Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, November 13, 2009
Sambutan Memperingati Roboh Tembok Berlin
Pada 9 November lepas, teman-teman aku di Jerman menceritakan bahawa mereka meraikan hari memperingati robohnya Tembok Berlin yang didirikan pada tahun 1961 lalu.
Satu sessi khas diadakan untuk kami bagi menceritakan mengikut pengalaman masing-masing tentang keadaan pada waktu itu.
Aku bersama rakan-rakan dari Eropah Timur, Asia Barat, Asia Selatan, Amerika Selatan, Afrika sama-sama menyatakan rasa simpati dan gembira..... Dan kita sama-sama raikannya.
Minggu depan, aku akan melawat Jerman Timur buat kali kedua (kali pertama 2004) dan lihat sendiri peninggalan pemerintahan sebelum ini. Kami akan ke Dresden.
Aku berhasrat untuk mencatatkan pengalaman ini di dalam artikel aku minggu hadapan.
Labels: berlin wall, frederich naumann foundation