Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, November 23, 2007
KeADILan dakwa Timbalan Menteri terima wang haram 10 juta
Saadon Akshah dan Roy Rasul | Wan Zahari Wan Salleh | |
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Sebuah syarikat pengangkutan kargo dipercayai milik Timbalan Menteri didakwa menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) melebihi RM10 juta dari Bangladesh.
Setiausaha Bahagian tersebut, Faizal Mustaffa mendakwa walaupun laporan dibuat sejak tahun 2001 yang lalu tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil. Beliau mendedahkan perkara tersebut kepada pihak media dalam satu sidang di ibu pejabat KeADILan, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, dekat sini, hari ini. Dakwanya Timbalan Menteri berkenaan memiliki saham sebanyak 49 peratus dengan syarikat itu. "Semasa memegang jawatan Timbalan Menteri wang tersebut dipindahkan ke akaun setiausahanya. Beliau yang turut mengedarkan beberapa salinan dokumen kepada wartawan berhubung pendedahan kes tersebut mendakwa, Timbalan Menteri itu masih menjalankan urus niaga melalui sebuah syarikat asing biarpun perbuatannya bertentangan dengan sumpah semasa dilantik sebagai timbalan menteri. Pemindahan wang haram itu dakwa Faizal bercanggah dengan peraturan bank negara Bangladesh dan Bank Negara Malaysia. Dalam pada itu, Timbalan Menteri tersebut turut didakwa memiliki empat buah kediaman mewah di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya. Selain itu dakwanya Timbalan Menteri itu dipercayai mempunyai lapan buah kereta mewah termasuk sebuah Porche dan motosikal Harley Davidson. - mns |
Labels: Bangladesh, Mohamed Zin, Silkway Cargo
0 Comments:
Post a Comment
<< Home