Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, October 07, 2008

Dialog Blogger Bersama Teresa Kok


Aku bersama Blog Bugs akan menganjurkan stu program dialog bersama Teresa Kok pada:

Tarikh: 9 Oktober 2008 (Khamis)
Masa: 4 petang
Tempat: Hotel Midah, Kuala Lumpur (No 8, Jln Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur).

Peta lokasi boleh dimuat turun di sini.

Apa yang perlu blogger lakukan?

1. Daftar diri anda dengan menghantar emel kepada faisal_angkatanmuda@yahoo.com. ANda juga boleh sms ke 0192232002. Kami perlukan alamat blog anda.

2. Sediakan apa juga soalan yang anda ingin bertanya kepada Teresa Kok. Beliau sedia menjawabnya. Beza program ini dengan sidang media ialah anda (sebagai blogger) boleh memberi apa jua pendapat berhubung dengan isu yang berlaku terhadap Teresa Kok. Tidak ada tajuk spesifik yang terlibat di dalam dialog ini.

3. Bawa alat rakaman MP3, pita, video digital dan sebagainya supaya anda tidak tertinggal apa juga fakta yang anda perlukan. Kami akan sediakan kertas dan pensil tapi adalah dinasihati untuk membawa buku nota sendiri.

Bagaimana Isu Serangan Terhadap Teresa Kok Bermula?

Menurut penulis rencana di dalam utusan Malaysia, Zaini Hassan yang disiarkan pada 10 September 2008, beliau telah memetik kata-kata pembohongan Khir Toyo dan mendakwa Teresa membawa penduduk di Puchong membantah azan di salah sebuah surau di kawasan Dewan Undangan Negerinya.

Berikut ialah penjelasan Teresa mengenai isu azan:

i) Saya sendiri tidak pernah menerima aduan daripada penduduk di Puchong berkenaan dengan isu azan ini, jadi saya langsung tidak tahu tentang perkara ini dan saya amat hairan untuk mendengar tuduhan tersebut;

ii) Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk di Puchong, adalah langsung tidak masuk akal bagi saya sebagai exco Kerajaan Selangor untuk mengya supaadakan petisyen dan membentangkannya kepada YB Satim, seorang ADUN daripada parti pembangkang, kerana beliau bukannya kadi ataupun pengurus masjid, tidak ada gunanya saya menulis surat kepada beliau yang tiada kuasa tentang perkara ini?

Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk, saya akan minta bantuan daripada YB Datuk Dr Hasan Ali, iaitu exco yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor, ataupun pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam di Selangor, dan bukannya Satim.

Pembantu Satim juga telah gagal untuk mengemukakan bukti berkaitan dengan surat yang dikatakan ditulis oleh saya kepada Satim.

iii) Selepas kenyataan saya disiarkan dalam surat khabar semalam, saya terima satu faks daripada seorang pengundi di kawasan Puchong di pejabat saya. Faks tersebut mengandungi satu surat dan juga petisyen daripada beberapa ratus penduduk di Puchong kepada Satim. Barulah saya sedar memang terdapat sekumpulan penduduk di Puchong membuat petisyen kepada Satim berkenaan dengan isu azan ini.

Selepas itu, saya diberitahu oleh bekas pembantu pejabat perkhidmatan Kinrara saya bahawa penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabat saya dan minta bekas pembantu saya untuk "acknowledge receipt" dengan cop pejabat saya dalam surat mereka. Tetapi adalah jelas bahawa surat petisyen mereka kepada Satim bukan dibuat atas surat kepala pejabat saya.


Teresa merasakan amat kecewa apabila beliau dikaitkan dalam pertempuran dalaman Umno. Dalam satu perkembangan, beberapa ahli Umno yang berpiket memegang sepanduk menyokong Ahmad Ismail di luar bangunan Umno negerijuga didapati memegang sepanduk mengejinya.

Siapa dia Teresa Kok?
* Makanan disediakan.


Malam selepas dibebaskan dari ISA

Bersama Janice Lee (ADUN Teratai)

Labels:

1 Comments:

At 4:55 pm, Anonymous Anonymous said...

off white nike
yeezy
off white shoes
ggdb outlet
bape
air jordan
off white t shirt
supreme clothing
supreme outlet
supreme

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com