Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, March 30, 2009

SPR, Dangdut dan Pemilu

Ketika ditemuramah wartawan tempatan semasa kempen pilihan raya yang diadakan oleh Partai Golkar di Depok.


Berbeza apabila kita melihat cara pilihan raya dijalankan bagi mengejar nama demokrasi. Dalam sesuatu pilihan raya, suruhanjayalah yang merupakan badan yang paling sibuk dengan tanggungjawab agar Negara dapat mencanang bahawa mereka telah menjalankan demokrasi.

Indonesia boleh dianggap sebuah Negara yang sungguh demokratik. Selepas era reformasi dengan tumbangnya rejim diktator Suharto, parti-parti politik tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Pada pilihan raya umum mereka yang dijadualkan pada 9 April ini, Indonesia menyaksikan 38 buah parti politik bertanding kecuali Acheh yang mempunyai tambahan empat parti tempatan. Sebanyak lebih kurang 11 ribu calon yang mendaftarkan diri untuk bertanding merebut kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR-I) yang mempunyai taraf seperti parlimen, 33 kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) bagi provinsi, 35 hingga 60 kerusi kabupaten dan selebihnya merebut kerusi Dewan Pertimbangan Daerah (DPD) bagi kecamatan dan keluhuran (desa). 50 peratus daripada mereka yang berhasrat untuk bertanding kali ini merupakan kali pertama mereka bertanding dalam pilihan raya.

Sepanjang tahun juga mereka pastikan bahawa terdapat juga pemilihan bagi peringkat-peringkat lain seperti Pemilihan Presiden yang terdiri daripada Presiden dan wakil presiden serta Anggota Kabinet, Pemilihan Kepala Daerah yang terdiri daripada Gubernur dan Bupati/Walikota dan akhirnya Pemilihan Kepala Desa bagi memilih Kepala Desa.

Dua parti politik mendakwa mereka mempunyai calon legislatif termuda. Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) mendapat pengiktirafan daripda jawatankuasa pecah rekod Indonesia mempunyai calon 23 tahun manakala PDI Perjuangan mendakwa mereka mempunyai calon berusia 17 tahun. Calon-calon yang berhasrat untuk bertanding tidak perlu membayat deposit tinggi seperti di Malaysia kerana tidak mahu menyekat suara demokrasi rakyat mereka. Bagi Malaysia, pada usia remaja 17 tahun, masih tidak tahu apa-apa tentang hak demokrasi mereka.

Di Malaysia, hanya kerusi 222 kerusi Parlimen dan 570 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Itu sahaja. Bagi jawatan perwakilan yang lainnya, semuanya dilantik oleh majoriti parti yang memerintah. Sudah tentu, bagi kerusi ahli majlis, Jawatankuasa Kecil Kampung (JKKK) dilantik oleh mereka yang menang. Di Indonesia, tiada pembangkang dan sekecil-kecil parti politik yang ada, mereka mempunyai hak dan peluang yang sama untuk menduduki kerusi pewakilan rakyat.

Banyak organisasi bukan kerajaan (NGO) telah mendesak agar kita wujudkan sebuah pilihan raya yang lebih demokratik terutama dengan mempunyai senarai pemilih yang bersih, penggunaan dakwat kekal, media bebas, penghapusan undi pos kepada polis dan tentera serta tempoh kempen yang lebih panjang. Sikap ego Pengerusinya sebelum ini dan angkatannya seolah-olah mereka hamba kepada parti pemerintah. Empat hari sebelum pengundian, keputusan untuk mencalit kuku kepada yang sudah mengundi ditarik balik. Macam-macam alasan diberikan. Keputusan untuk penarikan balik dakwat kekal dibuat dalam satu sidang media dan dikepung oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Akhirnya rumah Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) disimbah cat merah.

Demokrasi di Indonesia berkembang dengan cepatnya. Selepas orde baru (reformasi), Negara itu telah menjalankan pilihan raya mereka. Pada waktu itu, keadaan pemilihan separuh bebas. Pada pilihan raya 2004, rakyat mendesak supaya semua jawatan pewakilan rakyat wajib dipertandingkan. Dan kali ini, pada tahun 2009, mereka telah mencapai tahap demokrasi matang mereka yang amat membanggakan.

Terlebih Matang

Bagi memastikan kesemua 171 juta pemilih mendapat hak mereka, mereka telah menjalankan pelbagai prosedur baru dalam pengundian. Badan suruhanjaya mereka (Komisioner Pilihan Umum, KPU) menukar cara pemilihan yang sebelum ini ditebuk dengan menggunakan peralatan tajam di nama calon dengan menandakan sahaja. Kertas undi mereka teramat besar (saiz A2) sehingga amat menyukarkan proses pengundian dan proses kiraan.

Semasa simulasi yang dijalankan oleh KPU, setiap pengundi mengambil masa purata sebanyak 37 minit untuk meletakkan kertas undi mereka ke kotak undi. Keadaan di Indonesia pula rata-rata berpendidikan rendah. Sudah tentu mereka tidak jelas dengan perubaha n yang dijalankan KPU.

Oleh kerana sifat kekhuatiran ini, terdapat juga segolongan yang mahu memboikot sahaja pilihan raya mereka kerana prosedur ‘rumit’ yang diperkenalkan.

Selain itu, setakat 27 Mac lalu, akhbar tempatan mereka sudah melaporkan sebanyak 300,000 kes yang mencurigakan. Ia termasuk kes dua nama dalam senarai pemilih. Namun, kes yang dialami di Indonesia tidak seteruk di Malaysia. Kita di Malaysia ada nama orang mati sehinggakan ada orang mati didapati keluar mengundi!

Di Indonesia, usia layak mengundi ialah 17 tahun atau berkahwin. Proses pendafatarannya secara pemencaran di mana di peringkat kampung-kampung mendaftarkan mereka dan menghantar ke peringkat pusat. Maka pengundi hantu tiada di dalam kamus mereka. Mereka amat kenal dengan pengundi yang berdaftar. Tedapat lebih kurang 1.5 juta pusat pengundian yang hanya melimitasikan kepada maksima 300 pengundi.

Mereka menggelar diri mereka Golongan Putih (Golput). Mereka menuntut agar pilihan raya Indonesia dilanjutkan agar pemilih bersedia dan jelas dengan proses pengundian.

Tempoh Pengundian Cukup

Apa yang menarik di Indonesia, tarikh pengundiannya telah ditetapkan setahun lebih awal. Parti-parti politik diberikan masa yang cukup untuk membuat persiapan dengan pendanaan dan persiapan jentera kempen.

Tarikh 9 April merupakan pengundian. Pada 12 Julai 2008 hingga 15 Mac 2009 (Sembilan bulan) dibenarkan berkempen secra kelompok. Pada tempoh 16 Mac 2009 hingga 5 April 2009 mereka dibenarkan membuat perhimpunan besar-besaran. Di tempoh ini, mereka bebas menggunakan padang-padang awam dan tempat-tempat umum termasuk stadium (terbuka dan tertutup). Di sinilah kemuncaknya bila mana setiap lapisan masyarakat, semua profesion bebas menunjukkan secara terbuka parti pilihan mereka. Mereka berdangdut, berkonsert dan sebagainya secara kreativiti masing-masing dalam meraih undi.
Mereka diberikan masa tenang selama tiga hari yakni pada 6 April hingga 9 April ini bagi member masa yang cukup untuk pengundi membuat keputusan mereka. Dengan tempoh yang panjang ini, tidak ada tekanan berlaku, tiada rusuhan.

Masalah dengan Malaysia ialah tempoh kempen singkat menyebabkan semua parti politik yang bertanding kesuntukan masa dan mahu membuat kesemuanya dalam masa yang singkat. Kehadiran polis seramai 6,000 di pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini pula menjadikan seperti Terengganu sudah berada dalam keadaan darurat.

Di Malaysia, kita pernah mempunyai tempoh kempen selama 44 hari pada thun 60 an dahulu. Demokrasi merosot sejak itu dan pilihan raya paling buruk ialah pada tahun 1999 bila mana tempoh kempen diberikan cuma tujuh hari sahaja.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut tempoh selama 14 hari di mana ia amat memadai dalam perkembangan demokrasi tetapi sikap ego SPR ketika itu member Sembilan hari dengan hasilnya sebuah pilihan raya kucar-kacir sehingga ada beberapa kawasan yang hanya mendapat keputusannya awal pagi keesokan harinya!

Indonesia percaya bahawa demokrasi sebenarnya bermaksud pemerintahan berasal dari rakyat,
dilaksanakan oleh rakyat, dan untuk kepentingan rakyat. Itulah yang mereka cuba laksanakan. Sekiranya dangdut merupakan cara terbaik untuk menyampaikan manifesto, itulah yang akan digunakan, tidak kira parti itu berlandaskan nasionalisme (sebut: pancasila) mahupun parti berlandaskan agama.

Ketika melawat Ibu Pejabat Partai DemokratikIndonesia Perjuangan (PDI-P)

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com