kerusi pewakilan rakyat.
Banyak organisasi bukan kerajaan (NGO) telah mendesak agar kita wujudkan sebuah pilihan raya yang lebih demokratik terutama dengan mempunyai senarai pemilih yang bersih, penggunaan dakwat kekal, media bebas, penghapusan undi pos kepada polis dan tentera serta tempoh kempen yang lebih panjang. Sikap ego Pengerusinya sebelum ini dan angkatannya seolah-olah mereka hamba kepada parti pemerintah. Empat hari sebelum pengundian, keputusan untuk mencalit kuku kepada yang sudah mengundi ditarik balik. Macam-macam alasan diberikan. Keputusan untuk penarikan balik dakwat kekal dibuat dalam satu sidang media dan dikepung oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Akhirnya rumah Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) disimbah cat merah.
Demokrasi di Indonesia berkembang dengan cepatnya. Selepas orde baru (reformasi), Negara itu telah menjalankan pilihan raya mereka. Pada waktu itu, keadaan pemilihan separuh bebas. Pada pilihan raya 2004, rakyat mendesak supaya semua jawatan pewakilan rakyat wajib dipertandingkan. Dan kali ini, pada tahun 2009, mereka telah mencapai tahap demokrasi matang mereka yang amat membanggakan.
Terlebih Matang
Bagi memastikan kesemua 171 juta pemilih mendapat hak mereka, mereka telah menjalankan pelbagai prosedur baru dalam pengundian. Badan suruhanjaya mereka (Komisioner Pilihan Umum, KPU) menukar cara pemilihan yang sebelum ini ditebuk dengan menggunakan peralatan tajam di nama calon dengan menandakan sahaja. Kertas undi mereka teramat besar (saiz A2) sehingga amat menyukarkan proses pengundian dan proses kiraan.
Semasa simulasi yang dijalankan oleh KPU, setiap pengundi mengambil masa purata sebanyak 37 minit untuk meletakkan kertas undi mereka ke kotak undi. Keadaan di Indonesia pula rata-rata berpendidikan rendah. Sudah tentu mereka tidak jelas dengan perubaha n yang dijalankan KPU.
Oleh kerana sifat kekhuatiran ini, terdapat juga segolongan yang mahu memboikot sahaja pilihan raya mereka kerana prosedur ‘rumit’ yang diperkenalkan.
Selain itu, setakat 27 Mac lalu, akhbar tempatan mereka sudah melaporkan sebanyak 300,000 kes yang mencurigakan. Ia termasuk kes dua nama dalam senarai pemilih. Namun, kes yang dialami di Indonesia tidak seteruk di Malaysia. Kita di Malaysia ada nama orang mati sehinggakan ada orang mati didapati keluar mengundi!
Di Indonesia, usia layak mengundi ialah 17 tahun atau berkahwin. Proses pendafatarannya secara pemencaran di mana di peringkat kampung-kampung mendaftarkan mereka dan menghantar ke peringkat pusat. Maka pengundi hantu tiada di dalam kamus mereka. Mereka amat kenal dengan pengundi yang berdaftar. Tedapat lebih kurang 1.5 juta pusat pengundian yang hanya melimitasikan kepada maksima 300 pengundi.
Mereka menggelar diri mereka Golongan Putih (Golput). Mereka menuntut agar pilihan raya Indonesia dilanjutkan agar pemilih bersedia dan jelas dengan proses pengundian.
Tempoh Pengundian Cukup
Apa yang menarik di Indonesia, tarikh pengundiannya telah ditetapkan setahun lebih awal. Parti-parti politik diberikan masa yang cukup untuk membuat persiapan dengan pendanaan dan persiapan jentera kempen.
Tarikh 9 April merupakan pengundian. Pada 12 Julai 2008 hingga 15 Mac 2009 (Sembilan bulan) dibenarkan berkempen secra kelompok. Pada tempoh 16 Mac 2009 hingga 5 April 2009 mereka dibenarkan membuat perhimpunan besar-besaran. Di tempoh ini, mereka bebas menggunakan padang-padang awam dan tempat-tempat umum termasuk stadium (terbuka dan tertutup). Di sinilah kemuncaknya bila mana setiap lapisan masyarakat, semua profesion bebas menunjukkan secara terbuka parti pilihan mereka. Mereka berdangdut, berkonsert dan sebagainya secara kreativiti masing-masing dalam meraih undi.
Mereka diberikan masa tenang selama tiga hari yakni pada 6 April hingga 9 April ini bagi member masa yang cukup untuk pengundi membuat keputusan mereka. Dengan tempoh yang panjang ini, tidak ada tekanan berlaku, tiada rusuhan.
Masalah dengan Malaysia ialah tempoh kempen singkat menyebabkan semua parti politik yang bertanding kesuntukan masa dan mahu membuat kesemuanya dalam masa yang singkat. Kehadiran polis seramai 6,000 di pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini pula menjadikan seperti Terengganu sudah berada dalam keadaan darurat.
Di Malaysia, kita pernah mempunyai tempoh kempen selama 44 hari pada thun 60 an dahulu. Demokrasi merosot sejak itu dan pilihan raya paling buruk ialah pada tahun 1999 bila mana tempoh kempen diberikan cuma tujuh hari sahaja.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut tempoh selama 14 hari di mana ia amat memadai dalam perkembangan demokrasi tetapi sikap ego SPR ketika itu member Sembilan hari dengan hasilnya sebuah pilihan raya kucar-kacir sehingga ada beberapa kawasan yang hanya mendapat keputusannya awal pagi keesokan harinya!
Indonesia percaya bahawa demokrasi sebenarnya bermaksud pemerintahan berasal dari rakyat,
dilaksanakan oleh rakyat, dan untuk kepentingan rakyat. Itulah yang mereka cuba laksanakan. Sekiranya dangdut merupakan cara terbaik untuk menyampaikan manifesto, itulah yang akan digunakan, tidak kira parti itu berlandaskan nasionalisme (sebut: pancasila) mahupun parti berlandaskan agama.
Ketika melawat Ibu Pejabat Partai DemokratikIndonesia Perjuangan (PDI-P)
Labels: indelible ink, indonesia, SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
 
Sunday, May 25, 2008
Media Conference Infront of Dang Wangi Police Station
The event was held infron of Dang Wangi Police Station on 22 June 2008 together with NIEI Executive Director, Amin Iskandar and keADILan's supreme council member, Badrul Hisham Shahrin.
Onn 24th May, I was called by one DSP from Balai Polis Putrajaya to take my statement with regards to the police report I lodged.
I gave all my co-operation to the DSP.
The statement was taken at Balai Polis Petaling, Old Klang Road at 1130.
Labels: BERSIH, black 14, chegubard, dakwat kekal, Dang Wangi, indelible ink, niei
 
Friday, May 23, 2008
Siapa Lebih Handsome.....Aku ke Black?
Indelible ink fiasco: Police report against PM, AG, IGP and EC chairman
Bersih secretariat Faisal Mustaffa (left) speaking to reporters outside the Dang Wangi police station today. — Picture courtesy of Bersih
KUALA LUMPUR, May 22 – Looks like Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has another headache to add to his expanding cluster.
At 11.30am today, the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) and National Institute for Electoral Integrity (NIEI) lodged a report at the Dang Wangi district police headquarters against the government over the cancellation of the indelible ink at the March general elections.
Faisal Mustaffa and Amin Iskandar, from Bersih and NIEI respectively, in their joint report named the prime minister, Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, Election Commission (EC) chairman Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman and Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan as the parties responsible for causing the cancellation of the indelible ink, bought at a cost of RM2.4 million from India.
The two non-profit organisations, which have been keeping a close watch on the proceedings of the electoral process and maintain that the last general elections were conducted unfairly, want the named individuals investigated for what they allege was a conspiracy to tamper with the electoral process.
"Bersih and NIEI are of the opinion that the conflicting statements among the four parties need to be investigated and action taken. Based on media reports, it's clear that there was a plot among the four parties named," said Faisal in a statement to the media.
The police report was made following the shocking statement issued by Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar in Parliament on May 5.
Four days before the March 8 election, the EC had announced that it was cancelling the use of the indelible ink, which it had been touting as an additional safeguard against the phenomenon of phantom voters which is believed to have long plagued the Malaysian electoral process.
The EC claimed that there had been efforts to smuggle in indelible ink from neighbouring countries, which would interfere with the exercise. The IGP also claimed that several police reports had been filed in Perlis, Kedah and Kelantan between February 16 and 21 and that the police had conducted investigations regarding the ink smuggling incident.
"In a written reply to Batu Gajah MP Fong Po Kuan, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar confirmed that in actuality, there was no evidence of any indelible ink being smuggled in from neighbouring countries as alleged by the EC chairman.
"On 17 May 2008, the SPR chairman issued a statement to the contrary and said he had been instructed by the Cabinet to cancel plans to use the indelible ink," said Faisal.
He also accused the EC chairman of being under the Cabinet's manipulation and rebutted the latter's statements that the electoral process was free and fair were untrue.
"EC failed to amend the Constitution to allow or enforce the implementation of the indelible ink. This actually frustrates the citizen's right to a free and fair elections,” Faisal explained, referring to the commission's failure last year to get Parliament to pass the laws allowing the use of the indelible ink.
The EC had overlooked the legal aspect altogether when it received approval from the National Fatwa Council to use the indelible ink.
"Rashid, as EC chairman, must take responsibility and resign immediately for the disappointing unprofessional attitude demonstrated by EC officials in handling this matter so that the next time round, such things won't happen again," said Faisal firmly.
Labels: BERSIH, dakwat kekal, Dang Wangi, indelible ink, niei
 
Adakah Polis Akan Buat Siasatan? Aku Cabar
| 'Komplot' 3 Tan Sri batal dakwat kekal |
Jimadie Shah Othman & Zahra Hamdan | May 22, 08 1:42pm |
Pembatalan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum lalu hasil "komplot" tiga badan utama negara untuk "menggagalkan usaha memastikan pilihanraya tidak dicemari penipuan", dakwa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih). Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. "Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal.Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi susulan kenyataan beberapa tokoh ini sejak minggu lalu. Sabtu lepas, Abdul Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen pada 13 Februari, untuk menolak penggunaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengulas kenyataan SPR, bagaimanapun menafikan kabinet mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian. Tahun lalu, SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang hari pengundian atas alasan keselamatan. Abdul Gani dan Musa turut hadir di sidang media SPR sewaktu mengumumkan pembatalan tersebut, pada 4 Mac lalu. Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi penggunaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang telah dikesan oleh polis. Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar bagaimanapun memberitahu Dewan Rakyat minggu lepas bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin". Bercakap di satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara."Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut. "(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Abdul Rashid. Turut hadir di balai polis, pengarah eksekutif Institut Integriti Pilihanraya Kebangsaan (NIEI) Amin Iskandar. Bersih dan NIEI dalam kenyataan bersama turut menyebut penglibatan perdana menteri dalam kontroversi ini. Menurut mereka, ketua polis mendakwa terdapat laporan polis dibuat di Kelantan, Kedah, Perlis di antara 16 hingga 21 Februari lalu. Namun, tambah mereka, jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Syed Hamid ketika menjawab soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan mengesahkan "sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran." Membacakan kenyataan bersama itu, Faisal (foto atas, kanan) berkata, percanggahan dakwaan keempat-empat pihak ini menunjukkan bahawa "Abdul Rashid berada di bawah telunjuk ahli kabinet". Sepatutnya SPR membentangkan pindaan kepada Parlimen bagi membolehkan pelaksanaannya mengikut undang-undang, tambahnya. "SPR hanya merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan kelulusan berikutan penggunaan dakwat kekal tanpa ada pindaan (akta) kepada Parlimen," tambahnya. Bersih dan NIEI juga mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan serta-merta berdasarkan sikapnya yang didakwa "tidak profesional".Amin (foto, kiri sekali) pula berkata, alasan untuk membatalkan penggunaan dakwat "tidak masuk akal" kerana prosedur pembelian dakwat itu amat ketat. "Dakwat ini bukan boleh dibeli di kedai alat tulis. Kena ada surat, kena ada suruhanjaya. Bukan boleh senang-senang pergi beli," katanya. Mengulas tentang dakwaan terdapat pembelian dakwat ini dari negara jiran, Amin berkata: "Thailand sendiri mengimport dakwat kekal dari India." Menurut pemantau pilihanraya itu lagi, India adalah pengeksport utama dakwat kekal untuk pilihanraya di rantau ini. "Dakwat (kekal) yang dikemukakan kepada pihak (majlis) mufti itu sendiri adalah dari India," katanya, yang turut memantau pilihanraya umum di Nepal baru-baru ini. Dalam aduan polisnya, Bersih melampirkan 12 keratan akhbar berhubung kontroversi ini, termasuk laporan Bernama, The Star dan Malaysiakini. |
Labels: Abdullah Ahmad Badawi, BERSIH, dakwat kekal, indelible ink, niei, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
 
Watch recorded at Malaysiakini.tv
| Indelible ink 'conspiracy': Report lodged |
| Rahmah Ghazali | May 22, 08 4:36pm |
| Two polls watchdog groups today lodged a police report against Election Commission chief Abdul Rashid Abdul Rahman and Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi for the last-minute cancellation of the indelible ink in the March 8 general elections. Also named in the police report are two other key individuals who were allegedly responsible for the abrupt reversal in the use of the ink - inspector general of police Musa Hassan and attorney-general Abdul Gani Patail. The groups - Coalition for Free and Fair Elections (Bersih) and National Institute for Electoral Integrity (NIEI) - claimed that the cabinet led by Abdullah had “conspired” with the EC under Abdul Rashid to suspend the use of the ink. “This is a conspiracy between the prime minister and the EC chairman to rob our rights (as voters),” said NIEI executive director Amin Iskandar after lodging the report at the Dang Wangi police station in Kuala Lumpur.Last Saturday, Abdul Rashid unwittingly revealed that the cabinet had objected to the use of the indelible ink and that he was ordered to take the blame for the decision. Hours after Abdul Rashid (right) dropped the bombshell, the prime minister took pains to explain that the scrapping of the indelible ink was a cabinet's suggestion to EC, and not a directive.The EC had last year agreed to use the ink in the 12th general election to put to rest the claims of cheating in the polls. Subsequently, the commission spent RM2.4 million to buy 48,000 bottles of the ink from India. However, four days before the election, the EC chief announced the scrapping of the indelible ink, citing public order and security reasons. Also present at the press conference where Abdul Rashid made the controversial announcement were police chief Musa and AG Abdul Gani. Musa had revealed that four people were under investigation for buying the indelible ink from neighbouring countries and they were planning to use it on unsuspecting voters to create chaos on polling day.However, two weeks ago Home Minister Syed Hamid Albar told Parliament that the EC’s decision to cancel the use of the indelible ink was based on ‘hearsay evidence’ received by the police. He revealed that the EC’s move to call off the use of the ink was based on “unsubstantiated claims that elements of sabotage had been detected by the police”. EC’s reasons absurd NIEI’s Amin described the reasons given by EC in the suspension of the ink as absurd. “I’ve been to Afghanistan and Nepal (to observe elections) and these are post-conflict nations, yet they never had such nonsensical excuses,” said Amin, who has participated in missions to observe elections in a number of countries for over 10 years. He showed reporters his thumbnail, marked with indelible ink in his last observer mission at the April 10 elections in Nepal. The ink remain intact despite that his thumb was marked more than a month ago (right).“This proves how strong the ink is,” he added. Badrul Hisham Shahrin, an opposition PKR candidate who contested in the March 8 elections, said the conflicting statements given by the four parties involved - the cabinet, EC, IGP and AG - indicated a conspiracy behind the cancellation of the ink. “They have received inside information that BN would lose government if the indelible ink were to be used, hence its cancellation,” said Badrul (left), who ran for the Rembau parliamentary seat but lost to Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin.“We are calling for a royal commission to investigate this matter,” he added. Badrul later stated that the commission could probe, among others, the government’s failure to amend the election laws to enable the use of the ink and the real reasons for its last-minute cancellation. Also present when the police report was lodged was Bersih secretary Faisal Mustaffa. |
Labels: Abdullah Ahmad Badawi, BERSIH, dakwat kekal, indelible ink, musa hassan, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
 
Harakah Lapor Laporan Polis BERSIH
Bersih buat laporan polis ke atas PM, Musa, Ghani dan RashidWan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) telah membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan tiga lagi individu berikutan isu pembatalan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum yang lalu.
Setiausaha Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (Tun H.S. Lee) dekat Jalan Stadium hari ini menegaskan, empat individu tersebut harus bertanggungjawab di atas pembatalan penggunaan dakwat itu.
Tiga lagi yang disenaraikan dalam laporan polis yang dibuat itu ialah, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Turut serta semasa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang wangi pagi tadi ialah, calon KeADILan bagi Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan Jurucakap National Institute For Electroral Integrity (NIEI), Amin Iskandar.
Empat hari sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat dengan alasan keselamatan dan ada pihak yang telah membeli dakwat itu bagi tujuan penyelewengan, ujar Faisal.
SPR dikatakan telah menggunakan RM2.4 juta wang rakyat untuk membeli dakwat kekal dari India untuk digunakan pada pilihan raya lalu, katanya.
Bagaimanapun kata Faisal, SPR baru-baru ini memberitahu media bahawa kabinet Abdullah Ahmad Badawi yang sebenarnya membantah penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum yang lalu.
Sementara itu katanya, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar pula mendedahkan di Parlimen yang laporan polis berasakan kepada khabar angin mengenai pembelian dakwat kekal oleh parti-parti politik untuk tujuan penyelewengan pilihan raya.
Baginya, jelas sebenarnya pengumuman pembatalan penggunaan dakwat itu hanyalah helah untuk menyelamatkan kerajaan BN tumbang pada pilihan raya umum lalu.
Jelaslah di sini bahawa kabinet Abdullah Badawi tahu yang mereka akan kalah dalam pilihan raya ke-12 yang lalu jika dakwat kekal digunakan, katanya.
"Jelas juga yang SPR hanyalah alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.
Dengan laporan polis yang dibuat itu, Bersih mendesak kesemua terbabit meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia oleh kerana bersekongkol.
Bagi Bersih, Polis dan Peguam Negara hanya dijadikan alat untuk membantu BN memanipulasi pilihan raya yang lalu, ujarnya.
Sementara itu Jurucakap National Institute For Electroral Integrity (NIEI), Amin Iskandar yang turut serta bersama Bersih membuat laporan itu mengecam tindakan berupa penipuan yang dilakukan SPR, Perdana Menteri, Musa dan Peguam Negara.
"Selepas membazirkan wang rakyat sejumlah RM2.4 juta, mereka akhirnya menipu rakyat terang-terang selepas mereka mendapat maklumat akan kalah pada pilihan raya umum lalu," kata Amin yang juga pernah membuat pemantauan pilihan raya di beberapa buah negara termasuk Afghanistan dan Nepal.
Beliau menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal di negara ini tidak akan mendatangkan ancaman kepada kerajaan atau keselamatan negara.
Alasan yang diberikan SPR dan pihak berkuasa sebelum pilihan raya lalu amat dangkal, dan ia mengesahkan bahawa polis sebenarnya yang gagal mengawal keselamatan negara.
Justeru beliau mendesak siasatan dibuat ke atas Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi SPR berikutan pembohongan tersebut.
"Kita mahu mereka bertanggungjawab dan meletak jawatan segera," tegasnya.
Labels: BERSIH, dakwat kekal, indelible ink, niei
 
"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal.
Bercakap di satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.
Bersih dan NIEI juga mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan serta-merta berdasarkan sikapnya yang didakwa "tidak profesional".
“This is a conspiracy between the prime minister and the EC chairman to rob our rights (as voters),” said NIEI executive director Amin Iskandar after lodging the report at the Dang Wangi police station in Kuala Lumpur.
Hours after Abdul Rashid (right) dropped the bombshell, the prime minister took pains to explain that the scrapping of the indelible ink was a cabinet's suggestion to EC, and not a directive.
Musa had revealed that four people were under investigation for buying the indelible ink from neighbouring countries and they were planning to use it on unsuspecting voters to create chaos on polling day.
“They have received inside information that BN would lose government if the indelible ink were to be used, hence its cancellation,” said Badrul (left), who ran for the Rembau parliamentary seat but lost to Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin.