Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, September 15, 2004

The Day After Tomorrow : Sindrom Galileo di LA, NY, KL dan serata dunia

Filem ini boleh memberikan kesedaran sedikit sebanyak kepada umat manusia terhadap kesalahan yang pernah dibuat kerana apabila tibanya ‘Hari Kiamat’, tiada siapa pun akan terlepas.

Apa yang menarik mengenai isu yang terdapat dalam filem ini punca daripada bencana alam ini. Global warming ini berpunca daripada kecuaian manusia terbanyak.

Filem mengisahkan Jack Hall yang mendapati bahawa bencana alam yang diandaikan berlaku; tiba lebih awal dari jangkaannya. Jack yang dilakonkan oleh Dennis Quaid, seorang ahli kajicuaca yang mengembara serata dunia bersama kumpulannya untuk mengkaji perubahan dalam cuaca dunia. Pada satu sidang akhbar yang dijalankan, Jack telah menggesa pemimpin-pemimpin dunia mengambil tindakan jangka panjang dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada global warming ini.

Apa yang berlaku dalam pemasalahan ini, Hall telah menceritakan bahawa lapisan ais di Kutub Utara sedang mencair dan menyebabkan suhu dunia meningkat.

Bagaimana sebenarnya perkara ini boleh berlaku? Menurut US Environmental Protection Agency, tenaga cahaya yang diperolehi daripada matahari dipantulkan ke angkasa. Gas-gas atmosfera rumah hijau (sebut; green house) sepert air sejatan, karbon dioksida terperangkap, dan mengakibatkan suhu bumi meningkat.

Fenomena ini sebenarnya telah berlaku sejak zaman Revolusi Industri yang mana kandungan karbon dioksida telah meningkat 30 peratus, methane meningkat dua kali ganda dan nitrous oksida telah meningkat 15 peratus.

Tetapi perkara sebaliknya berlaku di mana akibat daripada lapisan ozon yang menebal itu terdapat kebocoran dan mencairkan ais-ais dari lapisan ozon bumi.

Atas faktor-faktor ekonomi, kerajaan Amerika (dalam filem ini) enggan menerima kajian saintis tersebut dan memutarbelitkan kenyataan dengan mengatakan bahawa global warming hanyalah suatu dongengan. Presiden Amerika enggan mengambil nasihat pakar untuk mengosongkan kota New York dan berhijrah ke Amerika Latin. Kenyataan untuk mengabaikan sahaja kenyataan saintis itu juga disokong pula oleh Timbalan Presidennya.

Jadi, apakah punca sebenarnya malapetaka ini sehingga merobohkan dua kota terbesar di Amerika Syarikat itu? Secara realitinya, global warming terjadi akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia itu sendiri. Pencemaran yang dilakukan manusia sendiri mengakibatkan penghasilan karbon dioksida yang melampau. Manusialah pembunuh alam dan pusaka estetika Illahi.

Akibat daripada sikap kapitalis dan permainan politik juga kita dapati fenomena sedemikian (tidak seteruk The Day After Tomorrow) berlaku di Malaysia. Disember 1993 menyaksikan kematian beratus penghuni Blok 1 Highland Towers termasuk anak TanSri Musa Hitam, Carlos dan isterinya, Rozita.

Pada masa itu, masing-masing menuding jari. Yap Brothers yang membangunkan projek di bawah Highland Towers Development menafikan kesalahan pihak mereka kerana projek tersebut telah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Kelulusan tersebut tidak dijalankan berdasarkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Akhirnya yang disalahkan ialah faktor bencana alam.

Sekiranya faktor etika diambil, projek tersebut tidak dimulakan sama sekali kerana tahu bahawa kawsan tersebut sememangnya tidak sesuai sebagai sebuah projek pembinaan. Bangunan tersebut tidak mempunyai cengkaman yang kuat sehingga hakisan dari hujan dapat merobohkan sebuah bangunan 20 tingkat.

Saya kira pengarah Roland Emmerich mempunyai mesej explisit bagi menyedarkan umat manusia kerana sikap kapitalis yang akhirnya membunuh diri sendiri ini.

Menarik juga apabila membaca buku karya Daniel H. Gottlieb bertajuk GALILEO Syndrome yang meneritakan mengenai perubahan cuaca.

Menurutnya, “alam sekitar kita akan berubah, ia sentiasa akan berubah, tetapi pakar alam sekitar bersikap tutupmata kepada sebahagian besar daripada sistem yang diinapi; suatu budaya korporat, ekonominya, dan struktur kuasa, mereka akan sentiasa dipengaruhi oleh pihak yang membuat keputusan. Juga budaya yang dimiliki oleh pembuat-pembuat keputusan yang bodohnya mengabaikan kesedaran alam sekitar yang mementingkan pasaran daripada ketakutan yang ada, ego serta tamak. Semuanya adalah untuk kita semua, suatu ketidakfahaman kolektif terhadap alam sekitar dan kesan yang menakjubkan terhadap manusia serta yang yang lainnya yang terdapat di planet ini – yang amana pada waktu-waktu tertentu kita harus mempunyai suatu pembetulan dramatik�.

Menurutnya lagi, “kita sudah pun menyaksikan tragedi yang tidak diandaikan sebagai suatu jenayah yagn disengajakan. Ia adalah suatu isyarat bahawa kita telah pun melanjutkan diri kita dari segi kesedaran. Namun, dalam satu aspek yang lainnya, jika kita tetap menyorokkan kesedaran tersebut bagi tujuan perdagangan; keselamatan individu, atau kuasa – ia dinamakan satu jenayah. Kita telah hilang alasan tersebut yang patutditanam dalam planet ini, yakni kemanusiaan.�

Bagi mencantikkan filem fiksyen ini, pengarah terpaksa memasukkan unsur emosi dan percintaaan. Dalam tanggungjawab cuba memberi kefahaman kepada Presiden yang cukup bengap, Jack Hall juga terpaksa menjalankan operasi menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam ribut taufan New York. Ciri-ciri keintelektual Jack diwarisi oleh anaknya, Sam Hall (lakonan Jake Gyllenhaal).
Kesan-kesan khas yang ditayangkan melalui filem ini seolah-olah seperti ianya benar-benar berlaku. Penilitian dititikberatkan untuk menunjukkan kesan malapetaka termasuk putting beliung, ribut, ombak besar, banjir dahsyat dan permulaan era Ais.

 

 

Hari ini saya dikejutkan dengan satu SMS dari seorang yang tidak dikenali yang menggelarkan dirinya 'pcinta alam'.

Dalam SMSnya tercatat perasaan yang sungguh risau mengenai pencemaran yang berlaku di negara dan di seluruh dunia.

Harapannya agar saya dapat paparkan dalam penulisan-penulisan saya akan datang.

Melalui SMS balasannya, beliau terhibur dengan tulisan-tulisan saya. Saya kira saya tidak mempunyai pembaca tetap; hanya beberapa rakan rapat peguam yang banyak membincangkan isu-isu semasa (tidak banyak membantu dalam memberi pandangan dalam tulisan-tulisan saya).

Lebih-lebih lagi bila dilihat dari blog ini yang tidak mempunyai sebarang komen dari pembaca. Apatah lagi dengan penghasilan buku saya nanti. Adakah siapa yang sudi membelinya atau sekurang-kurangnya meminatinya?

Hasil tulisan saya rupanya ada penggemarnya sehingga dia tahu di manakan tulisan-tulisan saya disiarkan.

Buat'pcinta alam', saya ucapkan terima kasih dan permintaannya agar saya menulis di arus perdana saya kira agak tipis peluangnya untuk siaran.

Saya pernah meulis dalam majalah Malaysian Business suatu masa dahulu mengenai isu alam sekitar dan memenangi hadiah.

Akan saya sumbangkan artikel-artikel berkaitan dengan pemusnahan alam sekitar melalui pengalaman-pengalaman saya sebelum ini terutama sekali semasa melibatkan diri dalam Wetland Wonders dan sukarela di Wetlands International Asia-Pacific.

Pada 4 September lalu, saya juga telah bertemu dengan rakan baru dari Hartamas yang saya tumpangkannya pulang. Beliau ialah graduan dalam bidang Sains Politik dan bekerja dalam sektor korporat di bahagian latihan. Dia telefon saya beberapa hari selepas itu dan meminta maaf kerana tidak menyangka bahawa beliau telah menumpang kereta Faisal Mustaffa.

Alhamdulillah, ada perkembangan sedikit dalam profesion saya ini. Hishamuddin Rais amat berminat dengan 'Akademi Fantasia' versi saya - sungguhpun amat sukar baginya untuk memberi sebarang compliments.

Jelas, setakat ini pembaca-pembaca saya dari golongan intelek.

Saya faham tidak bermakna sesebuah blog yang mempunyai ratusan komen bermakna hasil tulisannya mendapat perhatian. Komen-komen yang tersiar banyak berkisar tentang rancangan-rancangan untuk keluar makan tengahari dan sembang kosong. Mungkin hanya boleh difahami di kalangan beberapa di antara mereka yang fanatik terhadap penulis tersebut.

Ratusan komen tersebut juga rupa-rupanya dari beberapa orang sahaja. Harapan agar beliau sukses dan terus berkhayal.....

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com