Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, May 18, 2008

Bandar Tun Razak Sambut Baik Filem 10 Tahun Sebelum Merdeka


Sebelum ini, tayangan filem 10 Tahun Sebelum Merdeka yang aku anjurkan mendapat kontroversi. Tak payah aku cerita lanjut mengenainya.

Namun, jemputan demi jemputan aku terima untuk bawa Fahmi Reza (Pengarah filem) untuk datang untuk memberi penerangan mengenai filem tersebut.

Program tayangan tersebut dibuat di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Bandar Tun Razak di
No 38A, Jalan 10/118b, Desa Tun Razak,56000 Kuala Lumpur.

Penonton yang hadir di program malam ini (17Mei 2008) keseluluhannya Angkatan Muda di Bahagian tersebut. Sudah tentu, persoalan yang timbul ialah gerakan politik pada tahun 1947, lambang bendera merah-putih (sebut: sang saka) dan peranan raja dalam kerajaan feudalisme.

Ahli jawatankuasa Bahagian dan exco Angkatan Muda dari Wilayah juga hadir untuk program ini. Ini tidak berlaku di tempat lain (mana? tak boleh cakap, nanti ada orang terasa).

Bagi aku, program BERSIH yang dianjurkan pada 10 November lalu yang mengumpul ribuan orang ramai aku dedahkan ada pertalian dengan 'hartal' yang berlaku pada 20 Oktober 1947. Mobilisasi, penyertaan pertubuhan sivil dan kempen kesedaran, lagu perjuangan; semuanya ada persamaan.
Fahmi Reza dan aku ketika sessi soal jawab

Labels: , ,

 

 

Wednesday, April 09, 2008

Datanglah Saksikan "10 Tahun Sebelum Merdeka" di Desa Mentari



Pada 12 hb ini, aku sudah bersedia dengan mengadakan penayangan filem pertama dibuat di Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Jaya di Desa Mentari.


Pada mulanya, tujuan program ini dibuat ialah untuk mencari dana untuk menampung sedikit sebanyak penyelenggaraan pusat berkenaan. Tetapi, Pengarah, Fahmi Reza tidak bersetuju dan ianya sepatutnya percuma dan saya dibenarkan untuk mengutip derma selepas tayangan.

Beliau telah janji untuk bersama penduduk Desa Mentari untuk menerangkan pengalamannya membikin filem berkenaan.

Kain hitam dibeli bagi memastikan pusat tersebut benar-benar gelap. Kain putih dibeli sebagai layar. Nik Nazmi bersedia untuk meminjamkan LCD. Laptop akan dibawa oleh Fahmi Reza sendiri. Sound system akan dibawa milik Bahagian.

Petikan filem

Salah satu babak dalam filem ini ialah berkenaan dengan pengisytiharan Hartal yang dibaca oleh Lim Kean Chye.

Lim Kean Chye, 88 tahun, dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman. Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945. MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.


Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar The Straits Echo 6 Okt 1947 dibaca oleh Lim Kean Chye.

Klip video ini juga memberi jawapan kepada siapa sebenarnya yang bertanggungjawab mencadangkan aksi hartal kepada PUTERA-AMCJA! Seorang tokoh yang sangat progresif pemikirannya pada waktu itu.


Labels: , , , ,

 

 

Sunday, April 06, 2008

10 Tahun Sebelum Merdeka - Datang Beramai-ramai

Labels: , ,

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com