Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, November 07, 2008

Memperingati BERSIH 10 November dengan Nyalaan Lilin


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan menganjurkan upacara nyalaan lilin Ahad ini (9 November) di Petaling Jaya dengan menunggu tibanya detik 10 November yang mengimbas kembali ulangtahun pertama perhimpunan aman BERSIH yang berjaya menghimpun 50,000 rakyat di ibu Negara.

BERSIH berpendapat perhimpunan 10 November – bersama perarakan “Walk for Justice” oleh Majlis Peguam 26 September dan perhimpunan Hindraf 25 November lalu menyumbang kepada tsunami politik 8 Mac 2008. Malang bagi Barisan Nasional (BN) kerana isyarat tuntutan perubahan tersebut tidak diendahkannya. Tanpa tuntutan-tuntutan rakyat, proses pendemokrasian akan terus dihalang.

BN sepatutnya melaksanakan reformasi terhadap sistem kehakiman, pihak polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR), undang-undang media atau pun proses pilihan raya bukannya mempertingkatkan lagi sifat kuku besi seperti penahanan di bawah ISA baru-baru ini, mengeluarkan amaran kepada empat akhbar, mengharamkan Hindraf dan membatalkan program temubual di dalam bahasa Cina.

BERSIH ingin memperingat orang ramai bahawa proses pilihan raya yang bersih dan adil untuk Pilihan Raya Umum akan datang – kemungkinan 2009, 2013 atau pun tempoh di antaranya, akan menjadi bertambah penting memandangkan Malaysia tidak mampu lagi ditadbir oleh sebuah kerajaan yang dipersoalkan kesahannya. Kerajaan yang ada sekarang berkemungkinan besar akan menghalang pelaburan asing langsung dan merangsangkan lagi masalah pihak-pihak professional ke luar negara, ditambah lagi dengan pada masa kita dalam kegawatan ekonomi globa.

Oleh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya dan parlimen mestilah melaksanakan lima reformasi asas secepat mungkin:
• pembersihan secara komprehensif dan mengemaskini senarai pemilih
• pelaksanaan dakwat kekal bagi menghalang pengundian berganda
• pemansuhan undi pos (domestik) bagi anggota keselamatan dan pasangan mereka
• tempoh kempen minimum 21 hari
• reformasi undang-undang media bagi membolehkan calon-calon untuk bebas mendapat akses yang bebas dan adil di dalam media.

nyalaan lilin akan diadakan di stadium MBPJ berhadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya di mana upacara seumpamanya diadakan bagi membantah mereka yang ditahan di bawak Akta Keselamatan Dalam Negeri yang zalim. Upacara tersebut telah diadakan selama empat minggu berturut-turut yang menampilkan ucapan daripada kumpulan-kumpulan masyarakat dan juga parti-parti politik.

BERSIH menekankan bahawa gesaan untuk reformasi pilihan raya seiring dengan pendirian kami dalam memansuhkan ISA dan tuntutan kami untuk kebebasan media ke arah Malaysia yang demokratik dan bebas.

Perhimpunan anti-ISA di Ipoh yang akan diadakan pada hari yang sama juga akan memperingati ulangtahun pertama perhimpunan aman BERSIH. Orang ramai digalakkan untuk menganjurkan acara nyalaan lilin di mana juga bagi ‘masa hadapan yang lecih cer

Labels: , , ,

2 Comments:

At 11:17 pm, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Saudara Faisal

Harap saudara faham bahawa penggunaan lilin itu ( virgil) adalah anutan kaum kristian. Harap saudara tidak terpesong akidah di dalam memperjuangkan keadilan. Melalui kata kata, niat dan juga perbuatan,,

salam perjuangan..

 
At 11:21 pm, Anonymous Anonymous said...

From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search
This article is about a period of intentional sleeplessness. For all other usages, see Vigil (disambiguation).
Vigil, tacuinum sanitatis casanatensis (XIV century)
"A Knight's Vigil" by John Pettie

A vigil (from the Latin vigilia, meaning wakefulness) is a period of purposeful sleeplessness, an occasion for devotional watching, or an observance.

It can also be the eve of a religious festival observed by staying awake as a devotional exercise or ritual devotions observed on the eve of a holy day [1], such as the Easter Vigil held on Holy Saturday. In the Eastern Orthodox Church an All-Night Vigil is held on the eves of Sundays and all major feasts during the liturgical year.

In Christianity, especially the Eastern Orthodox and Roman Catholic traditions, a vigil is often held when someone is gravely ill or dying. Prayers are said and votives are often made. Vigils extend from eventual death to burial, ritualistically to pray for a loved one, but more practically so they are never alone.

During the Middle Ages, a squire on the night before his knighting ceremony was expected to take a cleansing bath, fast, make confession, and then hold an all-night vigil of prayer to God in the chapel, readying himself for his life as a knight. He would dress in white, which was the symbol for purity.

When a Jew dies, a watch is kept over the body and Tehillim are recited constantly, until the burial service.

[edit] See also

* All-night vigil
* Wake
* Vigils
* Lamb of god
* Candlelight vigil

[edit] References

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com