Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, August 23, 2005
10 tahun ditahan, jiwa tetap bertahan
CC Yong dilabel sebagai pengganas dan dikurung bertahun-tanpa bicara. Beliau dibuang negeri dan status kewarganegaraannya ditarik balik, namun tetap kekal dengan perjuangan.
Chu Choon Yoong, 71 atau lebih dikenali dengan nama CC Yong mula menjadi ahli Parti Rakyat Malaysia pada akhir 1957 ketika parti itu diterajui oleh Ahmad Boestamam. Sebelum itu, beliau adalah Bendahari kepada War Department Civilian Staff Association.
Beliau meletak jawatan pada tahun 1959 untuk bertanding dalam pilihan raya umum pertama. Beliau berjaya dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Puteri, Johor bagi tempoh 1959-1964. Selepas menang, beliau ditahan di bawah perintah darurat dan kemudiannya dikurung di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama sepuluh tahun.
Ikuti temuramah Faisal Mustaffa dengan tokoh veteran ini.
Berapa kali dan berapa lama saudara dikurung?
Sepuluh tahun tetapi berpindah-pindah. Mulanya saya di Penjara Muar 1967. Selepas itu, saya dibuang negeri dan ditahan di Penjara Seremban di bawah perintah darurat sehingga 1972. Dari 1972 hingga 1975 saya dipindahkan ke Kem Tahanan Kamunting dan ditahan di bawah ISA.
Pada tahun 1975, saya mencabar penahanan saya di mahkamah dan mendapat perintah mahkamah bahawa arahan pembuangan negeri yang dikenakan ke atas saya adalah tidak sah. Namun tidak dibebaskan sebaliknya saya dihantar ke Pulau Pinang dan hanya dibebaskan dua tahun selepas itu.
Apakah alasan penahanan saudara?
Saya ditahan kerana dikatakan pro-komunis. Kami juga pada ketika itu mahu kerajaan mengiktiraf 1 Mei sebagai hari menghargai kaum buruh di negara ini. Bagi mereka, desakan kami dilihat seperti mewakili komunis. Saya juga pada ketika itu dianggap membahayakan negara hanya kerana menganjurkan tunjuk perasaan. Salah satunya ialah kami menyokong perarakan pekerja dari Asahan, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur awal 60-an.
Lihat, sekarang 1 Mei menjadi cuti umum bagi negara ini.
Bagaimana pula dengan taraf kerakyatan saudara?
Sejak tahun 1968 lagi kerakyatan saya sudah ditarik balik oleh kerajaan Malaysia. Tanpa taraf kewarganegaraan, saya tidak boleh bergiat dalam mana-mana pertubuhan. Bukan itu sahaja, saya juga tidak layak untuk menjadi ahli bagi mana-mana pertubuhan.
Secara otomatik, saya tidak mempunyai apa-apa hak. Saya sudah memohon kepada kerajaan pada tahun 1997 untuk mengembalikan kerakyatan saya dan kerajaan secara lisan juga sudah pun meluluskannya, namun belum saya belummemerolehi dokumen kewarganegaraan saya.
Bagaimanakan keadaan dalam tahanan?
Apabila dikurung bersorangan, seseorang pasti akan mengalami tekanan.
Pada tahun 2003, doktor mengesahkan bahawa saya mengalami masalah tekanan mental yang serius akibat penahanan saya. Ketika ditahan di Pusat Tahanan Polis (PRC), saya dikurung seorang diri, tidak dibenarkan bersuara dan membaca buku. Semasa makanan dihulurkan, warden juga dilarang bercakap dengan saya.
Penderaan pengasingan itu akan merosakkan saraf otak kita.
Ada yang ditahan selama 60 hari .Ada pula yang ditahan sehingga enam bulan sepeti dalam kes Dr Syed Husin Ali. (PRC ialah tempat tahanan sementara sebelum di bawa ke Kamunting-biasanya di Bukit Aman, Kem Batu Kantomen, atau di Jalan Semarak).
Saya cuba gambarkan pengalaman pahit ini dalam bentuk penulisan. Saya bersama rakan-rakan tahanan lama menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengumpulkan dokumen penahanan berbentuk memoir. Pegawai Polis Cawangan Khas (SB) pernah datang bertanyakan mengenai projek ini samada tujuan saya berbuat demikian (menulis memoir) untuk menghasut generasi muda agar mereka nanti membenci kerajaan dan mengangkat senjata.
Saya tidak pernah menyebut mengenai mengangkat senjata melawan kerajaan dan tidak mahu orang muda berbuat demikian. Pendirian kami ialah melawan tindakan kerajaan yang dirasa tidak wajar. Kami juga memohon untuk mendapatkan fail dokumen mengenai penahanan kami daripada kerajaan tetapi, mereka enggan bekerjasama.
Kami hanya mahu mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam tahanan.
Pernahkah saudara bertemu dengan Anwar Ibrahim di Kamunting?
Ya, katil saya bersebelahan dengan katilnya. Dia ditahan ketika memimpin pergerakan Angkatan Belia Malaysia (Abim).
Ketika bersama, banyak perkara yang kami bincangkan.
Bagi saya, Anwar seorang yang mengambil berat dalam segala aspek termasuk perkara yang kita angap remeh.
Anwar memberitahu beliau mengakui perjuangan PRM tetapi tidak dapat menerima ideologi Ketua Umum ketika itu iaitu Kassim Ahmad yang berfahaman saintifik sosialisme.
Baginya, saintifik sosialisme akan menjurus kepada komunisme. Komunisme adalah ajaran yang tidak percaya kepada Tuhan.
Saya memberitahunya bahawa semasa pertubuhan PRM, ianya bercirikan sosial demokrasi.
Kassim Ahmad yang menukarkannya kepada saintifik sosialisme.
Ini bermakna, Anwar tegas berpendapat bahawa sebahagian dasar-dasar sosialisme bersamaan dengan ajaran al-Quran . Hanya pendekatan yang berbeza.
Apabila Dr Syed Husin Ali menggantikan Kassim Ahmad, ia kembali kepada dasar parti yang asal.
Syed Husin dan Anwar mempunyai ideologi secocok.
Apa yang anda ingat mengenai Anwar?
Ada dua perkara yang saya masih ingat; pertama berkenaan dengan isu bahasa ibunda. Anwar bersetuju bahawa semua bangsa bebas untuk mempelajari bahasa ibunda mereka dengan syarat mesti menerima satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan iaitu sebagai perantaraan antara kaum.
Kedua, berkaitan dengan isu kebajikan antara kaum.
Semasa dalam tahanan, Anwar belajar menguasai Bahasa Mandarin. Dia juga ada mengambil kursus dari dalam tahanan.
Dalam beriadah, kami bersukan bersama.
Sewaktu dalam tahanan, saya ditempatkan dalam Kawasan Tujuh di mana ia adalah kawasan Melayu.
Katil saya berada di hujung berdekatan dengan bilik sembahyang. Pada satu hari, dia bertanya dengan risau apakah saya terganggu apabila tahanan-tahanan muslim bersembahyang. Dia mahu memindahkan saya ke hujung ke tempat paling jauh dari bilik sembahyang.
Tetapi, saya memberitahunya bahawa azan sembahyang langsung tidak menggangu saya.
Kerana kami tidak dibenarkan bercampur antara satu kawasan dengan yang lain, Anwar mahukan saya meminta makanan Cina supaya saya mendapat bekalan makanan dari tukang masak kawasan lain lantas dapat berkongsi maklumat.
Adakah anda ditipu kerajaan semasa dalam tahanan?
Saya ditipu ketika didalam tahahan dan ketika pembebasan. Sebelum ditangkap, Pada 31 Julai 1967, Parti Buruh mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa untuk bertemu dengan tahanan di Kamunting. SB memberitahu hanya saya sahaja yang dibenarkan bertemu dengan tahanan tersebut, Ng Wei Siong.
Sungguhpun jawatankuasa lain menganggap ia merupakan muslihat pihak berkuasa, saya masih tetap bersetuju untuk bertemu dengan Wei Siong dalam tahanan. Apabila masuk ke dalam kem, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah ISA.
Itu adalah helah yang digunakan oleh polis untuk menahan saya.
Penipuan kali kedua ialah sewaktu saya hendak dibebaskan.
Pada 3 Februari 1977, saya dipindah keluar dari Kem Tahanan untuk menghadiri satu kes mahkamah di Kuala Lumpur.
Sebelum itu saya membuat permohonan kepada pihak polis untuk membenarkan saya menghadiri majlis perkahwinan anak sulung saya pada 7 Februari 1977. Apabila saya tiba di Kuala Lumpur, pihak mahkamah memberitahu bahawa kes saya sudah pun ditangguhkan dan ia telah diberitahu terlebih dahulu.
Saya tidak diberitahu mengenai penangguhan ini tetapi yakin pihak kem sudah pun mengetahuinya dengan lebih awal.
Sewaktu berada di lokap Balai Polis High Street (kini Jalan Tun HS Lee), saya diberitahu bahawa permohonan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saya ditolak.
Pada masa yang sama, saya diminta membaca satu surat yang mengatakan saya dibebaskan dengan beberapa syarat.
Pihak polis memberitahu sekiranya saya menerima semua syarat dalam surat tersebut, saya akan dibebaskan.
Surat tersebut memberi syarat bahawa saya dibenarkan berada di luar rumah selepas pukul enam. Saya juga tidak dibenarkan menyertai kepada mana-mana pertubuhan. Juga, saya tidak dibenarkan membuat syarahan terbuka.
Saya terima kerana kebanyakan daripada syarat-syarat tersebut sememangnya saya tidak boleh lakukan seperti menjadi anggota kepada pertubuhan; kerana kewarganegaraan saya sudah tidak ada. Dengan syarat itu, saya dibebaskan.
Selepas itu, saya tidak dibenarkan mengambil kembali barang-barang peninggalan saya di dalam kem keluar.
Saya juga tidak dibenarkan bertemu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada teman-teman saya di dalam kem.
Apabila cuba mendapatkan barang-barang, saya mendapati kebanyakannya sudah hilang terutamanya gambar-gambar dan bahan penulisan saya. Mereka sengaja berbuat demikian!
Apa pendapat anda berkenaan dengan penggabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Keadilan Rakyat?
Pada mulanya ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Saya curahkan tenaga, masa dan wang untuk perjuangan PRM. Adakah anda rasa mudah untuk saya menerima kenyataan menyerahkan perjuangan PRM?
Tetapi, kita mesti menerima kenyataan bahawa perubahan harus berlaku dalam politik.
Arus politik sekarang bukan seperti dahulu. Cuma saya harapkan objektif asal PRM untuk menegakkan keadilan sosial tidak diselewengkan.
Apakah aktiviti seharian anda?
Selain daripada membantu anak dalam perniagaannya, saya juga berada dalam jawatankuasa menyiapkan memoir seperti yang tersebut di atas. Sekiranya ia diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud 'sejarah dari sudut berbeza.'
 
Sunday, August 14, 2005
Rakyat harus punya lidah sendiri - Rendra
WS RENDRA terkenal di kalangan pendukung reformasi Malaysia selepas sebuah sajak yang dikirimkannya khas untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim tersiar di dalam VCD Laungan Reformasi.Sajak berjudul Rajawali itu membuktikan setiakawan seorang penyair Indonesia dengan ahli politik yang dipenjara di Malaysia. Dalam keyakinannya, Rendra atau dikenali di Indonesia dengan jolokan Burung Merak Dari Padang Teritis, mengirimkan bait-bait, sebuah sangkar besi/tidak bisa mengubah seekor rajawali/ menjadi seekor burung nuri.
Rendra tidak hanya menghantar sajaknya, bahkan dengan penuh kesedaran penyair besar nusantara ini menyampaikan salam solidariti untuk Anwar yang telah dikenalnya lebih 30 tahun.
Rendra baru-baru ini tiba di Kuala Lumpur untuk satu program khas bersama Anwar.
Kami berbasa-basi lebih satu jam, dari soal kebudayaan hinggalah soal politik serantau. Rendra nampak tenang bercerita tentang reformasi yang gagal di Indonesia dan Malaysia. Katanya, 'Reformasi itu separuh masak,'.
Peranan seniman dalam reformasi?
SENIMAN punya peranan untuk memberikan dorongan untuk perubahan, menerangkan bahawa harus ada perubahan, kenapa perubahan itu perlu, mengajak orang ramai menyedari hakikat masa sekarang, supaya akhirnya merealisasikan misi masa depan.
Semua itu dilakukan dalam bahasa metafora. Sebab ada banyak kejadian, ada banyak masalah kalau diterangkan secara logikal saja terlalu tajam atau tidak sampai pada orang ramai.
Tetapi banyak juga seniman yang membisu melihat kezaliman, mereka menggunakan kebolehan mereka menyokong sang diktator?
Seniman itu ada macam-macam. Ada seniman rakyat, ada seniman penguasa. Seniman pada saya adalah mereka yang masuk ke dalam kehidupan lebih dalam masyarakat, sebab tanpanya dia hanya mendapat gambaran kulit sahaja, sehingga di dalam menggambarkan keadaan, menyebabkan lebih kepada persoalan hakikat sahaja.
Mereka yang memilih diam sewaktu melihat kesengsaraan rakyat, juga yang memilih bersuara menyokong penindasan itu tidak mencerminkan seniman yang masuk ke dalam kehidupan lebih dalam.
Dahulu seniman Malaysia seperti P Ramlee terkenal di Indonesia sekarang tidak lagi kenapa?
Kerana P Ramlee itu seniman serumpun. Ketika itu belum ada globalisasi dalam musik. Kita hanya mengenali musik serumpun sahaja. Kini tidak lagi, globalisasi musik menyebabkan anak-anak hari ini lebih mengenali artis barat dari artis serumpun. Persoalannya kenapa? Kerana kita tidak memasarkan produk kita dengan sebaiknya.
Malaysia dan Indonesia itu seperti tanah dan air. Ia tidak boleh dipisahkan antara satu dengan lain. Sebetulnya sikap Seokarno dengan ëganyang Malaysiaí tidak tepat sama sekali. Indonesia dan Malaysia harus berkerjasama seperti adik dan abang. Seperti tanah dan air. Malaysia makmur dari segi ekonominya, namun Indonesia punya pasaran yang lebih luas.
Maksudnya perdagangan antara negara?
Ya. Lihat sahaja ketika kita menjadi pemilik kepada lautan. Kekuatan laut kerajaan Majapahit, Aceh, Riau dan Melaka. Mereka berdagang serumpun, kerana itu mereka gagah. Malaysia dan Indonesia perlu kembali kepada cara lama kita. Cara nenak moyang kita berdagang, dari semua segi, termasuk kebudayaannya.
Bagaimana perjuangan seniman di Indonesia, terutama selepas reformasi?
Sebetulnya tidak ada perubahan apa-apa di Indonesia, dahulu atau kini. Baik di zaman Seokarno, tidak mereformasi keadaan sebelum penjajahan menjadi keadaan yang merdeka yang sebenarnya.
Kerana dia tidak memberikan kemerdekaan pada rakyat. Seokarno bangga menjadi penyambung lidah rakyat tetapi tidak mahu menciptakan situasi agar rakyat mempunyai lidah sendiri untuk berbicara. Begitu juga Seoharto, memang bisa menyingkirkan parti komunis dan membuat orde baru tetapi ternyata orde baru bukan reformasi dari segi kebudayaan hanya penggantian ideologi politik yang cetak sahaja.
Setelah reformasi 1998?
Tidak ada perubahan apa-apa, secara kebudayaan apa perubahannya, tetap yang berdaulat itu hanya pemerintah dan parti politik. Apatah lagi kedaulatan ekonomi. Reformasi di Indonesia pada 1998 itu separuh masak.
Bagaimana sebetulnya negeri impian selepas reformasi?
Negeri yang rakyatnya merdeka, merdeka dalam ertinya sebenar, yang rakyatnya berdaulat, berdaulat secara politik, berdaulat secara ekonomi tetapi hal itu tidak terjadi di Indonesia dan Malaysia.Yang berkuasa bukan rakyat, yang berkuasa adalah pemerintah dan parti-parti politik.
Bagaimana bapak melihat Anwar Ibrahim?
Saya melihat dia sebagai budayawan dulu, kemudian baru politik. Ketika saya mengenalinya lebih 30 tahun lalu, saya melihat susuknya sebagai susuk budayawan. Bahkan satu-satunya di Asia yang punya susuk begitu. Seokarno, Seoharto tidak begitu. Mindset Anwar ialah kedaulatan rakyat dalam ekonomi, dalam kebudayaan, dalam politik dan sebagainya.
Perhatiannya kepada budaya bukan dibuat-buat. Sewaktu menjadi Menteri Kewangan Malaysia, Anwar mengundang saya untuk baca puisi kementeriannya, sewaktu itu saya disekat dari berkarya di Indonesia oleh rejim Seoharto.
Saya bersama Usman Awang, tampil dengan sajak-sajak "protes sosial"- di hadapan ahli ekonomi, anggota parlimen dan konglomerat Malaysia. Sewaktu terjadinya krisis (pemecatan Anwar), saya tanya beliau, 'Datuk bagaimana ini?' katanya, 'Teruk, sebagai abdi rakyat saya tidak bisa menipu rakyat,'.
Tidak ada menteri-menteri Asia yang mengaku sebagai abdi rakyat. Beliau sanggup jatuh (dipecat) tetapi rakyat tidak boleh jatuh. Bagi saya ini bukan pemikiran politik, ini pemikiran budaya.
Biodata:
Dilahirkan di Solo, 7 November 1935. Mengikuti pendidikan di Jurusan Sastra Barat Fakultas Sastra UGM (tidak tamat), kemudian memperdalam pengetahuan mengenai drama dan teater di American Academy of Dramatical Arts, Amerika Syarikat (1964-1967). Sekembali dari Amerika, dia mendirikan Bengkel Teater di Yogyakarta dan sekaligus menjadi pemimpinnya. Tahun 1971 dan 1979 dia membacakan sajak-sajaknya di Festival Penyair International di Rotterdam, pada tahun 1985 dia mengikuti Festival Horizonte III di Berlin Barat, Jerman. Kumpulan puisinya; Ballada Orang-orang Tercinta (1956), 4 Kumpulan Sajak (1961), Blues Untuk Bonnie (1971), Sajak-sajak Sepatu Tua (1972), Potret Pembangunan dalam Puisi (1980), Disebabkan Oleh Angin (1993), Orang-orang Rangkasbitung (1993) dan Perjalanan Aminah (1997).
Sajak Seorang Tua Tentang Bandung Lautan Api
Oleh : W.S. Rendra
Bagaimana mungkin kita bernegara
bila tidak mampu mempertahankan wilayahnya
bagaimana mungkin kita berbangsa
bila tidak mampu mempertahankan kepastian hidup bersama ?
Itulah sebabnya
kami tidak ikhlas
menyerahkan Bandung kepada tentara Inggris
dan akhirnya kami bumi hanguskan kota tercinta itu
sehingga menjadi lautan api
Kini batinku kembali mengenang
udara panas yang bergetar dan menggelombang,
bau asap, bau keringat
suara ledakan dipantulkan mega yang jingga, dan kaki
langit berwarna kesumba
Kami berlaga
memperjuangkan kelayakan hidup umat manusia.
kedaulatan hidup bersama adalah sumber keadilan merata
yang bisa dialami dengan nyata
mana mungkin itu bisa terjadi
di dalam penindasan dan penjajahan
manusia mana
akan membiarkan keturunannya hidup
tanpa jaminan kepastian?
Hidup yang disyukuri adalah hidup yang diolah
hidup yang diperkembangkan
dan hidup yang dipertahankan
itulah sebabnya kami melawan penindasan
kota Bandung berkobar menyala-nyala tapi kedaulatan
bangsa tetap terjaga
Kini aku sudah tua
aku terjaga dari tidurku
di tengah malam di pegunungan
bau apakah yang tercium olehku?
Apakah ini bau asap medan laga tempo dulu
yang dibawa oleh mimpi kepadaku?
ataukah ini bau limbah pencemaran?
Gemuruh apakah yang aku dengar ini?
apakah ini deru perjuangan masa silam
di tanah periangan?
ataukah gaduh hidup yang rusuh
karena dikhianati dewa keadilan.
Aku terkesiap
sukmaku gagap
apakah aku dibangunkan oleh mimpi?
Apakah aku tersentak
oleh satu isyarat kehidupan?
Di dalam kesunyian malam
aku menyeru-nyeru kamu, putera-puteriku
Apakah yang terjadi?
Darah teman-temanku
telah tumpah di Sukakarsa
di Dayeuh Kolot
di Kiara Condong
di setiap jejak medan laga.
Kini
kami tersentak,
terbangun bersama.
putera-puteriku, apakah yang terjadi?
apakah kamu bisa menjawab pertanyaan kami?
Wahai teman-teman seperjuanganku yang dulu,
apakah kita masih sama-sama setia
membela keadilan hidup bersama
Manusia dari setiap angkatan bangsa
akan mengalami saat tiba-tiba terjaga
tersentak dalam kesendirian malam yang sunyi
aan menghadapi pertanyaan jaman:
apakah yang terjadi?
apakah yang telah kamu lakukan?
apakah yang sedang kamu lakukan?
Dan, ya, hidup kita yang fana akan mempunyai makna
dari jawaban yang kita berikan.
 
Friday, August 12, 2005
Wednesday, August 10, 2005
Kemerdekaan Adalah Kebebasan & Keadilan – Anwar
Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan sebagaimana yang telah dijanjikan kepada rakyat Malaysia pada 31 Ogos 1957.Menurut Dato Seri Anwar Ibrahim, kedua aspek tersebut merupakan tiang seri bangsa yang terkandung dalam permasyhuran kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.
“Kita tahu, hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan memakrifati nilai kebebasan’ kata Anwar
Anwar menghuraikan kedua elemen tersebut, dihadapan kira-kira 400 hadirin di pidato kemerdekaaan semepena dengan Seminar Tahunan Institut Kajian Dasar (IKD) di Hotel Pearl International, 6 Ogos lalu. Seminar 2 hari tersebut turut mengundang cendikiawan dan tokoh akademik tempatan untuk menghurai dan menilai semula pembentukan etika, pendidikan dan kebudayaan nasional.
Dalam ucapan tersebut Anwar juga menyingkap kisah klasik Brutus yang membunuh Caesar semata-mata untuk membebaskan Rom ketika itu dari raja (Caesar) yang mula hendak menjadi diktator. Beliau mengungkap kata Brutus yang dicatat oleh Shakespeare;
“siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba’.
Dalam pidato sejam itu juga anwar turut mengesyorkan agar kerajaan mengantikan hasrat mereka yang mahu menghidupkan semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada suatu dasar yang lebih baik untuk semua kaum dan bangsa.
‘Mengapakah orang Melayu hanya mahu memperjuangkan keadilan untuk orang Melayu sahaja, dan Cina untuk Cina sahaja, India semata untuk India sahaja, Kadazan, Iban, hanya untuk kaum masing-masing. Keadilan tidak akan tercapai melalui program-program yang bersifat tolak-ansur; menolak satu kaum, dan ‘mengansur’ kaum yang lain. Suvival bangsa kita hanya akan terjamin dengan merumuskan satu gagasan keadilan untuk Bangsa Malaysia’ tegas Anwar.
Majlis pidato kemerdekaan itu juga diserikan dengan puisi khas yang dicipta dan dibacakan oleh penyair terkenal Indonesia WS Rendra dan Sasterawan Negara Prof Dr Muhamad Haji Salleh.
Hadirin turut dipersembahkan dengan lagu “Dendam Semalam” ciptaan Mazir Ibrahim. Liriknya diangkat dari rangkap pantun yang dibacakan oleh Dato` seri Anwar Ibrahim dan Datn Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres pertama Parti Keadilan Rakyat, Disember lalu.
Teks penuh pidato kemerdekaan: www.anwaribrahim.com
 
Saturday, August 06, 2005
FREE BURMA! FREE SUU KYI!
MEDIA STATEMENT6 Aug 2005
FREE BURMA! FREE SUU KYI!
In conjunction to the 17th Anniversary 8888 Day (8th August 1988 0 8th August 2005), the Youth Wing of People's Justice Party would like to call for the military junta to respect the democracy of Burma's election. Thus, we would like the existing government to respect the full and free participation of all MPs elected at the 1990 General Elections, aimed to achieve a new constitution and free and fair general elections.
Secondly, we would also like to declare our support to The ASEAN Inter-Parliamentary Caucus on Democracy in Myanmar (AIPMC) that a solution to the crisis in Burma will benefit regional stability, safeguard the wellbeing of the region and be in the long-term collective interest of ASEAN.
The Youth Wing of People's Justice Party would also like to call upon the current Burmese government to stop human rights abuses, including torture arrest, forced labor, force relocation, and rape.
For Burma's pro-democracy leader and Nobel Peace laureate, Aung San Suu Kyi, we find that her struggle relies on the democratic values which have been drawn from the best part of the spiritual and moral tradition of Myanmar. These values are now unfolding themselves through the democracy movement in the country. Her struggle, therefore, refutes the well-propogated view that Asia can offer nothing for democracy, and the democracy is a concept alien and irrelevant to the region.
Suu Kyi singled out the problem of overcoming fear as the vital link between ideals and their realisation in the daily life of Myanmar society. Also, the people of Myanmar cannot avoid fighting fear if they are to keep their personal integrity.
We also find her struggle is basically not a power struggle, but one that aims to achive personal and social integrity within the context of Burma. The struggle also has a conciliatory and educational nature, which would make it possible for the struggle to invlove even its adversaries, such as the military, in its endeavours.
May the date 8888 reminds us all on Burma struggles for democracy.
By:
Faisal Mustaffa
Chairperson, International Bureau
Youth Wing People's Justice Party
 
Thursday, August 04, 2005
Polis munafik kalau tidak bebaskan suami saya
Tanggal 27 Ogos ini genap empat tahun penahanan anak kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA). Tempoh tersebut adalah perlanjutan daripada tempoh dua tahun yang sepatutnya berakhir pada Ogos 2003 yang lalu.Dalam kempen "Malaysia Bebas dari ISA," isteri kepada Nik Adli, Sles Monira, 33 sering menekankan sifat munafik yang jelas di kalangan pegawai-pegawai polis cawangan khas (SB).
Pihak polis berjanji padanya untuk membebaskan suaminya selepas tempoh dua tahun. Mereka juga untuk berjumpa Nik Adli di Balaip Polis Kota Bharu empat tahun alu untuk 'berbincang' tetapi kemudiannya terus ditahan sehingga kini.
Akhirnya, Sles mendakwa pihak polis berbohong kepadanya dan seluruh keluarga Nik Adli dengan janji-janji tersebut.
Faisal Mustaffa sempat menemubual Sles Monira di Sri Kelantan, Kuala Lumpur ketika beliau bersama isteri-isteri tahanan yang lain menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 15 Julai lalu bagi membebaskan suaminya.
berjanji kepadanya untuk
FM: Apakah pertuduhan sebenar yang diletakkan ke atas Nik Adli sehingga beliau dianggap sebagai seorang yang mengancam keselamatan negara?
Sles Monira (SM): Tiada surat yang dikirimkan kepada kaum keluarga mengenai penahanan Nik Adli. Keluarga hanya mengetahui sebab pertuduhan melalui akhbar yang disiarkan pada 5 Ogos.
Dalam akhbar itu, Nik Adli dituduh sebagai perompak bank, melakukan beberapa pembunuhan, mengambil senjata yang dihantar dari Filipina dan selatan Thai, terlibat dengan aktviti Mujahidin di Afghanistan dan ketua perancang bagi melakukan beberapa usaha untuk mewujudkan kumpulan mengganti kerajaan sedia ada.
FM: Adakah anda percaya terhadap tuduhan-tuduhan tersebut?
SM: Minta maaf kalau saya katakan bahawa sedikit pun saya tidak percaya.
Sebagai isteri, saya berada bersama Nik Adli 24 setiap hari. Saya tahu rutinnya setiap hari. Saya pernah mengadu ke Suhakam ketika Nik Adli disoalsiasat di Bukit Aman Nik dan jua ketika Adli berada di kem tahanan.
Setiap pertemuan dengan Suhakam, saya menceritakan kepada mereka apa yang dilakukan oleh Nik Adli dan ia melakukannya secara rutin.
Pada waktu Subuh, Nik Adli ambil sarapan dan membaca al-Quran. Selepas itu, dia mengajar di sebuah sekolah agama yang jaraknya cuma 50 langkah dari rumah, iaitu berada satu wilayah kecil Pulau Melaka, Kota Bharu.
Pada waktu tengahari, Nik Adli akan pulang ke rumah untuk sembahyang zohor. Kemudiannya dia akan mengadakan kelas tambahan sehingga Asar.
Di waktu petang, Nik Adli akan pergi bermain dengan ayam seramanya. kalau tidak pun, dia akan berkebun dengan Tok Guru di belakang rumah Sehingga Maghrib.
Pada waktu selepas Isya' pula, Adli mengajar tuisyen hingga jam 11 malam.
Selepas itu dia pulang ke rumah untuk menonton TV sehingga tidur.
Pada waktu cuti, dia melakukan senaman bersama pelajar-pelajar sekolah. Ada kalanya, Ziarah keluarga.
Jadi, saya terkejut apabila dituduh dengan pelbagai pertuduhan.
Sepanjang yang saya mengenali Nik Adli, beliau ialah seorang yang jarang bergaul. Dia tidak pernah meninggalkan rumah lebih dari seminggu.
Melalui kegiatan politik pula, Nik Adli hanya melakukan usrah untuk pelajar-pelajar sahaja dalam membetulkan akhlak dan aqidah.
Memang saya tidak nafikan bahawa beliau pernah terlibat dalam kegiatan Mujahidin di Afghanistam ketika sebelum menyambung belajar di Pakistan.
Pada waktu itu, dia ada niat untuk mati syahid. Dia juga pernah restu daripada Tok Guru untuk membenarkan beliau pergi ke Afghanistan.
Dia hanya ke sana sebagai pelapis sahaja tetapi tidak pernah pergi berperang. Cuma menjaga sempadan.
Sebaik sahaja selesai peperangan, Tok Guru suruh pulang. Sejak dari itu, dia menjadi guru agama di Pulau Melaka, Kelantan.
FM: Bagaimana mula-mula Nik Adli ditahan?
SM: Peristiwa yang berlaku kepada Nik Adli berbeza dengan isteri-isteri tahanan ISA yang lain.
Mungkin disebabkan pihak polis takut untuk menangkap atau segan untuk menahan Nik Adli di rumah yang tinggal berhadapan dengan rumah Menteri Besar.
Pada 2 Ogos 2001 (Khamis), surat yang dikirimkan melalui anggota polis memberi waran supaya Nik Adli melaporkan diri di Balai Polis Kota Bharu paa 4 Ogos (Sabtu).
Dia pergi bersama adik iparnya, Arif Fahmi. Kami difahamkan Arif tidak dibenarkan memasuki balai. Menurut Arif, beliau disuruh pulang tanpa Nik Adli kerana Nik Adli ditahan di bawah ISA dan terpaksa dibawa ke Bukit Aman untuk siastan lanjut.
Semenjak itu, kami sekeluarga tidak pernah lihat Nik Adli pulang.
FM: Boleh anda ceritakan mengenai mogok lapar yang dijalankan oleh Nik Adli bersama rakan-rakannya?
SM: Saya mula mengetahui suami saya mogok lapar melalui isteri-isteri tahanan yang lain. Saya menelefon ke Kamunting dan peristiwa itu disahkan oleh pegawai yang menjawab panggilan.
Apabila saya hendak bercakap dengan suami saya, saya tidak dibenarkan kerana "Nik Adli tidak mahu bercakap dan tidak mahu isterinya datang melawatnya."
"Dia mahu mogok lapar sampai mati."
Saya memeriksa berita internet yang mengatakan lima orang tahanan sedang tenat termasuk Nik Adli. Mogok berlaku membantah selepas genap setahun penahanan mereka.
Cukup 13 hari mogok, saya pergi selepas membaca berita dari internet. Pada pukul 2 pagi selepas mengetahui berita, saya meminta izin daripada ibu mertua untuk menggunakan kereta untuk ke Perak melawat Nik Adli.
Saya beritahu Datin, saya mahu ambil mayat Nik Adli.
Keadaan Nik Adli ketika itu memang tenat. Beliau terpaksa menggunaka kerusi roda untuk bergerak. Nik Adli tidak dapat bercakap kerana mulut terlalu kering untuk bersuara. Airmata saya meleleh melihat keadaan.
Sebagai isteri pejuang, saya sebenarnya bangga, seperti kisah-kisah isteri pejuang Mujahidin.
Pada hari ke 14, pihak Kemta memberitahu bahawa Nik Adli dibawa ke hospital Taiping untuk dimasukkan cecair. Nik Adli pengsan selepas cukup dua minggu.
Selepas dua minggu, Nik Adli dimasukkan kembali ke hospital kerana pengsan. Kemudian, Nik Adli berhentikan mogok selepas mendapat arahan tegas daripada bapanya yang tidak mahu Nik Adli menyiksa badannya. Alasan lain Nik Adli berhenti mogok juga ialah apabila pihak SB berjanji akan menyelesaikan soalsiasat Nik Adli dalam masa terdekat.
FM: Apakah doa yang anda mohon kepada Tuhan setiap kali selepas sembahyang?
SM: Saya minta istiqamah suami saya atas apa yang dilakukan. Sekiranya dahulu, semangatya kuat dan tidak takut kepada sesiapa, saya meminta supaya Tuhan tetapkan kekuatan tersebut.
Kuatkan iman sebelum, semasa dan selepas bebas. Saya tidak mahu dia jadi penakut, dan sakit jiwa.
Untuk diri saya, saya minta agar saya diberi kekuatan untuk tahan ujian yang diberikan kepada saya. Saya minta agar tidak diberikan ujian yang berat sehingga saya tidak boleh menanggung.
Selagi ada kekuatan pada diri saya, saya redha diberi pelbagai lagi ujian.
FM: Siapakah yang mengalami tekanan yang paling hebat akibat tahanan Nik Adli?
SM: Mak Dah, seorang jiran yang kenal rapat dengan keluarga Tuan Guru. Bila dengar sahaja orang menceritakan tentang Nik Adli, dia akan menangis.
Dia seperti ibu kepada Nik Adli. Dia menyaksikan Nik Adli membesar. Sewaktu kecil, Nik Adli sering bermain-main di hadapan rumahnya. Mak Dah meniggal dunia pada 2002.
Sememangnya, anak-anaknya juga sudah tentu sedih. Semasa Nik Adli ditahan, Kifayatullah berusia 1 1/2 tahun manakala Nik Aziz berusia 3 tahun. Saya fikir semasa kecil, dia tidak mengenal ayah mereka. Tapi saya tidak mahu mereka ini lupakan ayah mereka. Potret ayahnya berada di merata rumah.
Saya pula selalu bawa mereka ziarah bapa mereka di Kemta.
Semenjak akhir-akhir ini, Aziz yang kini berusia 7 tahun sudah pandai tanya bila Baba balik, kenapa polis tangkap dan pelbagai lagi soalan yang sukar untuk saya menjawabnya.
Saya cuma jawab polis jahat. Saya beritahu dia supaya banyak berdoa suaya Babanya cepat pulang. "Tuhan lebih kuat daripada polis."
Saya beritahu Aziz, kalau Tuhan nak bagi Baba pulang, maka Baba akan pulang juga.
Bila dia menangis sahaja, saya tidak dapat menahan sebak.
Ada ketika saya sakit mata dan berair. Pada masa-masa itu, Aziz akan tanya, "Mama ingatkan Baba ke?"
Mereka pernah melawat selama 10 kali sepanjang Nik Adli ditahan.
Sewaktu saya membawa mereka melawat bapa mereka di Bukit Aman, Kifayatullah yang masih berusia 1 1/2 tahun memeluk ayahnya dan menangis. Mungkin dia tidak tahu bagaimana hendak menyatakan rasa rindu terhadap bapa mereka.
Bila selesai tempoh satu jam berjumpa, dia tidak mahu lepaskan bapanya. Dia tetap pegang bahu ayahnya. Pada ketika itu, saya nampak polis-polis wanita yang ada di situ pun menangis dan tidak sanggup untuk melihat.
Saya pasti polis-polis itu ada perasaan dan ada anak sehingga faham situasi yang saya hadapi sekarang.
Nik Adli memang rapat dengan anak-anaknya. Walaupun sibuk, setiap petang bila berkebun, anak-anaknya akan ikut.
Semasa ditahan, setiap kali berjumpa, Nik Adli akan suruh saya berikan pensil dan kertas kepada Aziz dan suruh dia menulis rumi dan jawi serta melukis. Nik Adli mahu lihat perkembangan anaknya.
Adli juga sering menguji Aziz supaya membaca apa sahaja doa yang dipelajari atau diajar oleh saya.
Aziz pula sering menulis surat ke bapanya. Sehinggakan selepas saya mengajar Aziz menaip menggunakan komputer, dia mahu menulis surat dengan komputer untuk bapanya, hanya mahu tunjuk kepada bapanya bahawa dia sudah pandai menaip dan menggunakan komputer.
FM: Apakah alasan anda yang sepatutnya Nik Adli dibebaskan?
SM: Nik Adli sepatutnya bebas pada 25 September tahun lalu. Semua orang tahu bahawa suami saya tidak bersalah.
Sekiranya ISA dikenakan dua tahun untuk disiasat, maka tahanlah sepanjang tempoh itu sahaja dan selesaikan siasatan. Selepas itu, bebaskan suami saya.
Kalau suami saya bersalah, bawa dia sahaja ke mahkamah, bicarakan dia.
Apa yang saya marahkan, dia disambung lagi dua tahun. Saya pula tidak diberitahu mengenai perkembangan siasatan yang dilakukan kepada Nik Adli.
Sebab suami saya disambung lagi dua tahun ialah kerana 'tidak puas hati.'
Masalahnya, penyambungan tahanan ialah hanya kerana tidak mempunyai apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh suami saya. Kalau ada sebarang siasatan, mestilah ada keputusannya. Ini, bila siasat tak nampak, siasat tak nampak.
Kalau macam tu, sampai mati pun tahanan itu akan ditahan.
FM: Bolehkah anda ceritakan sdikit sebanyak mengenai kuliah sarjana anda?
SM: Saya baru sahaja selesai ijazah dalam usuluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun, Universiti Malaya yang diambil selama 4 tahun.
Saya akan hadiri majlis konvokesyen saya pada 9 Ogos nanti dan saya betul-betul mahukan suami saya melihat saya menerima ijazah dan turut sama bergembira di majlis itu nanti.