Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, January 30, 2010

MUALLAF: Perlukah kita bersifat dendam?


Aku melihat filem ini banyak memperbincangkan sifat-sifat negatif manusia. Sifat iri hati, makan rasuah, tikam belakang, fitnah-memfitnah dan mencuri harta orang lain tidak menjadi suatu yang dilakukan secara terbuka.

Semuanya berlingkar di dalam benak hati manusia. Filem ini membawa setiap orang yang menonontonnya ‘mencerminkan diri mereka sendiri; adakah mereka juga bersifat demikian?”

Allah melalui firman-firmannya di dalam al-Quran banyak mengingatkan umat manusia supaya tidak bersifat dendam. Salah satu ayat yang dibentangkan di dalam Muallaf ialah ayat 4:43 dari ayat An-Nisaa yang menyebut;

“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami kerjakan sembahyang, ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakana dan jangan pula sedang junub (sudah campur dengan isterimu), kecuali melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamus akit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang di antara kamu dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tiada memperoleh air, maka hendaklah kamu tayamum dengan tanah yang bersih; maka sapulah mukami dan kedua tangan mu dengan kedua tanganmu (dengan tanah itu). Sesungguhnya Allah pemaaf lagi pengampun.”

Menurut Tafsir Quran Karim (Prof Dr H. Mahmud Yunus, 1973), Allah mengingatkan umatnya untuk banyak bersabar dalam menangani sesuatu masalah. Ia harus dimulakan dengan nsihat dengan perkataan yang lemah lembut. Sekiranya ianya tidak memberikan hasil, maka tinggalkan dia di tempat yang membolehkan dia berehat keseorangan. Kalau hal itu tidak berhasil juga, boleh dipukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan badannya. Alternatif terakhir yang membawa bertambahnya keras kepala, maka akhirnya boleh diambil jalan penyelesaian dengan perceraian.

Bagi menerangkan persepsi pengarah mengenai unsur ini, Yasmin Ahmad menggunakan Brian (lakonan Brian Yap) yang memberontak (secara tidak langsung) atas apa yang pernah berlaku terhadap dirinya semasa kecil. Perbuatan seperti mengeluarkan mani dengan sengaja (sebut melancap)….. menjadi satu sifat negatif di dalam ajaran agama. Mungkin sifat sebegini secara fizikal dan saintifiknya normal bagi seorang lelaki yang mula baligh, tetapi apa sekiranya perbuatan di dalam bilik air itu terbongkar?

Di dalam cerita ini, ibubapa Brian mempunyai pegangan agama kuat terhadap kepercayaan katolik. Penganut katolik percaya perbuatan seperti melancap itu perbuatan yang membawa kepada dosa. Brian didapati ditangkap sedang membelek majalah lucah yang memaparkan model-model wanita yang memperagakan bahagian tubuh sulit mereka sambil memperagakan seolah-olah biarawati. Maka, Brian dihukum dengan ditelanjangkan di khalayak ramai dan dibiarkan pulang bersendirian dengan telanjang bulat. Brian pada waktu itu berusia Sembilan tahun.

Perisitwa hitam itu sudah semestinya tersemat di dalam fikirannya. Selepas bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, tidak bergantung kepada keluarga, Brian sudah mula mahukan pembalasan. Beberapa babak melalui perbualan telefon dengan ibunya, menunjukkan sikap mahu membalas dendam atau menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keluarganya.




Babak yang paling ketara ialah apabila Mrs. Siva menyebat Rohana hanya kerana lukisannya ialah gambar bunga sedangkan tugasan yang sepatutnya ialah gambar gajah. Mungkin tindakan Mrs DSiva telah mengembalikan titik hitam pengalamannya dengan kuat sehingga berani (sebagai guru baru bertugas) 'menghalang' Mrs. Siva dari melakukan 'hukuman' yang sama seperti bapanya dahulu dimana kali ini dia mampu untuk bertindak balas.

Tetapi adakah pilihannya untuk mempelajari Islam sebagai alternatif kepada Katolik juga sebagai unsur membalas dendam? Di sini, Brian tidak bertukar agama.

Sekadar berkongsi pengalaman, ramai pelajar freshies di IPTA didera oleh pelajar senior selepas induksi. Kegiatan seperti royal flush (pelajar freshie disuruh meletakkan kepalanya di dalam jamban dan pelajar senior akan flush jamban tersebut), helicopter (zakar freshies diikat dengan benang kepada kipas siling) menjadi kelaziman. Alasan berbuat demikian ialah untuk melekaskan proses kemesraan di antara freshies dan seniors. Mungkin aktiviti tersebut menghiburkan senior dan orang yang menyaksikannya tetapi bagaimana kita yang menjadi badut penderaan? Jawapan mereka mudah; “nanti bila kau dah senior, kau buat freshies pulak”. Dan sikap membalas dendam itu menjadi tradisi.

Tetapi ada juga segelintir yang didera teruk semasa proses induksi tidak sanggup ianya berlaku kepada orang yang lain dan pengalaman itu biar padam. Justeru, dihalangnya daripada teman-teman senior melakukan perbuatan tersebut. Adakah sikap ini luar biasa?

Perkara yang sama berlaku kepada Rohani (lakonan Sharifah Amani) yang diaibkan bapanya dengan mencukur kepala. Rohani membawa adiknya lari ke Ipoh. Apabila bapanya (lakonan Rahim Razali) terlantar sakit di rumah sakit, Rohani dengan penuh kasih sayang pulang dan menjaga bapanya.

Tindakan lari dri rumah itu tidak dipaparkan sebagai tindakan memberontak seperti di dalam defines Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi sebagai jalan untuk mencari perlindungan. Ia disampuk oleh Rohana (lakonan Sharifah Aleysha) dengan membacakan ayat 16:41 (ayat An-Nahl) yang menyebut;

“Orang-orang yang berhijrah dalam keredhaan Allah, sesudah mereka teraniaya, sesungguhnya Kami tempatkan mereka di dunia di negeri yang baik. Sesungguhnya pahala akhirat lebih besar, jika merka ketahui.”

Muallaf adalah cerita tentang sebuah " Perjalanan "; seperti ungkapan kata Brother Anthony (lakonan Tony Savarimuthu), “setiap orang sedang mencari Tuhan dalam caranya sendiri".

Daripada seorang individualis (seperti kebanyakan daripada kita), keras kepala kepada seorang yang bertanggungjawab, belas kasihan dan suka menolong.

Perkenalan Brian-Rohani lebih banyak membawa kesan kepada ‘perjalanan perubahan’ kepada diri Brian secara peribadi. Brian yang tidak menyukai haiwan peliharaan cuba melawan sifat tersebut dengan memastikan Uncle (nama kucing peliharaan Rohani dan Rohana) tidak kebulur. Rutin Rohani dan Rohana menjaga seorang pesakit koma yang mereka sendiri tidak mengenalinya di hospital berdekatan juga seolah-olah membawa perubahan kepada Brian.

Rohani juga berjaya melembutkan hati Brian terhadap ibunya. Perbandingan hubungan anak-ibu Rohani dengan Brian-ibunya menyedarkan Brian bahawa dia lebih beruntung dari Rohani kerana masih memiliki seorang ibu. Akhirnya Brian kembali ke pangkuan ibunya sebagai tanda bahawa perwatakan Brian sudah sepenuhnya bulat balik ke titik asal-usulnya.

Unsur lain yang menarik perhatian saya dalam mengulas filem ini ialah gelagat umat Islam. Mereka meminum arak tanpa segan-silu di khalayak ramai tetapi takut memegang anjing. Ada juga (sebagai tambahan di luar filem) yang tidak memakan babi kerana haram tetapi berani melakukan zina. Ada yang yang tidak menjalankan rukun Islam tetapi mengaku penganut agama Islam!

Artikel ini disiarkan di di MERDEWKAREVIEW.

 

 

Friday, January 08, 2010

Ada apa dgn isu The Herald?

Melihat akan kontroversi serta isu isu yang berbangkit, kita nampak isu pokok pengunaan perkataan ‘Allah’ oleh majalah The Herald mula mengalami pengolahan persepsi dimana seperti lazim dipolitikan dengan pandangan pandangan aliran pemikiran politik tertentu serta rethorik-rethorik provokatif yg mengelirukan.

Sejak sehari dua ini,isu The Herald ini telah beranak sampai cucu cicit dan telah membawa bermacam macam spekulasi serta representasi yg pelik.Ada diantara kita yang telah difahamkan akan kesan bahawa isu ini bakal melahirkan fenomena salah guna kalimah Allah sebagai fesyen tatoo dan pakaian pakaian serta bermacam lagi.

Kini,persepsi umum mula bergerak ke semua arah mengikut arah telunjuk ahli ahli politik tertentu.Biar apa pun, ada satu fakta penting yang kita harus ambil kira sebelum kita mengambil satu keputusan muktamad.

Sebelum kita melihat isu pokok, kita harus melihat akan perpatah Melayu yang membawa maksud ” Bahasa Jiwa Bangsa”.Disini jelas bahawa sesuatu terma itu hanya merujuk kepada sesuatu tempat dan bangsa atau kumpulan ethnik.Tidak ada didunia mana mana bahasa yang mewakili mana mana agama kerana agama yang secara semulajadi bersifat ‘universal’ dan menjangkaui batas kaum, negara dan kelas.

Satu lagi perkara asas yang harus kita kaji disini adalah dari segi semantik sesuatu perkataan yang membawa maksud serta pemahaman yang khusus.Disini kita harus melihat maksud serta pemahaman perkataan TUHAN dengan perkataan ALLAH.Disini kita faham bahawa kedua dua perkataan ini membawa maksud yang berlainan dari segi konsep.

Ketiga, kita juga harus menerima faktor penentu serta penyerapan satu satu perkataan sebagai kata nama khas dimana kata nama khas bila diterima umum akan kekal sebagai sama dan tidak boleh dialih bahasa untuk tujuan kepastian representasi.

Ke-empat, kita harus menerima isu bahasa disini jika dilihat dari segi sejarah geo-politik dunia arab menjangkaui sejarah mana mana agama dan melalui evolusi maksud dan pengunaan dari segi perkembangan semasa dan tradisi setempat yang dipersetujui.

Ke-lima,kita juga harus terima akan faktor larangan undang undang yang menekankan akan teks serta dokumen dokumen penyebaran agama selain dari agama Islam (termasuk The Herald) harus mengandungi ‘caveat’ dimana tidak boleh digunakan untuk sebaran kepada penganut agama Islam.Disini faktor perlindungan atas kebimbangan keliru dan pengasingan kepercayaan dijamin.

Jika kita dapat menerima ke-lima lima hujah diatas, maka senang untuk kita membawa focus kepada isu pokok kita iaitu isu kelayakan pengunaan terma ‘Allah’ .Disini, kita harus asingkan faktor rethorik dan melihat isu tersebut dari segi konsep dan konteknya yang tertentu.

Isu pengunaan terma Allah dan Tuhan (Allah and God) dari segi konteks agama agama dunia melahirkan satu konsep ketuhanan yang berlainan maksud dan mempunyai sebab-nya yang tertentu.

Disini kita harus melihat perkembangan pemahaman sesuatu perkataan ini sebagai penyelarasan diantara agama agama membezakan konsep tuhan sebagai pelbagai dan tuhan sebagai yang SATU.Disini, persoalan yang penting adalah mengenai kesejajaran faktor sejarah setempat akan pengunaan terminogi tersebut tanpa sebarang kepincangan.Jika dilihat dari segi sejarah serta perkembangan bahasa arab kita pasti ketahui bahawa dari segi generic, perkataan asal arab Al-ilah membawa maksud tuhan yang satu atau ‘the god’.Terma asal ini dalam konteks sejarah perkembangan agama agama Judeo-Kristo dan Islam dan pemahaman akan maksud terma itu telah melahirkan satu pemahaman concept tuhan yang satu sekali gus mencorakan sejarah baru agama monotheisma.

Kita harus faham sejarah dunia dan tamadun tamadun awal dunia dalam konsep TUHAN atau GOD yang membawa maksud tuhan sebagai pelbagai dan juga membawa representasi pemujaan semangat serta kepercayaan percayaan animisma.Pengunaan terma ini dari segi umumnya konsisten dengan agama agama seperti Hindu,Greek dan Tao yang membawa representasi bahawa Tuhan itu merujuk kepada berpuluh puluh dewa serta dewi dan sekali gus menbawa makna konsep tuhan sebagai pelbagai dan bukan hanya merujuk kepada yg TUHAN yang SATU.

Namun konsep Tuhan yang dibawa oleh agama agama Judeo-Kristo dan Islam adalah berlainan dengan agama agama yang disebut diatas kerana konsep Tuhan yang diperkenalkan bukan sebagai satu konsep tuhan yang pelbagai tetapi konsep Tuhan sebagai Tuhan Yang SATU.

Ketiga-tiga agama ini mempunyai satu satu sejarah bukan saja dari segi geografi namun juga pemahaman yg sama iaitu Tuhan itu satu dan hanya satu dan perkataan tuhan yang wujud membawa pemahaman yang terlalu umum,pelbagai dan mustahil dapat melahirkan aspirasi baru iaitu Tuhan itu SATU.

Oleh yang demikian,tidak keterlaluan jika kita merujuk kepada terma ‘Allah’ segabai mewakili konsep TUHAN YANG SATU sejajar dengan agama agama yang membawa percercayaan tersebut secara khusus.Ia juga sejajar dengan pemahaman umum akan terma ‘Allah’ dalam Islam sebagai merujuk kepada tuhan yang satu dan semua konteks dan konsep dan sepanjang masa.

Apa yang kita lihat hari ini adalah satu proses penyelarasan bahasa dan semantik didunia moden tanpa batasan yang juga membawa bersama cabaran cabaran baru dalam mengasingkan terma serta konsep dari perpercayaan dan agama.Ini juga cabaran baru kita sebagai masyarakat matang dan berpengetahuan dalam mengendali isu isu agama diluar sengatan rethorik politik dan menerima sesuatu isu dari segi objektifnya.

Saya juga percaya bahawa pengunaan terma ‘Allah’ dapat mendekatkan lagi masyarakat bukan islam kepada Islam dan prinsip prinsip Islam dan berhijrah dari persoalan persoalan kulit dan mula lihat isu isu isi atau’substance’ secara objektif.

Akhirnya, Kita jugak harus mengambil kira faktor menerapan terma terma bukan Melayu kepada bahasa Melayu, dimana rujukan kata nama khas text asal diselaraskan ke Bahasa Melayu berdasarkan rujukan kepada text bahasa asal documen iaitu bahasa arab.Kalau diambil kira disini, samalah juga rujukan pihak Kristian yang membuktikan kewujudan text kitab Injil yang merujuk kepada tuhan yang satu sebagai “Allah”.Namun, disini harus juga diakui akan wujud-nya satu ukuran yang selari dengan diatas dimana pihak Kristian mengakui bahawa text asal Injil iaitu dalam bahasa Aramaic merujuk kepada tuhan sebagai ‘Alaha’ yang berbeza dari segi ejaan tapi menpunyai sebutan yang hampir serupa.

Biar apa pun perkembangan terkini ini juga mengajak kita melihat kepada satu lagi perkembangan penyelarasan yang membawa maksud siapa tuhan kepada semua nabi nabi sejak dari Adam sehingga Muhammad SAW.Adakah tuhan nabi nabi tersebut atas dasar kewujudan mereka sama dan tuhan yang mengwahyukan nabi nabi tersebut harus mempunyai nama yang sama menjangkaui perbezaan kepercayaan.

Dalam perkembangan semasa ini kedua dua pihak harus mengakui sensitiviti masyarakat dan keperluan perlaksanaan yang berkadar dan cukup bertanggung jawab..seperti mana yang digalakan oleh semua agama dunia.

Mungkin apa yang kita berdepan disini masih ditahap sebutan,bagaimana pula dengan ejaan dan mungkinkah perbezaan ejaan jika ditekankan dapat menyelesaikan kepincangan diantara kedua dua agama ini?

K.Shan

 

 

Monday, January 04, 2010

Nama ALLAH dalam THE HERALD:Di mana kita?

from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
17 Muharram 1431

http://peguamkita.blogspot.com/


Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.

Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.

Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:

Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya.

Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.

Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.

Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.

Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima?

Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?

Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu.

Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, di mana kita?

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com