Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, December 04, 2005

Berjuang untuk anak cucu - Mohd Azhar Ayub Khan

Sungguhpun sudah mempunyai lapan orang cucu, Mohd Azhar tetap bertenaga untuk melihat perubahan dalam sistem pemerintahan negara.

Azhar, 65, berkata, perjuangannya menyertai demonstrasi-demonstrasi jalanan sejak 1998 dilakukan semata-mata untuk generasi akan datang.

"Saya dah tua dan tidak mendatangkan sebarang manfaat pun pada diri saya," katanya.

Beliau yang mempunyai anak sulung yang sudah berusia 40 tahun berkata dia sebelum ini sememangnya tidak berminat kepada politik tetapi terjebak kerana benci kepada kezaliman yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad semasa pemerintahan beliau.

Beliau yang sempat melalui era kesemua Perdana Menteri Malaysia juga menganggap sikap Mahathir berbeza dengan pemimpin-pemimpin yang lain bersifat diktator.

"Pengalaman pemecatan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998 menjadi kemuncak reformasi," ulas Azhar ketika ditemuramah.

Sejak dari itu, seluruh ahli keluarganya menyertai perhimpunan aman. Azhar mempunyai enam orang anak yang bongsunya kini berusia 14 tahun.
Pesara kakitangan kerajaan ini juga berharap bahawa reformasi yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim adalah harapan rakyat Malaysia.

"Pemimpin sekarang masuk politik untuk kepentingan peribadi," kata Azhar lagi.

"Rakyat begitu marah dan turun ke jala kerana kecewa dengan sikap pemimpin seperti ini," tambahnya.

Menceritakan pengalamannya, Azhar dan keluarganya pernah dibawa ke balai polis Gopeng kerana didakwa menyertai konvoi reformasi dari Kuala Lumpur ke Taiping bagi mendesak kerajaan membebaskan tahanan-tahanan politik yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika itu.

"Semasa disoalsiasat selama lebih setengah jam, pegawai polis cawangan khas cuba untuk meyakinkannya untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti reformasi di negara ini kerana menurut pegawai itu, 'Malaysia sudah aman'," jelas.

"Tapi, kalau aman, kenapa tuan sekat saya?" jawab Azhar ketika itu.
Azhar juga pernah mengalami keretakan tulang lengan ketika cuba melepaskan diri daripada pancutan air berasid pihak berkuasa.

Lengannya terpaksa disimen dan terpaksa menjalani fisioterapi selama hampir dua bulan.

Menurut beliau, selalunya perhimpunan aman rakyat menjadi huru-hara akibat daripada tindakan pihak polis khususnya Unit Pasukan Simpanan (FRU).

"Saya lihat sendiri FRU kejar dan pukul orang ramai," kata Azhar.

Azhar tidak bersetuju yang tuduhan mengatakan remaja sekarang tidak lagi endah mengenai sistem politik negara.

Baginya, kebanyakan belia terutamanya di universiti ditekan oleh pihak penguasa terutama sekali di universiti.

"Mereka disekat dan diugut," kata Azhar yang masih mempunyai anak remaja berusia 16 dan 14 tahun.
Walaupun mempunyai masalah tulang belakang yang dialami sejak berusia tiga tahun, ia sedikit pun tidak menghalang untuk mengikuti setiap rapat umum yang dianjurkan.

Beliau begitu aktif sejak mulanya reformasi di negara ini yang bergerak melalui KeADILan Bahagian Bukit Bintang.

Pada waktu itu, saya menguruskan kemasukan ahli-ahli baru ke dalam keADILan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com