Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, July 30, 2008

Desa Mentari Di Mata Dunia

Dengan kerja-kerja yang tidak pernah lekang, tanpa disedari aku telah membawa Desa Mentari ke mata dunia melalui dokumentari yang ditayangkan saluran berita antarabangsa al-Jazeera.

Pada 3 Julai yang lalu, aku telah membawa siaran TV ini ke sebuah kawasan yang dibelenggu kesempitan akibat pembangunan yang tidak mampan. Sebenarnya, aku telah dipanggil oleh salah seorang produser di siaran TV itu untuk mencadangkan kepada mereka tempat yang sesuai dan mempunyai kesan yang besar akibat kenaikan harga petrol beberapa bulan lalu.

Secara serta-merta aku membuat perancangan utuk mereka dan mendapat sebauh keluarga di Blok 3, Desa Mentari untuk dipaparkan di dalam dokumentari mereka.

Aku bangun seawal 5 pagi untuk membawa penerbit, Ong Julin dan jurukamera Matthew Allard ke lokasi penggambaran.


Zopri memulakan hariannya dari rumah.

Zopri mula bersedia untuk ke tempat kerja.

Zopri mengisi minyak motor di stesen Petronas, Desa Mentari

Zopri sedang bekerja di pejabatnya


Zopri yang dipaparkan di dalam rakaman tersebut terpaksa menjalankan beberapa kerja untuk menanggung keluarga mereka atas kesempitan kehidupan berpunca daripada kenaikan harga petrol.

Malangnya, aku tidak dapat mengikuti mereka untuk penggambaran sebelah petang kerana terpaksa bekejar ke tempat kerja lain.

Sebelum ini, pada 24 Februari 2008, aku pernah didatangi al-Jazeera untuk memaparkan kes pengundi hantu.....dan aku membawa seluruh krew ke Blok 2 Desa Mentari untuk rakaman mereka.

Alhamdulillah, isu yang aku bangkitkan menerusi al-Jazeera yang dirakamkan di Desa Mentari itu mendapat perhatian Ahli Parlimen untuk mendapat maklumbalas daripada Perdana Menteri.

Berikut ialah soalan yang akan dibentangkan dalam soalan lisan pada sessi yang akan bermula 18 Ogos hadapan:

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil daripada siasatan polis berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Sharmila Turaisingam pada 12 Januari 2008 bahawa beliau tidak pernah berdaftar sebagai pengundi tetapi namanya terdapat di dalam senarai pemilih di Kubang Kerian, Kelantan.


Rakaman juga dibuat di Glenmarie (gambar atas) di mana rumah pengudi hantu yang aku kenalpasti.

Aku diberitahu bahawa rakaman yang kami buat itu mendapat anugerah global.

Labels: ,

 

 

Monday, July 28, 2008

MAJLIS PRA TONTON & SIDANG AKHBAR FILEM ‘SUSUK’



TARIKH : 30hb JULAI 2008 (Rabu)

TEMPAT : GSC 1 Utama (Hall 3)

MASA : 2.15 ptg – 6.00 ptg



ATURACARA

2.15 - 2.45 ptg Ketibaan & Pendaftaran Tetamu

2.50 – 3.15 ptg Ucapan

3.20 ptg Pelancaran Novel ’Susuk’

3.25 ptg Tayangan Filem ‘Susuk’

5.15 ptg Sidang Akhbar / Jamuan Ringan

6.00 ptg Majlis Bersurai

Labels: , ,

 

 

Saturday, July 26, 2008

Charles Alu-alukan Keputusan Westport Tingkatkan Insentif Pekerja




Ahli parlimen Klang, Charles Santiago mengalu-alukan keputusan syarikat pengendali pelabuhan Westport Malaysia Sdn Bhd yang meningkatkan manfaat dan insentif kepada pekerja-pekerjanya dalam menanggung beban inflasi.

“Westport juga menggalakkan pekerjanya untuk menukar penggunaan petrol kepada gas dengan penyediaan skim pinjaman dengan kadar yang rendah,” kata Charles dalam kenyataannya 22 Julai lalu.

Pihak pengurusan Westport telah mengumumkan peningkatan gaji sebanyak RM50 untuk semua kakitangan bahagian pengeluaran dan penyelenggaraan yang diukur melalui prestasi berdasarkan insentif baru yang diumumkan termasuk pinjaman RM4,000 dengan kadar faedah 4% bagi kakitangan yang berhasrat menukar penggunaan petrol kepada gas, modal awal bagi memulakan perniagaan kedai runcit dan memudahkan para pekerjanya untuk membeli barang-barang keperluan dengan kemudahan e-dompet.


Ahli Parlimen itu juga menyeru syarikat-syarikat lain mencontohi pengurusan Westport dalam mementingkan tangungjawab sosial kepada pekerja, keluarga mereka dan negara.

Dasar yang diperkenalkan itu selaras dengan tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Lembaga Perniagaan Dunia dalam pembangunan mampan.

Charles juga menyeru Kementerian Sumber Manusia untuk bekerjasama dengan komuniti perniagaan dalam meningkatkan tahap tanggungjawab sosial dan memastikan setiap usaha yang dibuat meringankan beban dalam masa kesukaran seperti sekarang.

Labels: ,

 

 

Thursday, July 24, 2008

Sidang Media Abdul Malik


Pulau Pinang Serahkan Akhbar Rasmi kepada Suara Rakyat

PULAU PINANG 24 Julai – Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini akan membuka tender kepada orang ramai berhubung dengan pengeluaran akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Suara Rakyat Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar rasmi Kerajaan Negeri dipanggil Wawasan Rakyat Pulau Pinang sepenuhnya dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Suara Rakyat Pulau Pinang pertama kali dikeluarkan pada 23 Julai 2008.
Pengumuman tersebut dikeluarkan sendiri oleh exco Perdagangan Tempatan dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim bagi keluaran akan datang yang dicadangkan dapat diterbitkan pada September akan datang.

Menurut Abdul Malik, tender terbuka dibuka selaras dengan pentadbiran kerajaan baru yang diamalkan iaitu Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT).

Dengan tender terbuka ini, Abdul Malik berharap ianya akan menjadi sebuah akhbar yang dimiliki rakyat dengan membenarkan kumpulan rakyat sivil untuk menyumbang dan mengambil bahagian dalam pengisian penerbitan ini nanti.

“Ia akan menjadi pelantar penting bagi rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka kepada pihak Kerajaan khususnya Ketua Menteri“, jelas Abdul Malik dalam sidang media yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Berkaitan dengan isu penerbitan, pihak Kerajaan Negeri akan memohon lesen penerbitan. Namun, Abdul Malik juga menyeru kepada pihak-pihak yang berminat untuk memohon lesen yang sama dengan sendiri bagi urusan penerbitan tidak dihalang oleh pengeluaran lesen penerbitan.

Buat masa ini, peruntukan yang diasingkan untuk penerbitan ini ialah RM276 ribu untuk empat keluaran. Dalam keluaran sulung, kerajaan Negeri membelanjakan RM85 ribu yang dicetak sebanyak 20,000 naskah.

Sungguhpun keluaran sulung diterbitkan dalam bentuk majalah, Abdul Malik memberitahu ianya tidak mustahil bagi keluaran akan datang berbentuk tabloid atau dalam apa juga bentuk.

“Semuanya bergantung kepada cadangan-cadangan dalam tender terbuka yang berkuatkuasa serta-merta.”

Memandangkan penerbitan akan datang diharapkan dapat mewakili rakyat, Kerajaan juga berhasrat untuk melibatkan jawatankuasa sidang pengarang nanti dari kalangan para pengarang akhbar, media serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam keadaan lain, terdapat beberapa pihak yang merasakan projek penerbitan seperti Suara Rakyat Pulau Pinang satu pembaziran serta memfokuskan majalah seperti In-Penang.

Abdul Malik tidak menafikan kepentingan In-Penang sebagai mewakili kerajaan dalam menyatakan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekitar negeri ini tetapi Suara Rakyat Pulau Pinang akan memfokuskan kepada suara rakyat sendiri mengenai isu dan harapan mereka terhadap kerajaan negeri.

“Kita juga tidak menambah sebarang peruntukan, ianya tetap RM276 ribu sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 1999”, tambah Abdul Malik lagi.

“Mengapa pihak-pihak ini tidak membangkitkan perkara ini sebelum pilihanraya?”

“Malah, ini projek cadangan mereka dan memandangkan kerajaan ini kerajaan rakyat, maka kebebasan diberikan kepada rakyat demi kepentingan mereka,” tambah Abdul Malik.

Labels: ,

 

 

Temuramah Bersama Exco Pelancongan Pulau Pinang

Pada 23 Julai 2008, aku berpeluang untuk menemuramah ahli Exco Pelancongan Pulau Pinang yang baru dilantik, Law Heng Kiang bagi membincangkan perancangan beliau di dalam industri pelancongan Pulau Pinang.


Tumpuan Kerajaan Pulau Pinang dalam Pembangunan Industri Pelancongan:

1. Membentuk rangka organisasi pelan tindakan pelancongan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan untuk merancang, menyelaras dan memantau pembangunan pelancongan Negeri Pulau Pinaang.

2. Memelihara dan menjaga persekitaran fizikal dan warisan yang merupakan produk pelancongan utama.

3. Menumpukan pembangunan pelancongan kepada empat zon utama iaitu zon warisan sejarah, zon pantai peranginan, zon pelancongan eko dan zon pelancongan agro.

4. Mengenal pasti produk dan pengurusan pelancongan terpilih untuk mendapatkan pengesahan dan pentauliahan antarabangsa seperti green flags international.

5. Mewujud dan menggalakkan photo quality management untuk pengurusan dan pembangunan produk pelancongan.

6. Membangun dan mempertingkatkan lagi produk pelancongan pantai dengan meningkatkan tahap kebersihan serta kualiti air marin dan memastikan kegunaan kemudahan sokongan pelancong di kawasan pantai sentiasa diselenggara dengan baik.

7. Membangun dan mempromosikan produk pelancongan warisan dengan menjadikan produk pelancongan warisan sebagai satu keunikan utama Negeri Pulau Pinang, menonjolkan kepentingan sejarah dan warisan seni bina Negeri Pulau Pinang melalui pemeliharaan bangunan-bangunan dan kawasan-kawasan warisan yang dikenalpasti dan menyediakan katalog comprehensive yang merekodkan bangunan-bangunan yang penting bersejarah dan bernilai warisan.

8. Membangun dan mempelbagaikan produk pelancongan eko dan agro dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi dan mempromosi Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi yang menawarkan produk eko dan agro pelancongan.

9. Mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi yang menawarkan produk-produk pelbagai dan mengutamakan value for money.

10. Menyediakan kepentingan kraf tangan tradisional Negeri Pulau Pinang dengan menyediakan dokumentasi yang jelas dalam pelbagai bahasa.

11. Mempromosikan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi terpilih untuk mereka yang menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H).

12. Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan untuk accessbility secara langsung yang lebih baik melalui perhubungan udara laut dan darat ke Negeri Pulau Pinang.

13. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai world class tourism destination dengan memastikan semua kawasan tarikan pelancongan utama dengan lengkap dan kemudahan sokongan yang berkualiti sentiasa diselenggara dan mempunyai kemudahan yang cukup dan selesa, mewujudkan pusat informasi pelancongan Pulau Pinang, menaik taraf dan mengindahkan semua pintu masuk utama ke Negeri Pulau Pinang termasuk, feri, pelabuhan, Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa, penyediaan kemudahan pengangkutan yang cekap dan akhir sekali penyediaan kemudahan penginapan yang mencukupi dan selesa dengan harga yang berpatutan.

Labels:

 

 

Pameran Lukisan “Tellu Tau”: Ekspressi, Kejadian dan Sikap

Bersama lukisan Nurazmal @ Ali


Bersama hasil lukisan Zulkiflee, BERSIH

Buat pertama kalinya Lookiss Gallery menganjurkan pameran lukisan dari tiga artis muda Studio Di Kala Jingga. Selama tempoh dua tahun sejak pembukaan galeri yang hanya menjual lukisan pelbagai tema, inilah pertama kali galeri tersebut membuat keputusan untuk mengadakan satu pameran.

Galeri kepunyaan pengusaha berbangsa cina, Thomas Kerk Boon Leong memaparkan artis-artis Melayu dan menonjolkan tema berani, “Art for Democracy. Hang Art, Not People” bermaksud Seni Untuk Demokrasi. Gantungkan Lukisan,Bukannya Manusia.

Untuk itu, pihak galeri telah menjemput Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne untuk perasmiannya pada 19 Julai lalu. Bertanya mengenai pilihan Gwo-Burne dalam merasmikan pameran tersebut, beliau percaya ahli parlimen muda itu mempunyai jiwa seni dan memahami kehendak penggiat seni.

“Gwo-Burne juga mewakili pelbagai kaum”, jelas Thomas.

Sebagai seorang penggemar hasil lukisan, Gwo-Burne telah menghabiskan masa kira-kira tiga jam bersama artis dan orang ramai yang hadir bagi menceritakan lukisan-lukisan yang dipamerkan.

Dalam ucapan beliau, Gwo-Burne memberitahu bahawa bidang seni yang menjadi mainannya dahulu ialah fotografi sehingga membawanya ke kancah politik. Gwo-Burne bertanggungjawab merakam perbualan telefon peguam VK Lingam bersama seorang Hakim dalam mencaturkan hakim-hakim di Negara ini.

Tellu-tau yang bermaksud tiga dalam bahasa Bugis membariskan tiga artis muda yang mempamerkan lukisan-lukisan ke arah persoalan sosial dan politik dalam bahasa seni visual.

Lukisan Zulkiflee bermotifkan haiwan dalam mengekspresikan sikap manusia dewasa ini terutama jenis haiwan yang mempunyai pengaruh di dalam kehidupan manusia seperti haruan dan seladang.

“Cow tu Lembu” cuba memperkatakan kebodohan sesetengah pihak dan “Bersih” dan “Masa Untuk Perubahan” menceritakan keghairahan, drama dan penyertaan berani rakyat dalam landskap politik dalam penjanaan perubahan.

Bagi Sudin, Tellu-tau ialah permulaan dalam siri lukisannya. Berbanding dengan Zulkiflee, Suddin melukis figura manusia. Siri lukisan lelaki dengan perbezaan corak warna bermain alat muzik menunjukkan tahap bunyi yang didendangkan.

Nurazmal pula menggunakan karakter badut dalam lukisannya yang mengimbas zaman kanak-kanaknya.

Ketiga-tiga artis ini merupakan bekas penuntut Institut Teknologi MARA, Shah Alam dalam jurusan seni (1996-2000). Selain seni lukisan visual, ketiga-tiga juga boleh bermain alat muzik dan sering mengadakan persembahan.


Hasil lukisan Suddin Lappo di pameran Tellu-tau


Tellu-tau diadakan bermula 19 Julai hingga 16 Ogos 2008 di 1A-1 Anzen Business Park, Taman Bukt Maluri, Kuala Lumpur.

Labels: ,

 

 

Wednesday, July 23, 2008

Sidang DUN Pulau Pinang 23 Julai 2008: Bumbung Runtuh

















Apabila Parlimen digemparkan dengan atap bocor, di Pulau Pinang pula (secara tidak sengaja) berlaku insiden bumbung bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) bocor.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11.30 pagi sebelum tanggu untuk makan tengahari. Bumbung bocor berlaku di bahagian lobi utama Dewan di mana orang ramai bersama para wartawan menyaksikan persidangan melalui peti televisyen yang diletakkan di situ.

Persidangan DUN diadakan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di Lebuh Light di dalam bangunan lama kolonial yang diubahsuai.

Sejurus kejadian berlaku, Speaker DUN, YB Abdul Halim bin Hussain diiringi oleh Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dan Anggota Exco YB Abdul Malik Abul Kassim keluar dewan untuk melihat sendiri keadaannya.

Ketika ditanya wartawan, Guan Eng menjawab, "masalah kerajaan lalu tapi kita akan selesaikan".

Labels: ,

 

 

Sidang ADUN Pulau Pinang: ADUN Plagiat Soalan Mohon Maaf


Sidang ADUN Pulau Pinang 23 Julai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Koid Teng Guan hari ini memohon maaf atas soalan yang dikirimnya sebenarnya merupakan soalan yang telah dikemukakan oleh ADUN lalu sewaktu Persidangan ADUN 19 November 2007 lalu.

Bekas ADUN Datuk Keramat, Ong Thean Lye dalam sidang akhbarnya semalam memberitahu media bahawa beliau terkejut apabila mendapati soalan yang pernah dikemukakan semasa beliau menjadi ADUN tahun lalu diplagiat oleh ADUN Pakaan Rakyat yang kini membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Adun itu nampaknya meniru ayat yang sama dengan soalan saya itu. Jika ada yang berbeza pun hanya pada kata sambung 'dan' yang digantikan dengan noktah,” jelasnya.

Soalan Plagiat

Soalan yang dibangkitan oleh Ong Thean Lye pada 19 November 2007:

“Apakah perkembangan terkini mengenai Projek Monorel Negeri Pulau Pinang. Adakah jajaran itu telah dikenalpasti dan bilakah projek itu akan menjadi satu kenyataan.”

Bilakah setesen NGV (Natural Gas Vehicle Pumping Station) akan diadakan di kawasan pulau dan di manakah ia akan diadakan.”

“Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada Tabungan Amanah Sukan setiap tahun. Daripada peruntukan ini apakah dan dimanakah aktiviti-aktiviti sukan telah dianjurkan untuk tiga tahun kebelakangan ini.”

Soalan yang dibangkitkan Koid Teng Guan:

“Apakah perkembangan terkini mengenai Projek Monorel Negeri Pulau Pinang. Adakah jajaran itu telah dikenalpasti dan bilakah projek itu akan menjadi satu kenyataan?”

Bilakah setesen NGV (Natural Gas Vehicle Pumping Station) akan diadakan di kawasan pulau dan di manakah ia akan diadakan. Berapakah jumlah stesennya?”

“Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada Tabungan Amanah Sukan setiap tahun. Daripada peruntukan ini apakah dan dimanakah aktiviti-aktiviti sukan telah dianjurkan untuk tiga tahun kebelakangan ini?”

Soalan Rasmi selepas disusun semula ada 21 Julai 2008:

“Apakah perkembangan terkini mengenai Projek Monorel Negeri Pulau Pinang. Adakah jajaran itu telah dikenalpasti dan bilakah projek itu akan menjadi satu kenyataan.”


Bilakah setesen NGV (Natural Gas Vehicle Pumping Station) akan diadakan di kawasan pulau. Di manakah ia akan diadakan. Berapakah jumlah stesen tersebut?”

“Nyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada Tabungan Amanah Sukan setiap tahun. Melalui peruntukan ini apakah dan dimanakah aktiviti-aktiviti sukan telah dianjurkan untuk tiga tahun kebelakangan ini.”


Teng Guan memberitahu bahawa soalan-soalan tersebut disediakan oleh pembantu sukarelanya dan di luar pengetahuannya.

Amaran Whip

Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian Ketua Whip Kerajaan, Prof P.Ramasamy yang berjanji akan menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk bagaimana soalan tersebut bocor ke pengetahuan Parti Gerakan Rakyat sebelum ianya diedarkan umum.

Dalam sidang media yang dijalankan bersama Timbalan Ketua Menteri II, Prof Ramasamy merangkap Ketua Whip dan ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh, beliau memohon maaf kepada semua pucuk pimpinan DAP dan Kerajaan Negeri atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

“Saya perlu mengakui terdapat kecuaian pada pihak saya, tidak kira kecuaian ini dilakukan sengaja atau tidak,” katanya kepada media.

“Saya berharap insiden sedemikian tidak akan mencemari nama baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sedang mengamalkan prinsip-prinsip Keupayaan, Akauntabiliti dan ketelusan (CAT) dalam urustadbir kita,” tambahnya lagi.

Ramasamy memberitahu bahawa plagiat ialah satu kesalahan yang serius.

“Saya berkhidmat di pusat pengajian tinggi (dalam dan luar negara) selama 25 tahun dan mengambil perkara plagiat secara serius,” jelasnya.

“Memandangkan perkara ini berlaku pertama kali, saya memberi amaran pertama dan terakhir kepada semua ADUN supaya menjaga tataetika semasa bersidang,” terangnya.

Beliau berharap agar media tidak memperbesarkan perkara ini lagi.

Labels: , , , , ,

 

 

Singgah ke USM Hadir Pameran Lukisan

Pada 22 Julai, aku mengambil time-off dari Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membosankan untuk pergi melihat pameran lukisan di USM bertajuk 'Dari Kuala Kangsar ke…' . Aku menerima jemputan dari Pengarah RA Fine Arts, Raja Ahmad Aminullah (Pak Engku) yang memberitahu bahawa beliau akan mengadakan pameran lukisan dengan kerjasama Pusat Pengajian Seni, USM.

Sebetulnya, dalam perjalanan aku ke Pulau Pinang (20 Julai), aku singgah di Kuala Kangsar untuk melawat anak saudara aku, Amir Iskandar yang sedang belajar di Tingkatan 1, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kami makan tengahari bersama-sama, membeli barangan keperluan di The Store dan menemani aku memeriksa keadaan kereta sebelum menyambung perjalanan ke Pulau Pinang.

Menara jam lama, pemandangan tasik semulajadi, sungai Kangsar, bangunan kolonial lama memang menyayukan.

Sedih bila Amir menceritakan jadual hariannya bermula 5.30 pagi setiap hari dan tidur jam 10 malam. Amir nampak gembira kehadiran aku dan kami berborak, tak panjang tapi dapat setakat melepas rindu. Dia tanya juga keadaan keluarga di Petaling Jaya dan akan pulang bercuti semasa cuti penggal Ogos depan.

Tak sempat aku merakamkan beberapa gambar ketika kami di Kuala Kangsar kerana aku mengejar masa dan cuaca pada waktu itu hujan.

Pameran Lukisan Dari Kuala Kangsar ke…: Rakaman Memori Kuala Kangsar dalam Visual

Selepas berjaya menganjurkan pameran lukisan yang menukilkan beberapa pengalaman peribadi dalam lukisan visual, RA Fine Arts sekali lagi mengadakan pameran serupa, tetapi kali ini diadakan di bahagian utara semenanjung, Pulau Pinang.

Pameran bertajuk ‘Dari Kuala Kangsar ke…’ memperlihatkan sosok kreatif melalui karya seni dari mereka yang pernah berada di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Antaranya ialah DYMM Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Almarhum Sultan Idris Afifullah, YAM Raja Shah ‘Bugs’ Idris, Dato’ Mustapha Mahmud, Dato’ Mahsun Haji Taib, Hishamuddin Rais, Abdul Razak Ali, Sham Kamaruddin, Dzulkifly Mohd Zain, Kamal Zakaria, Shaharun Harun, Nik Ariff Nik Ahmad, Syed Bakar Syed Salim, Zainuddin Jamil, Kamal Mustaffa dan Zainol Abidin Ahmad Shariff.

Turut dipamerkan ialah hasil seni fotografi yang bernuansa artistik daripada Azli Jamil, Hasnul Hassan, Raja Ahmad Aminullah, (Prof) Zulfigar Yassin dan Munzir Fauzi.

Tarikan utama menjadi pilihan pengunjung ialah nilai-nilai sentimental yang ditinggalkan semasa persekolahan mereka di MCKK. Sudah tentu, pelanggan yang mendapat tarikan pameran ini ialah murid-murid tua, bekas pelajar, guru-guru dan juga perantau dari Kuala Kangsar yang menyanjung kehidupan mereka di bandar tersebut yang merupakan kampong halaman mereka.

Antara yang menarik ialah karya Syed Jaafar Syed Salim (kanan) yang juga merupakan pelukis tamu di mana pameran ini diadakan; Galeri Budaya Rekacipta dan Inovasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Syed Jaafar, bekas guru seni di MCKK memberitahu pada sidang media 22 Julai bahawa pengalamannya di Kuala Kangsar cukup manis dan Kuala Kangsar merupakan Bandar yang unik dari aspek social dan struktur pembangunannya.

Banjir pada tahun 1966 dinukilkan di dalam lukisannya, The Flood 1966. Karya-karya lain beliau mengenai Kuala Kangsar ialah A Beautiful Day, The Roll Call, Bukit Berapit, Malay College Teacher’s Qurters dan Kedai Pa’Kassim.



Selain itu, pameran itu juga turut memaparkan buku-buku yang ditulis oleh para alumni dan guru MCKK. Antaranya ialahIshak Haji Muhammad (Pak Sako) – ‘Anak Mat Lela Gila’, ‘Putra Gunung Tahan’, ‘Mustika Embun’, Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh – ‘Aksara Usia’, The Mind of The Malay Author’, Qasim Ahmad – ‘Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan’, Rehman Rashid – ‘A Malaysian Journey’, Raja Ahmad Aminullah – ‘Menyarung Jiwa/Soulship’, Dato’ SirMahmud bin Mat – ‘Tinggal kenangan: The Memoirs of Dato’ Sir Mahmud bin Mat’, Mohd Nazari Ismail – ‘The Globalization Debate: A Case of Barking up The Wrong Tree’, Aznir Malek – ‘Fishing Foray: An Angler’s Travels in Malaysia’, M.Bakri Musa – ‘Seeing Malaysia My Way’, an Sri Abdullah Ahmad – ‘On The Record’, Dato amaruddin Jaafar- ‘Dr Burhanuddin al-Helmy’, dan Neil J.Ryan – ‘The Last Expatriate: Reminiscences of an Educationalist in Malaysia’.

Juga dipamerkan karya-karya bekas guru seperti Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) – ‘Pelita Bahasa Penggal II’, Anthony Burgess – ‘The Malayan Trilogy’, Sharon Bakar dan (Allahyarham) Muzaffar Tate – ‘Projek Lebuhraya Utara-Selatan (The Anatomy of An Expressway)’.

Pameran ini dibuka pada umum dari 22 Julai hingga 22 Ogos 2008. Majlis perasmian serta pelancaran akan diadakan pada 6 Ogos 2008, jam 3 petang oleh Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM. Kurator pameran ini ialah Zabas (Zainol Abidin bin Ahmad Shariff, bekas Pengarah Galeri Seni Petronas dan Galeri Bank Negara) manakala penasihat kuratorial ialah Syed Bakar Syed Salim.



Lukisan pilihan blog ini:

1. Celebration in Red oleh Mahsun Hj Taib
2. Omdurman Woman 2 oleh Kamal Mustaffa
3. Malay College Teacher's Qurters oleh Syed Bakar Syed Salim


Fotografi pilihan blog ini:

1. The Heart is a Lonely Hunter, 5/10 oleh Raja Ahmad Aminullah
2. KTM Berhad Headquarters oleh Hasnul Hassan
3. Fun oleh Azli Jamil



Buku pilihan blog ini:

1. Aksara Usia oleh Muhammad Haji Salleh
2. Anak Mat Lela Gila oleh Pak Sako
3. A Malaysian Journey oleh Rehman Rashid

Labels: , , , , ,

 

 

Monday, July 21, 2008

Laporan Dari Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 21 Julai 2008




TYT Pulau Pinang mahu Kerajaan Negeri Utamakan Bidang Pendidikan


Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abas menasihati Kerajaan baru Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat menumpukan kepada bidang pendidikan sebagai keutamaan dalam pembangunan negeri.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di Lebuh Light pagi ini.

Menurut beliau, dalam era ledakkan ilmu pengatahuan, pembangunan modal insan amat dititikberatkan dan anjakan minda serta pemikiran warga merupakan antara cabaran terbesar.

“Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan menjadi negeri maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan”, ucap Tuan Yang Terutama.

Beliau percaya tumpuan harus diberikan kepada golongan remaja dan belia yang merupakan golongan pelapis yang bakal menyumbang kepada pembangunan negeri. Tumpuan juga perlu diberikan kepada golongan remaja dan belia yang tidak dapat meneruskan persekolahan dengan memberikan mereka peluang untuk menambah kemahiran khususnya dalam bidang teknikal.

“Di sinilah peranan yang dapat dimainkan oleh institusi seperti Pusat Giat MARA, Institut Kemahiran Belia Negara dan Kolej-kolej Komuniti yang menawarkan peluang kepada mereka yang berminat dan berkeinginan untuk memajukan diri,” ucapnya lagi.

Sungguhpun pendidikan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Tuan Yang Terutama berkata kerajaan Negeri juga tetap mempunyai peranan terutamanya dalam menyokong dan membantu pelbagai program pendidikan di peringkat pendidikan menengah, rendah dan pra-sekolah serta pembangunan sumber manusia di semua peringkat.

Selain daripada menyeru kerajaan Negeri meneruskan program pembinaan atau pembesaran pelbagai jenis sekolah oleh Kementerian Pelajaran atau Lembaga Pengurusan Sekolah, TYT juga berharap agar Kerajaan Negeri mengkaji bantuan kewangan bagi meningkatkan kualiti pendidikan sekolah-sekolah bantuan modal seperti Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Missionary.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap agar Kerajaan Negeri menarik lebih banyak sekolah antarabangsa bertapak di negeri ini.

Dalam ucapannya, TYT percaya melalui pimpinan Ketua Menteri baru, Tuan Lim Guan Eng, perlantikan Prof P.Ramasamy yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, negeri ini dapat mencerminkan keazaman kerajaan baru bagi memajukan sektor pendidikan.

Persidangan tersebut dimulakan dengan upacara penuh adat istiadat dengan memeriksa perbarisan yang disaksikan oleh ADUN-ADUN dan ahli-ahli parlimen dari Pulau Pinang. Persidangan ini akan berlangsung sehingga 24 Julai.



Pembangkang Gagal Pecah-belahkan Pakatan Rakyat Pulau Pinang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Sharif Shah Omar Shah gagal dalam percubaan memecah-belahkan ahli-ahli exco dalam Pakatan Rakyat dengan pertikaikan perlantikan Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri mengenai jawatan tersebut semasa menajwab soalan lisan persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Sharif memetik laporan akhbar yang melaporkan temuramah Jeff Ooi yang memberi kenyataan mengenai pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang seolah-olah melangkaui kuasa Ketua Menteri.

Daripada soalan tambahan beliau, perlantikan tersebut tidak dibawa berbincang dan mendapat persetujuan daripada anggota- exco negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semasa menjawab soalan tersebut terus bertanyakan ke semua anggota exco pada masa yang sama di dalam dewan dan tiada sesiapa pun membangkang malah bersetuju dengan perlantikan tersebut.

Menurut Ketua Menteri, jawatan Ketua Staf kepada Ketua Menteri bertanggungjawab ke atas pengendalian dan penyelarasan tugas-tugas yang dijalankan, memberikan input berkaitan strategi dan dasar yang dapat merealisasikan wawasan kerajaan Negeri menjadi sebuah Bandaraya Antarabangsa menerusi sistem Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT).

Guan Eng juga memberitahu bahawa jawatan tersebut menjadi pemudahcara di antara beliau dan kumpulan-kumpulan pakar dalam bidang ekonomi, pelancongan, perubatan dan engkomputeran yang boleh membantu pembangunan ekonomi negeri.

Jeff Ooi yang juga Ahli Parlimen Jelutong berkhidmat secara sukarela tanpa menerima sebarang gaji atau ganjaran.

Guan Eng juga memperli Arif Shah yang sengaja melaga-lagakan ADUN dari Pakatan Rakyat dan menasihati Arif untuk membahaskan isu yang berdasarkan fakta.



CAT Menjadi Isu Hangat Persidangan ADUN Pulau Pinang

Konsep Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri yang baru menjadi isu perdebatan di dalam persidangan DUN yang mula besidang pada 21 Julai 2008.

Ahli-ahli pembangkang DUN kebanyakannya membangkitkan konsep tersebut yang didakwa tidak difahami oleh anggota Adun kerajaan sendiri. Di antaranya ialah Datuk Arif Shah Omar Shah [BN- Seberang Jaya]. Soalan berkaitan dengan ini juga ditanya oleh ahli DUN Pakatan Rakyat sendiri iaitu dari Jagdeep Singh [DAP- Datok Keramat].

Jagdeep mempersoalkan usaha kerajaan negeri dalam mempromosikan konsep berkenaan dan keberkesanannya dalam membangunkan sector pelancongan.

Dalam menjawab soalan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu kecekapan atau keupayaan ahli pentadbir merupakan tunjang keberkesanan sesebuah kerajaan.
“Itulah sebabnya saya berkali-kali menegaskan bahawa kerajaan negeri berkehendakkan sati paradigm politik baru dengan memilih mereka yang paling berkelayakan tanpa mengira kaum, jantina, agama atau pun fahaman politik,” kata Ketua Menteri.

Guan Eng juga menambah dengan memberitahu konsep akauntabiliti yang penting demi memenuhi aspirasi dan budaya demokrasi manakala mahu memastikan sebuah kerajaan yang telus dan bersih supaya menjadi lebih makmur daripada kerajaan berasuah.

Konsep kemakmuran ini juga diharap dapat mengkikiskan tanggapan pihak tertentu bahawa pembangunan hanya terjamin sekiranya disusuli dengan rasuah.

“Ini membawa maksud Kerajaan Negeri tidak akan mengamalkan diskriminasi dalam menguruskan pemasalahan rakyat,” tambah Guan Eng.

Mengenai konsep daya saing, Guan Eng memberitahu di dalam konsep CAT, ia menjadi satu prinsip yang penting dan menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada factor penentu daya saing ekonomi sesebuah Negara iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan kelengkapan infrastruktur. Prinsip tersebut menurutnya bleh dilaksanakan melalui sostem penyampaian Kerajaan Negeri yang lebih cekap.

“Melalui CAT, Kerajaan Negeri dapat memantapkan kecekapan sistem penyampaian dengan menangani isu-isu yang dilihat oleh pelabur sebagai karenah birokrasi dan ketidaktelusan yang sering kali dikaitkan dengan integriti,” jelasnya lagi.

Tambhanya lagi, sistem penyampaian yang cekap akan meningkatkan daya saing dan mampu memberi keyakinan kepada pelabur untuk memilih Pulau Pinang berbanding dengan Negara-negara lain.

Guan Eng juga melaporkan sungguhpun prinsip CAT yang diamalkan masih baru, Kerajaan Negeri telah berjaya menarik banyak pelaburan ke negeri ini.

Dalam menjawab soalan yang sama, Guan Eng memberitahu bahaa jumlah pelaburan domestik dan asing yang diluluskan oleh MIDA bagi tempoh Januari hingga April 2008 bagi Pulau Pinang ialah RM4.8 bilion berbanding dengan keseluruhan tahun 2007 yang hanya berjumlah RM4.7 bilion.

Di dalam ucapan Perasmian Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abas juga menyatakan prinsip CAT yang mempercayai ianya menggalakkan kemasukan pelaburan tempatan dan asing serta mempergiatkan sektor pelancongan dan secara tidak langsung memberi kesan positif ke atas perkembangan ekonomi Pulau Pinang.


Labels: , , , ,

 

 

Saturday, July 19, 2008

Ahli Parlimen Kelana Jaya Ditumbuk


Pada 18 Julai 2008 (Jumaat) ialah hari yang ditunggu-tunggu sebab aku tidak perlu ke Parlimen mendengar debat-debat mengarut wakil-wakil rakyat. Semalam juga hari terakhir persidangan untuk sidang pertengahan tahun.

Sekarang aku dalam proses mengumpulkan soalan-soalan dan usul untuk Parlimen Kelana Jaya bagi sidang parlimen akan datang.

Semasa aku membuang masa di Bangsar jam 6 petang, aku ditelefon oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh (GB).

GB: Did you hear the news?

Aku: About what? Don't give me news like somebody else submitted another statutory declaration!

GB: No lah.... I got punched by Azam.


Aku: F**K! What happen?

GB: I was trying to get clarification from him regarding the approval of surau at D
esa Mentari. There were about 100 people gathered there.

Aku: And he punched you because of MP asking for clarification?


GB: Yes


Aku: Then, what happen?


GB: And then, the people surrounding that area trying to wallop him. Lucky police was there and took him to lock-up.


Aku dah memberitahu ramai orang yang aku telah pun meletak jawatan sebagai setiausaha keADILan Bahagian Kelana Jaya dan tidak mahu mencampuri urusan dalaman Bahagian.

Tetapi kes yang berlaku hari itu sememangnya mencoreng arang kepada Parti.

Pada malam berkenaan, Bendahari Agung (keADILan) yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ketua Penerangan (keADILan), Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu menelefon aku untuk mendapatkan penjelasan.

Hari ini aku dihujani dengan panggilan ahli-ahli Biro Politik, wartawan dan kenalan di seluruh DUN Seri Setia mengenai kejadian memandangkan aku merupakan setiausaha Ahli Parlimen berkenaan. Dan aku memberitahu mereka, aku tidak berada di tempat kejadian dan perkara itu diserahkan kepada pihak polis. DAN AKU DAH LETAK JAWATAN BEBERAPA MINGGU LEPAS KEPUTUSAN PILIHAN RAYA!

Mereka mula tanya, kenapa aku letak jawatan? Ada problem ke?

Masalah aku letak jawatan, masalah lain. Aku sudah pun terangkan kepada Ketua Bahagian, Syed Shahir Mohamud.

Gwo-Burne pula akan membuat kenyataannya sewaktu merasmikan TELLUTAU: An Arts Exhibition malam ini di LOOKISS Gallery, 1A-1 ANZEN Business Park, Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Gwo-Burne akan merasmikan pameran tersebut disamping aku akan menjual buku SELAK.



Aku tidak mahu dikecam sebagai menggunakan insiden semalam sebagai tempat aku mengungkit sebab aku meletak jawatan sebagai setiausaha Bahagian.


Siapa Azam?

Azam atau nama penuhnya, Mior Azam Shah bin Mior Yahya, 26 ialah pembantu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan gajinya dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tugas utama beliau ialah untuk berada di Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Setia, di C-G-05, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/5 B, Kelana Jaya setiap hari bagi mengambil aduan daripada orang ramai. Beliau juga kelihatan memandu ADUN dalam lawatan-lawatan ADUN ke kawasan.

Sebelum ini, Azam pernah bertugas sebagai tukang masak di kantin dan tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan, Badrulhisham Shaharin (chegubard) juga pernah membuat keluhan mengenai Azam kerana sering menangguh program penerimaan borang kemasukan ahli baru dari USJ sehingga chegubard dan Tian Chua terpaksa hadir sendiri ke USJ kerana tidak mahu memberikan tanggapan buruk orang ramai terhadap Parti.


Berikut ialah laporan dari MSTAR:

Mutakhir

LOH DIKASARI... Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa beliau dikasari pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.

Beliau membuat laporan polis ditumbuk di bahagian mata kanan ketika majlis pecah tanah di Desa Mentari, Petaling Jaya pukul 3 petang semalam.

Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.

Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek."

Walaupun pembantu khas itu telah meminta maaf, jelas Loh, beliau terpaksa membuat laporan polis.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu sambil berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

Kapsyen:

LOH Gwo Burne menunjukkan bahagian mukanya yang menjadi sasaran serangan pembantu khas Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia di Petaling Jaya semalam.

Labels: , , , , ,

 

 

Thursday, July 17, 2008

Invitation to TELLUTAU: An Arts Exhibition






Title of Exhibition : ‘TELLUTAU’
Date : 19TH JULY 2008 – 16TH AUGUST 2008
Venue : LOOKIS
1A-1 ANZEN BUSSINESS PARK,TAMAN BUKIT MALURI,
KUALA LUMPUR

Viewing hours : Mon – Sat 10am – 7pm.
Other times including Sundays and public holidays by Appointment
Admission is Free



ABOUT TELLUTAU
Fast establishing itself as one of Malaysia’s most exciting art groups, Dikala Jingga is staging its third 3 person art show. Drawing strength from their common Bugis heritage, ( Tellutau translates as three people in that language) the artists steer this series of work towards social and political inquiry relying abundantly on the art language of surrealism and pop culture.

Zul’s professional art career began with his paintings of the human form. These days he concentrates on painting animals. Whereas in his earlier series his animals were endowed with auspicious symbols and qualities (still seen in the magnificent red and silver arowanas in “ Good Luck #6 and #7”) now they bear messages of subtle cynicism and greater immediacy. His animals represent the virtues and not so virtuous nature of humans especially those entrusted by society with high office and power. Through the titles of paintings such as “ Cow tu Lembu” the artist reveal his contempt for human’s ignorance while in other paintings like “Bersih” and “ Masa Untuk Perubahan” his art speak of the excitement, drama and anticipation about Malaysia’s newly altered political landscape.

Tellutau is the start of Suddin’s new series of paintings. Not confined to any particular issue, Suddin paints his favourite subject - the human figure, etching his subjects with strong emotions, stirring colours and defining brush strokes. The musicians in his paintings convey the music they play merely by their bodily gestures. The loudness of the music, the viewer has to imagine by looking at just the colours which also allows him to almost feel tone, vibration and harmony as in “ Versa #2”. Hidden beneath his evocative figures and gestures is the artist’s message of education and self improvement born out of Suddin’s background as an art teacher.

Picasso described art as the lie that enables us to realize the truth. True to this spirit, Nurazmal attempts to document his childhood past from an entirely unexpected vantage point. In this, Nurazmal’s interior acts only as a silent and indifferent backdrop. With a whiff of both humour and sinister the artist plays with images that have passed and vision of things to come to transport the viewer to his imaginary realm of space and time. In “ Floating-Floating in My Room” the dark and macabre also lurk, this time behind the shadows and light with his ever present alien or cartoon character thrown in for good measure.


ABOUT THE ARTISTS
Zulkiflee Zainul Abidin
Born in Tongkang Yat, Kedah, 6 SEPTEMBER 1978
1996-2000 Bachelor of Fine Art Mara University Of
Technology (Uitm) Shah Alam, Selangor.

Zulkiflee has been a professional fulltime artist since he graduated from ITM. Apart from his passion as a fine art artist he is also actively involved in other art fields such as in production house as an art director producing drama and films. He is also the creative person behind IKD and MEGC book publications.He is also a talented musician and is now cutting his first single album with Nurazmal.

SAMSUDDIN LAPPO
Born in Tawau Sabah, 28 MEI 1977
1996-2000 Bachelor of Fine Art Mara University Of
Technology (Uitm) Shah Alam, Selangor.

Suddin,an avid fan of Alex Kanefsky is an art teacher who is actively involved in the arts.At Ruang Kala, Studio Dikala Jingga, he is responsible for curating and promoting of young artists in Malaysia.


NURAZMAL MOHD YUSOFF
Butterworth Penang, 20 Mac 1978
1996-2000 Bachelor of Fine Art Mara University Of
Technology (Uitm) Shah Alam, Selangor.

Nurazmal has been actively involved in art since in his elementary years. He has participated in numerous art exhibitions and won several art competitions in Malaysia and abroad. Apart from that he is also a singer and he is now preparing for his first single with Zulkiflee.

ABOUT LOOKISS

Lookiss is a premier Malaysian Fine Art Gallery dedicated to promoting art in Malaysia as an essential means of Malaysia’s search for national self identity and fundamental human right of freedom of expression.
Lookiss promotes Malaysian Art by any artist no matter what race, religion or creed. To find out more visit www.lookissgallery.com or better still visit our art gallery.

Lookiss . Art for Democracy. Hang Art, Not People.

For more information please contact : Thomas Kerk Boon Leng 012 3831988 hp, 03 62751333 office.
Zam 012 65767 17 / 016 6296717




Labels: ,

 

 

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Ditahan 1:03pm, 16 Julai 2008

Gambar diambil dan dikirim menggunakan Nokia N800 oleh Khen Teong di kantin Parlimen 16 Julai 2008

ALERT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (keADILan) ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis (IPK) di rumah selepas siasatan badan pencegah Rasuah (BPR).

Sebaik sahaja saya menerima maklumat tersebut daripada (Datuk Seri) Wan Azizah sendiri di Parlimen, saya terus membuat perkara-perkara basa dalam memaklumkan kepada pihak media. Tugas rasmi dibuat oleh Ginie Lim.

Memandangkan pada wakti itu waktu reha sidang Parlimen, beberapa Ahli Parlimen telah bergegas ke IPK Kuala Lumpur Dang Wangi.

Mengikut maklumat, selepas (Datuk Seri) Anwar Ibrahim membuat laporan BPR terhadap Peguam Negara, beliau berhasrat untuk pulang sebentar ke rumahnya untuk rehat dan sememangnya bercadang untuk ke IPK Kuala Lumpur atas notis yang diterima melalui peguamnya, Sankara Nair pada jam 2 petang.

Pada lebih kurang 1:03 tengahari dalam perjalanan pulang, beliau ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Damansara dan mengarahkan Anwar memasuki kenderaan polis dan mengikut mereka. Bersama-sama Anwara ialah Pak Mat, pembantu beliau.

Berikut ialah siaran media yang diterima daripada pejabat ANwar Ibrahim:

---- PRESS STATEMENT – FOR IMMEDIATE RELEASE --- KUALA LUMPUR, July 16, 2008 3:30 PM This afternoon at 1:05 PM Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia, was arrested outside of his home in Kuala Lumpur. He was due to issue a statement at IPK KL (Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters) at 2:00 PM based on an agreement reached with the police on Tuesday. Anwar Ibrahim was returning from the Anti Corruption Agency to his home after giving a statement pertaining to the police report that has been filed regarding suppression of material facts in the case involving him in 1998. He was accompanied by his senior legal team, staff, and security. As he entered the neighborhood of his home, a contingent of ten police cars, half unmarked and half patrol, forced the two cars in Anwar Ibrahim’s entourage to stop. There was a contingent of 20 balaklava-clad masked commandos (UTK) who accosted him, reminiscent of the forces sent to arrest Anwar Ibrahim at his home in September 1998. An officer approached Anwar Ibrahim and demanded that he accompany the police in an unmarked vehicle to the Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters. His lawyers were not permitted to travel with him to the police station. This arrest has taken place less than fifteen hours after Anwar Ibrahim appeared live on Malaysian television for the first time since 1998, and announced to millions of viewers his intention to stand for election, and upon the formation of a new government, to lower the domestic price of fuel by 50 sen. The overwhelming majority of Malaysians expressed their support of his televised statement. These events are deeply disturbing to us and indicate that this entire episode is a repeat of the actions taken against Anwar Ibrahim in 1998. During the last few weeks the government owned mainstream media has demonized and vilified him. His staff has been harassed and we see a conspiracy being hatched to thwart the political change that is imminent in Malaysia. Under no circumstances will the people of Malaysia and the international community tolerate any harm coming to Anwar Ibrahim. We remind Prime Minister Abdullah Badawi of the promise he made to ensure Anwar Ibrahim’s protection. We have been able to communicate with Anwar Ibrahim, who calls upon his supporters and the people of Malaysia to remain calm and to reject any attempts at provocation, which will give a pretext for an emergency situation to be declared. OFFICE OF ANWAR IBRAHIM CONTACT PRESS@AICASSOCIATES.COM


Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan berkemungkinan ditahan 24 jam sebelum memohon perintah reman di mahkamah keesokan harinya. Anwar dibawa ke IPK dengan dikawal oleh 15 kenderaan serta anggota polis bertopeng.

Di Parlimen, Azmin dengan emosi berhujah dengan hebatnya kerana sikap pihak polis tidak bertamadun dan bersifat 'kebinatangan'. Tetapi Khairy (BN-Rembau) dan Mukhriz (BN-Jerlun) berhujah untuk menarik bali k kenyataan dengan menyalahanggap Azmin yang menuduh polis binatang.

Suasana di Parlimen amat panas termasuk Lo'Lo Ghazali (PAS-Titiwangsa) membangkitkan konsep qazaf dalam menabur fitnah.

Labels: , ,

 

 

Tuesday, July 15, 2008

An Interview with Merdeka Review

与盟党矛盾台面化
回教党退守基本盘?

■日期/Jul 14, 2008 ■时间/09:39:31 pm
■新闻/家国风云 ■作者/本刊陈慧思

【本刊陈慧思撰述】第12 届全国大选期间,你总是可以看到马来人青年呼啸的摩哆上,一边插着回教党党旗,另一边则插人民公正党党旗。即使在上周的“百万人抗议油价高涨大集会”,也 可见到周边档口摆卖印着回教党和人民公正党党旗的T-恤,可是,两党兄弟般的关系,最近却因回教党主席哈迪阿旺(Hadi Awang)的言论,而显露分歧。

过去,三大主要在野党之中,回教党与民主行动党的分歧最显著,回教党浓厚的保守色彩,令紧守华人选区的民主行动党始终与其保持距离。今日人民公正党与回教党同在民联大伞下治州,百日之后矛盾愈见清晰,正应验了“相见好,同住难”的广东话俚语。

哈迪阿旺7月11日接受回教党党报《哈拉卡》(Harakahdaily.net)专访时提醒友党,回教党在第12届大选立下了汗马功劳,赢了大选以后别“过桥抽板”,当回教党人是蠢笨的。

他说:“回教党人极力耕耘以令民联取得胜利,需要知道回教党拥有最多支部、回教党在第12届全国大选办事最力、回教党人肯为其他政党工作。因此,胜利以后要考量回教党人的角色,因为回教党人并不笨!别在赢得大选之后漠视他们的角色。”

接 受《独立新闻在线》询问的人民公正党二、三线领袖没法直言哈迪阿旺冲着什么而来,该党最高理事拉蒂法(Latheefa Koya)还说,“民联的合作没有问题,样样都很好”,为此,她为哈迪阿旺一番言论感到惊讶。回教党青年团团长沙拉胡丁阿育则矢口否认回教党和公正党的合 作出现问题。

回教党退守基本盘?

拉蒂法、人民公正党雪兰莪州格拉娜再也区部秘书法沙慕斯 达化(Faisal Mustafa)、沙拉胡丁阿育、刘永山都认为,民联三党之间的合作没有什么大问题;沙拉胡丁一概否认记者抛出的疑问,法沙则说:“意见分歧肯定会有 的……这是民主化过程,是一个组织成熟的必经之路。”

尽管三党二、三线领袖否认两党合作出现裂缝,可是人们还是可以看出回教党与人民公正党越离越远的蛛丝马迹。

过去数个月,民联在联邦阶段的重要宣布,明显是由安华依布拉欣(右图)主导。安华过去数个月绘声绘影地宣布“跳槽换政府”的发展,一派民联掌舵人的风范,看在回教党和民主行动党领袖眼里,能没有酸溜溜的感觉吗?

哈迪阿旺在7月11日的访谈中就提醒,非但只有安华可招揽巫统议员跳槽,回教党和民主行动党也能这么做。他也说:“票数应全面看,回教党致力于打州席,我们取得83个州议席、民主行动党73个、人民公正党40个,这非但需要看国会议席而已,国会选区是由州选区撑起的。”

“跳槽风波”掀起浪潮之后,安华遂成敌党的攻击目标。尽管回教党也有插话说,安华遭指鸡奸是政治阴谋,可是,哈迪在访谈中一番“如果没有法庭,才发誓”的言论,显然是要安华到法庭证明其清白,莫再节外生枝说什么“愿向上苍发誓”的瞎话。

民主行动党雪州甘榜东姑(Kampung Tunku)区州议员刘永山(左图)也认为,安华再惹鸡奸疑案是令回教党“不高兴”的原因之一。

一 连串负面发展过后,回教党似乎已退守自己的基本盘,适时与人民公正党划清界线。哈迪阿旺在访谈中宣扬“以马来人为核心政治论”,与巫统的种族政治思想没什 么两样。非常明显地,回教党正藉种族和回教政治论述,与人民公正党竞争拉拢巫统的议员跳槽。这层竞争关系,令到在大选前和组民联之初淡化自己保守色彩的回 教党,有走回头路的迹象。

政党为守基本盘,回到自己的舒适地带,早有先例。1999年“烈火莫熄”(Reformasi)运动正炙时,回教 党扬起“回教国”的旗帜,与公正党、民主行动党及人民党组成替代阵线(简称“替阵”);但是回教党“回教国”概念遭马华公会大肆炒作,令民主行动党惨败收 场。2002年9月22日,民主行动党宣布退出替阵,与回教党划清界限。

雪州施政招致友党不满

经 记者提问,法沙和刘永山也点出,民联雪州的执政纰漏,也可能是回教党和人民公正党产生分歧的因素之一。法沙(右图)指出,雪州人民公正党没有心理准备执政 雪州,因此没有经验处理各项问题,这或是令回教党不满的地方。法沙认为,回教党的回教价值观非常浓厚,反之人民公正党走多元文化路线,决策时需考量华人、 印度人的感受,因而令回教党“不爽”。

刘永山则认为,哈迪阿旺的言论,瞄准了民联执政百多天来的施政弱点,雪州官员卷入贪污丑闻,也打击了民联的形象。

他也指出,早前雪州政府与民主行动党及回教党议员缺乏沟通,在没有通知州议员或最后一分钟才通知州议员的情况下,就对外宣布新政策,令州议员不满。不过,民联如今已成立囊括三党老中青领袖的协调委员会,每两周开会讨论各项问题,此问题暂时缓解。

除 此之外,刘永山也认为,“百万人抗议油价高涨大集会”发生的“露底”插曲,打击了回教党的士气。他也说,人民公正党基本由三种政治文化组成,即非政府组织 派、人民党派及前巫统派,而目前的人民公正党正由前巫统派别主导,以致带入了巫统的政治文化,“令人有不满之感”。无论如何,他补充说,三党的合作没有太 大问题,大部分问题还是属于可以改进的“细节问题”。

回 教党和人民公正党的差异愈渐明显,这个差异逐渐显露在大大小小的决定上。7月6日的“百万人抗议油价高涨大集会”集会之前,就有传言指民联友党担心大集会 遭人民公正党转化为安华的个人秀场,而集会当天内部传出,回教党因抗议安排乐队演出不果,该党出动以维持秩序的志工团(Unit Amal)宣告杯葛集会,集会下午舞台上乐队主音演唱时向听众露出内裤,更是挑战了回教党的极限。【点击:群众不满乐手脱裤露臀 险酿肢体冲突及时平息】

早前还挑剔女人涂口红的回教党把上述大集会插曲视为“奇耻大辱”,其领导人过去一周忙于就此事澄清解释。回教党精神领袖聂阿兹说,他为回教党与大集会扯到一起感到极为羞辱。

今日《哈拉卡》网站打出“酒:雪州回青团希望雪州政府莫重蹈覆辙”的 题目,要雪州政府关注切尔西球会7月29日抵马展开的友谊赛;他们希望雪州政府可以删除数项节目,包括友谊赛之前一场由酒厂赞助的酒会,因为饮酒违反了回 教教义。如果一场足球友谊赛和一场酒会也会令回教党叫嚣,人民公正党主导的雪州政府头疼该怎么应对回教党的时间会少吗?

Labels: , ,

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com