Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, March 26, 2004

Disebabkan sudah lama tidak mengemaskini blog ini, tergerak pulak rasa hati dengan semangat tahi ayam baru untuk membuat sesuatu.

Teringat tempat kerja lama yang ditinggalkan beberapa minggu yang lalu. Ramai yang bertanya kenapa berhenti 24 jam? Sesungguhnya sudah tidak tertahan lagi dengan mainan politik di pejabat. Baik yang muda mahupun yang tua, sama sahaja.

Politik di pejabat ni pernah diutarakan semasa pembentangan laporan jabatan pada pihak pengurusan. Dengan gah dan berlagak tak bertempat, Pengurus Besar baru memberi komen, setuju.

Sebenarnya, sengaja diutarakan supaya kadar dapat dikurangkan dan juga menjadi satu amaran. Tapi, perkara ini mendapat interpretasi lain. Sendiri yang dedahkan, sendiri yang dapat padah.

Grapevine melanda-landa. Memang betul resmi orang Melayu, tak berubah, tak suka melihat kejayaan seseorang. Kalau dibandingkan dengan keputusan pilihanraya baru-baru ini, ada betulnya (walaupun penipuan jelas SPR). Jangan dedahkan perkara sebenar. Buat tak tahu ajer. Nanti diri sendiri yang susah!

Tapi tak pernah menyesal. I know I did the right thing.

Perkara ni datang balik dalam ingatan sejak semalam, ada perjumpaan dengan rakan lama dari tempat kerja lama. Dia amat terkejut mengetahui diri ini telah berhenti. Perkara sebenar terpaksa dijelaskan. Dan, dia tidak terkejut. Cuma sedikit kecewa.

Selain daripada itu, ada tujuan lain pertemuan kami. Dia ingin tahu perkembangan perlindungan insurans anaknya. Dengan bangganya laporan diberikan. Tindakan yang begitu konfiden kerana sejak dua hari lalu, dapat dibersihkan polisi-polisi yang karat sepertinya.

Ada juga hali lain yang dibincangkan, kontrak Hotel Singgahsana. Insya-Allah, kalau murah rezeki Singgahsana akan menjadi istana ku.

 

 

Wednesday, March 24, 2004

SivarasaSudah lama rasanya saya tidak menulis dalam blog sendiri. Terlalu sibuk dengan tugas-tugas lain yang memerlukan masa saya digunapakai sehingga awal pagi.

Dalam beberapa minggu yang lalu, seperti yang disedia maklum, demam pilihanraya. Musim kali ini merupakan musim kedua dan yang pertama bergerak secara langsung dan terangan.

Banyak strategi dalam perancangan awal kempen pilihanraya yang kami telah aturkan untuk Calon Parlimen P105 Sivarasa Rasiah di bawah label Keadilan. Salah satuya ialah mengenai pembikinan laman web kempen Sivarasa.

Kempen ini juga telah memaksa saya untuk meletakkan jawatan dalam sebuah syarikat swasta supaya dapat memberikan tumpuan.

Jadi, ramai yang bertanya, habis tu banyak ke Sivarasa bagi kamu?

Dalam politik Umno Barisan Nasional, memang tidak dapat dinafikan bahawa wang sogokan memang diperuntukkan. Berpesta nampaknya mereka ini. Wang datang mencurah. Tampal poster upahnya RM20 sejam, ejen pengundian dan pengiraan dapat RM100. Elaun pengangkutan disediakan. Teksi yang membawa pengundi ke tempat mengundi mendapat RM100. Sehinggakan orang yang memeriksa nama mereka di pondok panas BN mendapat RM20.

Balik ke persoalan saya, berapa yang saya dapat? Defisit!!!! Kadang-kadang saya terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri untuk memperlengkapkan persiapan.

Habis tu nak makan apa?

Begitu cetek sekali mentaliti rakyat Malaysia. Sehingga putus bekalan makanan sekiranya tidak bekerja di bawah Umno agaknya. Tahukah mereka ini rezeki itu di bawah kuasa Tuhan? Mungkin selepas ini saya tidak mendapat kerja dengan gaji yang tetap, namun saya percaya akan rezeki yang telah diperuntukkan untuk hambanya. Hanya memerlukan usaha sahaja.

Jadi, Sivarasa kalah. Apa yang mampu diperkatakan? Terima hakikatnya? Sekiranya perjalanan pilihanraya telus, saya boleh terima. Saya telah menghadiri taklimat pilihanraya oleh Pengarah SPR sendiri di Shah Alam. Disuruh datang dan terpaksa keluarkan wang pendaftaran bengkel RM10. Tidak lagi dibenarkan pondok panas. Apa sudah jadi? Kita akur dengan pindaan undang-undang SPR tapi pihak lain buat tak tahu. Komplen, laporan? Semua dah dibuat, tapi apakan daya?

Perjalanan kempen dengan menggunakan jentera kerajaan, sogokan upah dan rasuah saya kira hanya kejayaan sementara. Kesedaran nanti bakal buktikan kejayaa.

Insya-Allah saya akan tetap terus menyambung hasil penulisan saya ini ke dalam blog ini dah saya meminta maaf kerana pembaca-pembaca setia blog ini tidak dapat mengemaskini akitiviti penulisan saya.

 

 

Wednesday, March 03, 2004

Sudah lama rasanya blog ini tidak disumbat dengan kenyataan-kenyataan akhbar yang sukar diperolehi di media perdana. Juga, penulisan saya juga rencana terakhir juga sudah lama tidak kelihatan sunggupun banyak penghasilan telah dihasilkan.

SIBUK. Memang itulah alasan.....

Terkilan rasanya pada hari pelancaran weblog ini 19.02.2004, tidak banyak acara yang dapat dimemorika.

Bahang pilihanraya sudah tiba. Persoalan, di manakah saya akan berkempen dan untuk calon mana? Itu yang menyebabkan weblog ini tidak dikemaskini. Tugas-tugas kempen telah pun berjalan. Setiap malam, mesyuarat demi mesyuarat - membuatkan saya mempunyai beberapa jam sahaja di rumah (untuk tidur, bukan berehat).

Masalah "Penjilat Ludah" pun telah mengakibatkan saya terpaksa bergegas beberapa hari ke pejabat editor untuk menghantar berita.

Sekarang tiba persoalan, bagaimana dengan kerja rutin???? Adakah kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan harian dapat dibuat, dengan adanya kekangan ini?

Inilah menjadi persoalannya. Patutkah saya menumpukan perhatian sepenuhnyaa dalam bidang penulisan? Adakah masa depan? Dapatkah bil-bil bulanan dibuat dengan lancar?

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com