Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, January 12, 2008

Kala Malam Bulan Mengambang: Filem Terbaik Mamat Khalid




Setelah menonton dan memerhati perkembangan filem-filem yang dihasilkan oleh pelawak, pengarah filem Mamat Khalid, filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) merupakan filem terbaik beliau.

Sebelum ini, Mamat Khalid pernah mengarah filem Buana, Rock, Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang.

Sekiranya kita mengikuti filem-filem Mamat Khalid, mutu filemnya boleh dikatakan 20 tahun ke belakang; dari segi jalan cerita, skrip serta pembikinan.

Bertepatanlah apabila Tayangan Unggul memberi peluang kepada Mamat Khalid mengarah filem dalam imej visual hitam-putih. Kena dengan mutu era twist dan kabaret 50an.

Tidak lari daripada genre komedi, KMBM merupakan karya yang pertama dalam era teknologi maklumat ini dihasilkan dalam gaya neo-noir atau hitam putih.

Berlainan dengan filem-filem yang lain, jalan ceritanya agak lebih tersusun walaupun terdapat beberapa kisah yang dipaparkan dalam satu filem.

Kisah 50an
KMBM mengisahkan mengenai keris pusaka yang dijumpai Saleh, seorang wartawan yang diberhentikan kerja oleh syarikat penerbitannya.

Dengan tiada arah tujuan, Saleh tiba ke sebuah pekan, Pekan Senduduk Rimbun yang mempunya penduduk yang pelik-pelik.



Kehadiran Saleh membawa perubahan kepada pekan tersebut.

Dengan terpengaruh dengan filem-filem Melayu Musang Berjanggut, Pendekar Bujang Lapok dan Tiga Abdul, Mamat Khalid mengambil kreativiti dripada filem itu dan terhasillah KMBM.

Di situlah datangnya haiwan jadian dan ketua askar kerdil.

Filem tersebut menelan kos RM1.5 juta tanpa adegan stunt, penggambaran di luar Negara dan kesan khas. Kebanyakan daripada filem ini dihasilkan di studio sahaja. Ramai yang tertanya-tanya apakah kos yang menjadikan filem ini mahal?



Menurut media bebas Sensasi Selebriti “Namun, antara elemen utama bagi sesebuah karya bergenre noir ini ialah penggunaan kekunci rendah untuk pencahayaan yang akan menghasilkan kontras dan bayangan yang memberikan kesan dramati. Bayang-bayang yang dihasilkan akibat pencahayaan itu memberikan satu ikon yang cukup mengasyikkan apabila ditonton. Bermula pada era 40an, turutan scene dari malam ke malam menjadi satu ikon kepada karya noir.
Mungkin ini yang menjadikan filem ini mahal.

Filem ini dibintangi oleh Rosyam Nor, Umie Aida, Corinne Adriene dan Avaa Vanja dan sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Negara.

Labels: , , , , , ,

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com