Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, January 13, 2006

ULASAN FILEM / MEMOIRS OF A GEISHA

Singkap tabir primadona Jepun
APAKAH seorang geisha itu sama seperti pelayan biasa yang menawarkan khidmat layanan mesra, atau apakah mereka itu tidak ada bezanya dengan khidmatan pelacur yang sering digambarkan Barat selama ini? Bahkan dalam beberapa filem Barat pernah digambarkan geisha sebagai agen perisik Barat.

Bagi menyingkap persepsi longgar yang sering menyamakan layanan geisha itu sama seperti layanan GRO atau pelacur, bagi memahami misteri geisha, Columbia Pictures membawakan ëMemoirs Of A Geishaí yang kini sedang ditayangkan serentak ke seluruh dunia.

Barangkali ëMemoirs Of A Geishaí akan membantu kita memahami serba sedikit misteri wanita geisha yang suatu ketika dulu menjadi kebanggaan rakyat Jepun yang kaya dengan tradisi, seni dan budayanya.

Inilah yang disingkap oleh pengarah Rob Marshall dalam filem terbaru terbitan Steven Spielberg, ëMemoirs Of A Geishaí. Tayangan perdana dunia filem ini telah berlangsung di Tokyo, Jepun pada 29 November lalu, dihadiri 3000 penonton yang memberikan 'standing ovation' ketika filem itu ditayangkan di Ryogoku Kokugikan, sebuah arena sumo. Sehari sebelumnya, pelakon dan karyawannya hadir dalam sidang akhbar yang dihadiri lebih 700 media dari pelbagai pihak dengan 70 kamera video dan 250 jurufoto.

Tayangan perdana di Amerika pula diadakan awal bulan ini di Kodak Theatre of Hollywood manakala di negara kita tayangannya dijadualkan bermula awal Januari depan.

Dipadankan dari novel Arthur Golden yang laris pada tahun 1997, ia dikatakan sebuah novel paling berjaya diangkat ke layar skrin. Selain kostum dan sinematografi, filem ini dibintangi nama-nama besar Asia seperti Gong Li, Ken Watanabe, Ziyi Zhang dan Michelle Yeoh. Ia diarahkan oleh Rob Marshall, sebelum ini menghasilkan kejayaan dalam filem Chicago.
Namun ada setengah pendapat pula mengritik filem ini sebagai filem yang merosakkan dunia seni geisha kerana dilihat dari kacamata Amerika ñ hasilnya tidak ubah seperti kisah 'Dynasty' kecuali pelakonnya hanya berkimono dan tidak berpakaian seksi seperti Joan Collins atau Linda Evans!

Apapun, Memoirs Of A Geisha adalah sebuah kisah epik romantis. Kisah yang diceritakan secara naratif, seorang geisha terkenal Jepun, Sayuri Nitta. Cerita bermula pada 1929, sebelum Perang Dunia Kedua, apabila seorang kanak-kanak miskin Jepun terpisah dari keluarganya untuk bekerja sebagai orang gaji di sebuah rumah geisha.

Budak perempuan itu, Chiyo, lahir dalam keluarga miskin, ayahnya nelayan, ibunya di ambang maut telah dihantar ke sebuah kawasan di Kyoto di mana dia dijual kepada sebuah rumah geisha manakala saudara perempuannya yang kurang cantik dijual di sebuah rumah pelacuran.

Perpisahan itu mendukacitakan Chiyo. Apa lagi di rumah geisha tempat dia menjadi hamba itu, dia tidak disukai oleh Hatsumomo (Gong Li). Seorang geisha terkenal, cantik dan disukai ramai. Hatsumoma yang menjadi primadona di situ, melihat Chiyo sebagai pencabarnya. Dia sedar suatu hari, budak perempuan itu akan mengambil tempatnya, apatah lagi, Hatsumomo sudah semakin berumur.

Lalu dia sentiasa menjadi kesalahan Chiyo dan membuat pelbagai tipu helah untuk memalukan Chiyo.

Suatu hari, tatkala mengenangkan nasib serta perbuatan Hatsumomo yang berhati busuk itu, Chiyo menangis di sebuah jambatan. Tiba-tiba datang seorang lelaki, ditemani beberapa orang geisha.

Lelaki itu, segak dan baik hati menawarkan sehelai sapu tangan dan memujuknya dengan lembut. Terpempan dengan keluhuran dan budi pekerti yang belum pernah ditemui sebelum ini, hati Sayuri sudah terpaut.
Pertemuan dengan lelaki itu mengubah seluruh hidup Chiyo. Dia mendapat suatu kekuatan dan seluruh jiwa raganya dan ingatannya hanya pada lelaki yang baik itu. Lalu, apabila dewasa, meskipun mengalami serangan dan tekanan daripada Hatsumomo, Chiyo tidak lemah.

Malahan, berkat kesabaran dan kebenaran, dia mendapat tunjuk ajar Mameha (Michelle Yeoh) yang mengusahakan sebuah rumah geisha, paling berprestij. Mameha akhirnya melatih Chiyo menjadikan dia geisha paling hebat di Jepun sebelum Perang Dunia Kedua itu, lalu menukar namanya kepada Sayuri.

Sayuri menjadi primadona geisha. Namun, seperti misteri yang tersimpul di sebalik kimono dan solekan tebal yang menyembunyikan wajah sebenar, begitulah Sayuri merahsiakan cintanya. Secara diam, dia menyintai lelaki yang sukar ataupun yang tidak mungkin dimilikinya.

 

 

Tuesday, January 10, 2006

Polis Panas Bontot

Kehadiran Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua bersama mangsa-mangsa brutaliti polis 14 Disember tahun lalu ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 29 Disember lalu amat menggerunkan pihak polis terutama dari Bukit AMan.

Saya hadir di pejabat Suhakam lewat 15 minit. Di luar bangunan, ramai anggota polis berkeliaran di situ termasuk beberapa pegawai-pegawai Cawangan Khas (SB) berada di situ.

Pegawai polis yang didakwa menghentak kepada Tian Chua ke jaringan dawai trak membawa mangsa ke Balai Polis Pudu (dahulu Penjara Pudu) juga diberitahu membuat laporan polis atas alasan Tian Chua 'mengganas'.

Polis buat laporan polis? Takut apa? Tian Chua sendiri yang kepalanya dihentak dari belakang pun sehingga kini tidak membuat sebarang laporan polis.

Menurut kata Tian Chua semasa satu sidang akhbar yang saya hadiri juga, katanya, "kalau nak dikirakan laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Muda terhadap keganasan polis tujuh tahun lalu, penuh bilik ni," sambil merujuk kepada dewan mesyuarat keADILan yang baru di Brickfields, Kuala Lumpur.

Angkatan Muda menguasai kes-kes yang melibatkan keganasan polis termasuk kes-kes kematian dalam lokap dan penjara.

Tian Chua, dalam sidang akhbar tersebut berkata, alasan beliau tidak membuat laporan polis kerana tidak percaya polis akan menyiasat polis.

Ketika kamera saya dicuri tahun lalu (dicuri buat kali ketiga), saya pun tidak membuat laporan polis. Kit Siang pun enggan buat perkara yang sama apabila komputer ribanya hilang.

Integriti Badan Polis

Bagi beberapa minggu yang lalu, peneyalahgunaan kuasa Polis diRaja Malaysia (PDRM) menjadi perhatian banyak pihak. Integriti badan berkuasa polis jatuh apabila isu ketuk-ketampi dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok.

Dalam pada suruhanjaya bebas belum selesai mengadakan perbicaraan 'senget' mereka, sekali lagi pihak polis buat hal lagi.

Pada 14 Disember lalu, tanpa segan-silu di hadapan media antarabangsa bertindak ganas terhadap orang awam yang cuba berhimpun secara aman dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Deklarasi Sejagat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga memberi jaminan bahawa setiap insan, tidak kira wrganegara mempunyai hak untuk menyatakan pendapat.

Jadi, persoalannya, adakah pegawai-pegawai polis itu faham apa yang mereka lakukan? Jawapan yang sering didengari daripada jawapan mereka ialah, 'kami hanya menurut perintah.'

Ingin sahaja saya berithau kepada mereka-mereka yang kini dipaksa memakai lencana 'Saya anti-Rasuah', apabila diarahkan terjun dari Menara KLCC, jangan tanya mengapa saya perlu terjun tetapi tanya, Dari tingkat berapa saya perlu terjun, Tuan?'

Insiden KLCC

Pada 14 Disember itu, keADILan termasuk sayap Angkatan Muda bercadang untuk mengadakan satu perhimpunan di Taman KLCC sempena Persidangan Kemuncak Asean ke 11 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Inisiatif kami adalah untuk memberitahu kepada para perwakilan Asean yang bersidang selama tiga hari itu telah gagal membincangkan banyak isu-isu penting seperti hak asasi manusia, demokrasi, alam sekitar, migran dan pelarian.

Saya, selaku Ketua Biro Antarabangsa Malaysia bersama Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Asia Tenggara (ATUC), Syed Shahir Mohamud sudah bersiap sedia untuk menyatakan pendirian badan masing-masing mengenai isu-isu tersebut.

Rakan-rakan saya; Ginie Lim, Gan Pei Nie dan Naib Setiausaha Angkatan Muda, Jasmine Ng tiba kira-kira jam 10.45 pagi dengan membawa sepanduk, bendera keADILan dan 60 ekor burung merpati yang dicadangkan untuk dilepaskan pada akhir perkhimpunan itu nanti.

Ketika menuju ke arah kami, mereka dikepung anggota polis berpakaian seragam. Mereka menuntut untuk melihat barangan yang dibawa oleh gadis-gadis itu.

Tetapi, bagaimana hendak ditunjuk isi kandungan kain rentang sekiranya tangan anggota polis itu memegang erat kepada kayu pemegang kain rentang itu? Atau memang bertujuan untuk merampas?

Benar, itulah tujuan mereka. 60 ekor merpati yang dibawa juga diculik anggota-anggota polis.

Nasib Pelarian Burma

Di dalam Pusat Membeli-Belah KLCC, dua warganegara Burma; Kolatt Aung Lwin dan Jadoi (wanita) ditahan ketika insiden perebutan berlaku di taman luar bangunan.

Pihak polis merampas tiga salinan poster kalendar yang berwajahkan Aung San Suu Kyi.

Mereka juga dihumban ke dalam trak polis bersama yang lainnya.

Selepas kami bersurai, 13 warga Burma dikepung dan ditahan oleh pihak polis. 13 warga Burma dihumban dalam trak yang lain dan turut dibawa ke Balai Polis Pudu.

Namun, mereka dibebaskan selepas enam jam ditahan. Semasa dalam tahanan, barangan persendirian mereka dirampas. Di antaranya, baju-t, bendara parti, kertas pelekat, kain rentang, majalah dan lain-lain.

Apa yang dirasai amat tidak profesional ialah sehingga ke saat warkah ini ditulis, tidak ada sebarang pertuduhan dijatuhkan ke atas mereka.

Tidak semua tahanan Burma dibebaskan atas jaminan polis pada jam 5 petang itu. Kham Khua Thawn, Hau Khan Tuang, Jacop Tung Thang, Ni Sang dan Soe Hla Tun ditahan di bawah keslahan Imigresen kerana gagal menyerahkan sebarang dokumen sah.

Selain 20 yang ditahan pada 17 Februari tahun lalu, 68 warga Burma juga pernah ditahan pada 16 Jun kerana berhimpun secara aman di hadapan pejabat Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang, di sini dalam usaha memberi tekanan kepada kerajaan tentera Junta membebaskan pemenang anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi.

Tuntutan

Mangsa keganasan polis menuntut agar Suhakam dan pihak Polis diRaja Malaysia (PDRM) dapat menyiasat perkara yang berlaku.

Tian Chua yang mengetuai penghantaran memorandum itu berkata, sungguhpun Suhakam pernah mengeluarkan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak polis ketika mengawal sebarang perhimpunan, pihak polis masih lagi gagal untuk menghormati peraturan yang dikeluarkan.

“Kami mahu Suhakam untuk memainkan peranan yang lebih serius untuk memberi tekanan kepada pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk meghormati hak asasi manusia,” jelas Tian Chua kepada pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam.

Menurut Siva selepas mendengar penerangan daripada aktivis yang hadir, sejak peristiwa hitam di Lebuhraya Kesas pada tahun 1999, Suhakam beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung dengan hak berhimpun dan tanggungjawab pihak berkuasa dalam mengawal situasi.

“Saya akan pastikan laporan hari ini diambilkira dalam mesyuarat lembaga pesuruhjaya bersama Pengerusi (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman,” kata Siva.

 

 

Sunday, January 01, 2006

Feminist Politics, Activism and Vision: Local and Global Challenges


Book Title : Feminist Politics, Activism and Vision: Local and Global Challenges
ISBN Number:1842773518
Book Weight : 0.72kg
Edited : Luciana Ricciutelli, Angela Miles, Margaret H. Mcfadden
Publisher : ZED Books
Supplier : GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd
Year : 2005
Price : RM70.00 (excluding the postage cost)


Book Description:
This volume brings together essays of remarkable variety and fresh insight by leading feminists from Africa, Asia, Latin America, North America, Europe and Scandinavia. With clear- eyed realism and passionate optimism these articles raise crucial historical, organizational, ethical, conceptual, strategic and practical issues facing feminists today. The engaged and sophisticated personal accounts, political speeches and academic articles collected here reveal a vibrant and multifaceted trans-national feminist community in struggle redefining wealth, work, peace, democracy, sexuality, family, human rights, development, community, and citizenship. They provide a sense of inter-related issues being addressed at local, national, regional and global levels in generative ways which both honour local specifities and enrich global movements.

To order;
1. Pls SMS 019-2232002 (Type FEMINIST)
2. After confirmation of the administrator, pay the amount through maybank2u.com or Maybank Kawanku to account Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

For other publication: www.tokobuku.fotopages.com

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com