Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, June 30, 2006

Anwar desak Samy Vellu disiasat


Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) siasat Menteri Kerja Raya, Dato Seri S Samy Vellu atas skandal Matrade.

Menurut Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan, Kementerian Kerjaraya memberikan cadangan kepada kementeriannya ketika berada dalam kerajaan untuk meluluskan tender kepada sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Perangsang International Sdn Bhd (PISB).

Samy Vellu bagaimanapun menafikannya dalam laporan media bahawa kementeriannya mencadangkan pembinaan Menara Matrad diberikan kepada Ireka Construction Berhad tetapi Kementerian Kewangan tidak bersetuju, sebaliknya memilih PISB.

PISB gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual hingga menyebabkan kos pembinaannya melambung naik kepada RM287.5 juta.

Projek tersebut yang dimulakan pada tahun 1994 hanya berjaya disiapkan awal tahun ini oleh kontraktor baru, sedangkan ia sepatutnya disiapkan pada 1997.

PISB telah didenda sebanyak. RM159.8 juta atas kegagalan menyiapkan projek tersebut tetapi berjaya melepaskan diri apabila syarikat tersebut dijual serta ditukar nama.

Dalam sidang media yang diadakan di kediaman beliau di Damansara 29 Julai lepas, Anwar memberitahu bahawa Bahagian Perbendaharaan bertindak atas arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tender yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan iaitu Dato (kini Tan Sri) Abdul Ghani Othman.

Anwar terpaksa mendedahkan kes ini kerana Kementerian Kerjaraya mengambil sikap mudah dalam melepaskan tanggungjawab apabila projek Menara Matrade gagal disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan menuding jari kepada Kementerian Kewangan, yang mana menteri pada ketika itu ialah Anwar bahawa kontrak pembinaan dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jelas Anwar, dalam meluluskan sesebuah kontrak, ia melibatkan beberapa langkah dalam proses asas iaitu; Bahagian Kontrak akan meneliti cadangan yang diterimanya dan kemudian dibawa kepada Jawatankuasa Tender.

Dalam kes Matrade, Anwar memberitahu pegawai-pegawai kementeriannya membuat penelitian dengan mendalam kerana projek tersebut mendapat campurtangan daripada Menteri Kerjaraya.

“Ini diperkukuh oleh cadangan BPR melalui jawatankuasa kabinet yg saya pengerusikan,” kata Anwar.

Selain daripada Matrade, Anwar juga mendesak agar BPR menjalankan siasatan kepada projek-projek lain yang melibatkan Kementerian Kerjaraya termasuk projek Lebuhraya MRR2 di mana ia mengandungi elemen kegiatan rasuah dan perilaku jenayah.

 

 

Tuesday, June 27, 2006

Pengganas bertempik dalam persembahan menarik



Aku suka menyaksikan persembahan ini. Aku pada mulanya dipelawa untuk menyertai bengkel Experimental Workshop Series atas anjuran KL Performing Arts Cente (KL PAC).

Tetapi, memandangkan kesuntukan masa dan komitmen-komitmen lain yang perlukan lebih fokus, maka saya menarik diri.

Cemburu juga apabila melihat hasil kerja rakan-rakan; Hariati, Pang, Vernon dan lain-lain beraksi.

Mereka yang tidak menganggap diri mereka penari itu cuba ‘mengganas’ dalam satu persembahan yang diadakan di ibukota pertengahan Jun lalu.

Projek bengkel Performing Arts Cente (PAC) ditulangi Marion D’Cruz yang mempunyai puluhan tahun pengalaman dalam bidang seni persembahan.

Namun, hasil kerjanya melalui Choreography for Non-Choreographers: "Dance Terrorist" tetapi bukanlah satu keganasan seperti yang diandaikan oleh Kementerian Dalam Negeri tetapi lebih bersifat meta-choreography.

Sudah pasti, rakan-rakan saya itu tidak mempunyai latarbelakang dalam tarian.

Projek Choreography for Non-Choreographers itu adalah bengkel kedua PAC didedikasikan sempena ulangtahun pemergian pengasas Five Arts Centre, Krishen Jit.

Pementasan tersebut yang dipersembahkan di Pasar Budaya Kuala Lumpur 17-18 Jun lalu memperlihatkan individu seperti pengarah filem James Lee, Adrian Kisai (pengurus produksi teater), Gabrielle Low (ahli kumpulan teater remaja), Hari Azizan (wartawan dan pengarah teater), June Tan (pengurus pentas), Kiew Suet Kim (pelakon/dpengarah), Mark Teh (pemudahcara seni masyarakat), Myra Mahyuddin (pekerja teater), Pang Khee Teik (editor), Vernon Adrian Emuang (pelakon) and Wyn Hee (pengarah produksi).


‘Keganasan’ yang dimaksudkan oleh D Cruz ialah penentangan beliau yang bercanggah dengan norma-norma seni yang diamalkan.

Bagi beliau yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Akademi Seni Kebangsaan, perkataan koreografi tidak semestinya dikaitkan dengan tarian.

Beliau memberi contoh bahawa seseorang juga tidak salah untuk mengkoreografkan sesebuah pergerakan politik mahupun peperangan. Selain itu, melalui koreograf, seseorang juga mampu untuk menyatakan waktu dan temujanji.

“Koreografi menyatakan perletakan tubuh seseorang dalam sesuatu situasi bagi mendapatkan pendapat arau maklumat sampai ke penerima,” jelasnya.

“Ia adalah satu pergerakan, dan pergerakan adalah satu ekspressi,” kata D Cruz.

“Ekspressi ialah kehidupan,” jelasnya.

Menurut D Cruz yang bertindak sebagai Pengarah Artistik bagi persembahan itu berkata, setiap tajuk dan idea pementasan datang dari setiap peserta dalam bengkel.

Setiap peserta bebas untuk menggunakan teks, muzik, dan kata-kata bagi setiap tema yang dipilih.

“Merekalah sendiri yang sebenarnya Pengarah,” kata D Cruz.

Mereka diberi kebebasan untuk menunjukkan ‘taring’ masing-masing dalam sesuatu persembahan unik dan memprovokasikan minda.

Dalam projek seni usulan D’Cruz tersebut, kriteria bagi peserta ialah sesiapa yang tidak mempunyai latarbelakang atau pengalaman dalam tarian.

Projek ini tidak berjaya sekiranya ia disertai oleh penari kerana mereka (penari) akan menumpukan terhadap pergerakan mereka dan aestetika.

“Nilai-nilai tersebut akan menggagalkan tujuan kami,” jelas D’Cruz yang juga isteri kepada mendiang Krishen Jit.

Pementasan tersebut bukanlah seperti yang mungkin diandaikan oleh banyak pihak bahawa pementasan ini berbentuk satu tarian tetapi ia lebih mirip kepada penglihatan dan pemahaman bagaimana badan mampu untuk menterjemahkan maklumat, idea-idea dan pandangan.

Ketika menceritakan pengalaman bekerja bersama Krishen, Marion berkata mendiang sewaktu mula mengenali antara satu sama lain, suaminya telah menterbalikkan idea-idea dan konsepsinya.

Projek seninya kali ini, menetapkan deria artistiknya dalam penghasilan sesebuah persembahan.

Salah satu daripada persembahan menarik dalam pementasan itu ialah A sleepwalker in transit karyaMyra Mahyuddin.

Pementasan 4-minit itu dinukili dari pemerhatian peserta bengkel sewaktu berulang-alik secara rutin dalam terowong LRT.

Beliau mentafsirkan orangramai yang melaui terowong yang menuju ke stesen KLCC itu sebagai orang yang berjalan dalam tidur yang hanya sedar apabila tiba di tempat kerja masing-masing.

Satu daripada rakan ‘penari’ akan melakonkan watak orang berjalan dalam tidur manakala salah satu lagi peserta akan melakonkan watak orang yang tidak mengalami sindrom tersebut.
Selain dua pelakon utama yang menjayakan pementasan tersebut, seorang lagi akan menjadi pelindung agar orang yang berjalan dalam tidur itu tidak memberi sebarang ‘gangguan’ kepada pihak yang lainnya.

Salah satu prop ringkas yang digunakan dalam pementasan itu ialah jam loceng. Jam loceng besar dibawa ke hulu hilir sepanjang pementasan itu.

Ia memberi simbol kepada alat yang menunjukkan penghujung perjalanan terowong dan apabila jam berbunyi – menandakan semua orang rutin kerja masing-masing yang membosankan.

Myra mungkin tidak sedar bahawa dia sendiri adalah sebahagian daripada sistem berkenaan.


Berikut ialah sinopsis bagi pementasan yang lain:

1. Will You Please Be Quiet, Please?
Most of the time people don't mean what they say, because most of the time their emotions dictate their choice of words and the way they speak. And emotion is something people can't control but only suppress.

James Lee

2. 24 minutes in Kuala Lumpur, 64 minutes in Jakarta
This piece uses humour to explore the themes of greed and consumption, as well as labour and inequality. The title refers to how many minutes an average worker in the two cities must work to afford a Big Mac, according to a worldwide survey on prices and earnings, conducted by a Swiss investment bank.

Gabrielle Low

3. Damaged

Adrian Kisai

4. In One Piece

No more heartbreaks! Let’s take a picture with a big smile!

Wyn Hee

5. Hallelujah

"You say I took the name in vain / I don't even know the name / But if I did, well really, what's it to ya? / There's a blaze of light in every word / It doesn't matter which you heard / The holy or the broken Hallelujah." - Leonard Cohen.

In our closets, we are desperate to celebrate the love we have. I want to celebrate the struggle, which also includes the struggle to justify, to make sense of our feelings.

Pang Khee Teik

6. The More We Get Together

What we see in public -
Kids purest hands holding and hugging,
Whereas lovers loving, hugs and kisses,
Labeled as immoral,
Purity. Appetency. Sensibility…
Who has the ability to draw the line of MORALITY?

Kiew Suet Kim

7. Don't wake me up, I'm sleeping

"Then they came for me and there was no one left to speak out for me." - Pastor Martin Niemöller.

Hari Azizan

8. Unrequited

Like many non-Bumiputera Malaysians, I was struck by the phrase in Yasmin Ahmad's film Gubra, "It's like being in love with someone who won't love you back." Even when someone or something gives you so many reasons to walk away, or leave, hope can be an amazing, awesome force.

Vernon Adrian Emuang

9. A sleepwalker in transit

Myra Mahyuddin

10. Cita-cita saya

June Tan

11. Buang Ruang Kurang Kurung atau Tiap tiap hari, Khabar Angin Lama, Surat Khabar Sama

Mark Teh
Unrequited
UNREQUITED: adjective - not returned in kind (Example: "Unrequited (unanswered) love"), of a feeling, especially love) not returned or rewarded.

Music: "No More Good Guys" by SKINDIVE

Like many non-Bumiputera Malaysians, I was struck by the phrase in Yasmin Ahmad's film GUBRA, "It's like being in love with someone who won't love you back." Even when someone or something gives you so many reasons to walk away, or leave, hope can be an amazing, awesome force.

Skindive's "No More Good Guys" is the song that I will be using for our final project. I heard this song on the final episode of Season One in "Queer as Folk", just after a tragic bashing of one of the main characters.

I liked the sound of the song, which I felt was dead accurate, and went looking for the lyrics. Even within the pain of the song, there seemed to be a glimmer of hope and a searching for strength.

Soon I found the MP3 online, and after repeated listening, the song seemed to say that even from pain and suffering, if you looked deeper inside you'd find a reason to be hopeful.

It made me think of the line in Gubra, "It's like being in love with someone who won't love you back." And the pain that comes out of that.

I hope to use this song in a manner that tells all Malaysians that if we would take action, perhaps "the pain inside will stop".

Here are the lyrics (WITH CHOREO-CUES):

(Note: 8 COUNTS to a musical phrase, even counts on snare when singing begins)

(SUM OF THE PARTS) Musical intro (4 X 8 counts, FROZEN, on first half phrase - then into slow walk)
I died today,
but I'm still breathing,
bleeding,
for now,
I'm broken.

(**gunshot** - I'd like to insert like a Group Accent here)

You left me here,
Capsized and sinking,
thinking, right now,
there's no more good guys.

(Music swells)You left me standing here,
(Music swells) alone and colder,
(Music swells)I hope that some day soon,(BROWNIAN starts on 3rd swell)
the pain inside will stop. (FREEZE on stop)

(Music - Phew - ALL FROZEN)

(MELTDOWN - June) You died today,
but you're still breathing,
in my mind, (MELTDOWN - Hari)
that is,
there's no more good guys.

(**instrumental - 4 X 8 beats**)

(MELTDOWN - Mark)
(MELTDOWN - ALL)

You left me standing here, (roll and pulsate to form STEPPING STONES on standing)
alone and colder,
I hope that some day soon,
the pain inside will stop (STEPPING STONES formed, Myra starts climb on 'see me')
I hoped you'd see me,
I hoped you'd understand,
Or crucify me for my failings,
my cruel ambition,
hardly justified,
and the pain inside will ... stop. (Myra falls into Adrian's arms)
(Cannon to stand - walk in procession)

Concepts:

Group dynamics: Alone - Together
Movement - stillness: Message - reflection.
Tableaus - The epiphany

 

 

Monday, June 26, 2006

Blog Baik Lawan Blog Jahat 3



Nampaknya, jimadieshah.blogspot.com masih lagi memainkan sentimen yang mempersoalkan peranan dan isi kandungan faisalmustaffa online.

Aku serah kepada kebijaksanaan dan kebebasan yang dimiliki untuk memanfaatkan.

Aku juga mendoakan kesejahteraan jimadieshah.blogspot.com bersama rakan-rakan mayanya.


Termakbulkah semangat yang pandai berjanji?


Aku teruja sungguh dengan layanan blogger Faisal Mustaffa terhadap dua entri aku sebelum ini dalam siri Blog Baik Lawan Blog Jahat. Aku teruja dengan perasaan bersungguh-sungguh menafikan apa yang dia katakan kejian terhadap Faisal Mustaffa Online. Baiklah, barangkali ini siri terakhir untuk gerakan mengkritik Faisal Mustaffa Online. Entri ini tidak akan menyatakan sebab-sebab kejian itu dilakukan.

Aku ingin mengulas sang blogger yang tadi bahawa aku teruja dengan evolusi blog. Iya, ada benarnya. Aku mula blogging secara rasminya di sini pada September tahun lalu. Sebelumnya dengan ruang k0s0ng. Perkembangan bloging aku, kalau mahu diutarakan mengambil format Anwar Ibrahim 3.0 yang memaparkan perkembangan versi mantan Perdana Menteri ini, aku sebagai bloger barangkali mencapai tahap 3.0 juga. Jimadie Shah 1.0 ketika dia menulis tentang resah-gelisahnya dengan perempuan imaginasinya Maisarah dan Susan, yang, kami gelar juga "gadis baik (tapi) perut buncit"--perempuan yang dibabtiskan dua kali dan lingkaran-lingkaran dosa Adam dan Hawa dari pengaruh pembacaan Israiliyatku dari Perjanjian Lama dan Barnabas.

Jimadie Shah 2.0 ketika kisah-kisah epal Adam dan Hawa ketika ia belum menikah. Sekarang ia sudah menikah dan meninggalkan benih dalam rahim istrinya. Ia mendepani masalah dengan entri-entrinya, ada yang menimbulkan fitnah dan salah sangka, kerana itu ia mencabut sebahagian besar entri-entri yang tidak digemari dalam versi 2.0 yang menjadikannya wajah yang seperti ini.

Kemudian aku malas, tidak update berhari-hari. Dan bertemu pemuda cekal tetapi sedikit emosianal aku kira. Dia seperti terlalu bangga mengelolakan Faisal Mustaffa Online dan obses dengan ranking 100 terbaik blog Malaysia. Oleh itu, aku pernah kata pada laki-laki ini, kaki makan pisang dekat restoren Shahi Qilla ini, "tujuan aku menulis blog sebab nak potong populariti blog kau."

Tetapi aku tewas dan aku tidak menyalahkan pengadil. Dan aku tewas pada hari ini. Sekurang-kurangnya aku lebih rajin kemaskini blog tiap hari daripada 'hero buruh' ini. Pembaca adalah hakim.


Kejian yang dilontar terhadap blog ini bagi sesetengah pihak seolah-olah bahan ketawa. Bagi diriku, aku akan terus blog selagi mampu,
tulis beliau dalam entri terbarunya.

Termakbulkah semangat yang pandai berjanji?

 

 

Wednesday, June 21, 2006

faisalmustafa online Dapat Jemputan Tun Mahathir


Dalam kehangatan dikeji oleh segelintir yang bergelar blogger baru-baru ini, faisalmustaffa online menerima jemputan dari Perdana Global Peace Organisation bagi menghadiri satu majlis bertaraf antarabangsa dalam Sessi Panel Keamanan Global Perdana pada 21 Jun dan Syarahan Awam Keamanan Global Perdana keesokan harinya.

Kedua-dua majlis tersebut merupakan komponen dalam Forum Keamanan Global Perdana yang bertemakan "Jenayah Peperangan. Hentikan Perang Dunia IV".

Majlis tertutup itu akan dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad diikuti oleh lima penceramah yang akan membentangkan kertas kerja masing-masing. Mereka ialah:

Mr Denis Halliday, Bekas Pembantu Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu

Mr. Hans-Christof Von Sponeck, Bekas Pembantu Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu

Dr Helen Caldicott, Presiden, Institut Kajian Polisi Nuklear(NPRI)

Professor Francis A Boyle, Professor Undang-undang, University of Illinois School of Law

Professor Dr Michel Chossudovsky, Professor Ekonomi, University of Ottawa

Selain Faisal Mustaffa, blogger-blogger lain yang juga akan turut serta ialah:

01. Jeff Ooi - http://www.jeffooi.com/
02. Steven Sum - http://www.lensamalaysia.com/
03. Mack Zul - http://www.brandmalaysia.com/
04. Suanie - http://www.suanie.net/
05. Pok Ku - http://bustamann.blogspot.com/
06. Vernon Emuang - http://www.defiantlabs.com/
07. Pang Khee Teik - http://www.kakiseni.com/
08 Norshaly
09. Faisal Mustaffa - http://www.faisalmustaffa.blogspot.com/
10. Yvonne Foong - http://www.yvonnefoong.com/
11. Sharizal - http://www.sharizal.net/
12. TV Smith - http://www.mycen.com.my/duasen/
13. Rocky - http://rockybru.blogspot.com/
14. Jack Soo - ( Jeff's researcher)
15. Patrick Teoh - http://www.defiantlabs.com/
16. Nizam Zakaria - http://nizamzakaria.blogspot.com/
17. Menj - http://blog.menj.org/
18. Aizuddin - http://www.aizuddindanian.com/

 

 

Tuesday, June 20, 2006

Blog Baik Lawan Blog Jahat 2

Berikut hasil tulisan yang saya dapat dari satu blog 'setahun jagung' yang teruja dengan evolusi blog melalui jimadieshah.blogspot.com

Tak perlulah diberi publisiti banyak sampai bahagian kedua. Banyak lagi blog-blog menarik yang mungkin perlukan publisiti sedemikian. Bukan yang ini.

Kejian yang dilontar terhadap blog ini bagi sesetengah pihak seolah-olah bahan ketawa. Bagi diriku, aku akan terus blog selagi mampu.

PS: Tun Mahathir and other selected bloggers; see you tomorrow.



"Blog komunis pun tak macam tu," kata Khalid semalam di Jalan Telawi.

Faisal Mustaffa mula blogging tiga tahun lalu. Sejak dia berkhidmat dengan akhbar tak ada permit Suara Keadilan, hingga dia berhenti. Sejak aku menulis tentang siri pertama entri semacam ini, aku fikir barangkali kelakuan sebegini tidak diterima kaum Internet. Kerana itu aku sengaja selang beberapa hari untuk itu.

Semalam Faisal angkat entri dari Yang Separuh Israiliyat ke dalam blognya untuk menunjukkan bahawa dia benar-benar terbuka menerima kritikan. Aku tinggalkan nota dalam ruangan nota,
Dah sah jahat. Lain kali letakkan kredit. Bahawa entri ini diangkat dari blog aku. Tak cukup setakat letak link. Nanti orang kata aku tulis surat layang.

Confirm jahat. (:

Andai saja aku tidak kenal penulis ini. Blog usang ini dipenuhi keghairahan dan slogan-slogan yang berkarat. Boleh membius orang yang fikiran tidak matang atau yang bawah pengaruh alkohol ideologi. Adakah ini sebuah blog mendepani hati nurani pekerja? Adakah cukup dengan slogan, "Bangkitlah Kaum Buruh & Petani Menentang Kapitalisme & Imperialisme!"

Jangan baca blog ini. Berdosa.

* * *

Andaikan aku tidak kenal Faisal Mustaffa? Tidak boleh sebab ini adalah blog. Blog ialah catatan harian di Internet yang bersifat peribadi.Ini adalah b-l-o-g. Ini bukan Suara Keadilan atau Malaysia Today atau mana-mana surat khabar. Adakah Faisal Mustaffa faham?

 

 

Monday, June 19, 2006

Malam Solidariti Hari Buruh 2006


Selepas menyambut Hari Buruh 2006 ini, dengan sukacitanya LRC menjemput pihak anda ke Majlis Malam Solidariti Hari Buruh 2006.

Majlis ini adalah julung-julung kalinya diadakan dimana pelbagai pihak yang terdiri daripada kesatuan sekerja, NGO dan individu dijangka akan hadir.

Majlis ini juga untuk kita raikan agar dapat menyingkap semula puluhan tahun perjuangan kaum pekerja tanahair, dimana tahun 2006 telah terdapat pelbagai isu penting yang telah membuatkan tahun 2006 menjadi titik penting kepada perjuangan pekerja.

Berikut adalah butiran majlis tersebut:

Tarikh: 24 Jun 2006, Sabtu
Masa: 8:00 malam
Tempat: Pearl International Hotel, Batu 5, Jalan Kelang Lama 58000 Kuala Lumpur


Beberapa ucapan, tayangan, pelancaran buku dan persembahan akan diadakan. Kupon jamuan ini dijual dengan harga RM60 dan RM100 seorang.

Jika berminat boleh hubungi saya melalui e-mel acai@pc.jaring.my bagi menempah tiket.

 

 

SUARAM will launch its 2005 Report


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), will be launching her SUARAM Human Rights Report on Civil Political Rights 2005 this coming 23 June 2006 (Friday) at 10a.m. at Crystal Crown Hotel.

The photo shown is their previous report and can be obtained from TOKOBUKU.

According to her Documentation and Monitoring Coordinator, Brinda Diana Paul the guest speaker will be the dynamic president of the Malaysian Bar Council, Mr. Yeo Yang Poh, who is also a keen and vocal advocate of human rights in Malaysia.

For nine years SUARAM has been relentless in its pursuit of monitoring, documenting and compiling hard facts on the state of civil and political rights in Malaysia. The annual publication of a Human Rights Report is the fruit of such labour.

This year's report focuses on the human rights violation in this country throughout the year 2005. Areas of remit include detention without trial and the abuse of police powers. It further encompasses the area of fundamental civil liberties such as freedom of _expression, freedom of assembly and freedom of religion.

This event will be the perfect platform for us to foster solidarity in defending and advocating human rights in Malaysia. As such, your attendance will speak volumes in our mutual quest for a better Malaysia.

For those who are keen to attend the function can contact Suaram at 03-77843525/77835724 or suaram@suaram.net.

 

 

Blog Baik Lawan Blog Jahat 1


Apakah blog baik dan apakah blog jahat? Apakah blog? Siapakah blogger-blogger yang dimaksudkan. Bagaimana sesebuah blog itu boleh jadi baik atau boleh jadi jahat. Blog pertama yang saya katakan jahat adalah blog Faisal Mustaffa. Faisal Mustaffa ialah kawan yang saya jumpa hari-hari, yang menemani saya makan pisang di restoren Shahi Qilla. Saya akan buktikan. Blog kawan-kawan saja sebahagiannya baik tapi banyak yang jahat. Blog saya dulu agak baik, sekarang jahat sedikit tapi dalam usaha untuk bertaubat. Bila tak ada kerja macam ini, saya ingin menjadi nakal. Apologi seawalnya. Saja main-main.


Bersatulah geng-geng baik melawan geng-geng jahat! (Mungkin khalidjaafar.org tidak selesa dengan slogan seperti tulisannya berkaitan khalifah dan Zhuge Liang dalam forum di Ummahonline.com)

 

 

Sunday, June 18, 2006

Happy Birthday Suu Kyi



The Youth Wing of Peoples Justice Party (KeADILan) would like to call the immediate and unconditional release of Nobel Laureate Daw Aung Sann Suu Kyi on the occasion of her 61st Birthday.

KeADILan condems the extension of Daw Aung San Suu Kyi’s house arrest by another six months.

This coming 24 October 2006, she will mark a total of 11 years in detention.

The call also include NLD’s General Secretary, and U Tin Oo, National League for Democracy (NLD)’s Vice Chairman. U Tin Oo’s house arrest also has been extended by another year.

The military authorities are determined to make their lives as difficult as possible. On 16 December 2004, despite assurances by the junta that arrangements would not be changes, Suu Kyi’s access to her doctor was cut from three visits a week to one, while her personal NLD security detail was cut from 13 to six.

Political arrests, detentions and trials have continued throughout the last 22 months. Members of the NLD have been routinely targeted by the junta, solely in their peaceful political activities. Since 1 November 2004, SPDC authorities have arrested 62 NLD members, including three MPs.


Conditions of detention

Prison conditions in Burma continue to be poor, and prisoners continue to be denied necessary medical treatment and an adequate diet.

At the end of September 2005, a serious cholera outbreak in Thawardy Prison, north of Rangoon, resulted in the death of more than 40 inmates, including a political prisoner, Arakan Communist Party member Aung Yet Khaing, who had been detained since 1986.

Between December 2005 and January 2006 another cholera outbreak in Akyab Prison, in Arakan State, killed at least 12 prisoners.

Both outbreaks reportedly originated from soiled food supplies with bad sanitary conditions within the prison.

Corporal punishment, shackling, solitary confinement in darkened cells, food and water deprivation and other forms of ill-treatment have continued to be regularly used by SPDC authorities against political prisoners in prisons across Burma.

Besides that, there have also been seven reported cases of political prisoners who have died in custody between May 2005 and January 2005.

Custodial deaths also involved military intelligence agents who had been jailed following the purge of former Prime Minster Kin Nyunt.

We also urge the United Nations, to act without favour or fear, and bring the sufferings of the people of Burma to the tables of the UN Security Council.


Release of peaceful protestors

The Youth Wing of keADILan were understood that out of 82 Burmese arrested for protesting in front of South Korean Embassy last 18 April 2006, two were still detained in the detention camp.

The Malaysian police acted brutally on that occasion by arresting 82 Burmese who protested against the Shwe natural gas project in Arakan States of Burma.

We call on the police to respect the right to peaceful assembly and immediately release all the detainees.


Deportation of Refugees

The Youth Wing is also extremely concern over the deportation of Rohingya refugees to Burma. Many Rohingyas have been deported back to Burma via Thailand in spite of the government giving statements of recognition to these refugees, once approved by the UNHCR.

The deportation to Thailand where they are then arrested by the Thai authorities were sent back to Burma with absolutely no concern for their safety. The persecution will materialize in Burma and threaten their lives.

The Rohingyans were brought to the court and charged with illegal moving through borders within Burma and then on to Thailand without proper documents. They were later convicted and sentenced to seven years in jail.

The agreement of the refugees to be deported not because of ‘voluntariy’ but could no longer live under the horrific conditions in the detention camp of poor food, illness and lack of medical treatment.

Some refugees detained at Semenyih Camp were incarcerated for up to three years and could not continue to be in these conditions and so were left with no other choice but seek deportation.


The Youth Wing demands:

1. Release Daw Aung San Suu Kyi from house arrest.

2. Recognize Burma’s 1990 election and maintain the people’s choice of government.

3. Allow all UN and international organizations visit Aung San Suu Kyi.

4. ASEAN to withdraw Burma’s membership as the latter failed to hold its promise to be more openness and democracy. However, they have proven to be empty promises. Even when ASEAN made moves to deny Burma's turn as the chair of ASEAN in 2007, the junta has not made amends.


5. Release all Burmese refugees currently held in detention camps and close all detention camps which are proven failed to provide minimum standards.

6. Respect the right to peaceful assembly and immediately release all the detainees who were practicing their rights to assemble.

You are cordially invited to join the Aung Sann Suu Kyi's 61st Birthday commemorative ceremony and exhibition on 18th June 2006 (Sunday) 12 noon to 5 pm at Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

 

 

Thursday, June 15, 2006

Malaysia raikan kejayaan tumpaskan MyTeam?


Pasukan Malaysia telah meraikan kemenangannya apabila kemenangan 2-1 berpihak kepada mereka dalam perlawanan pada 28 Mei lalu.

Kemenangan itu lebih diraikan oleh pasukan Malaysia ialah apabila mereka meletakkan pasukan junior mereka di bawah 20 tahun.

Patutkan pasukan Malaysia meraikan kejayaan tersebut? Sebagai sebuah pasukan yang mewakili Negara yang menumpaskan dengan kemenangan 2-1 bukanlah satu kejayaan. Ia sungguh memalukan.

Pasukan Malaysia dilihatkan begitu berhempas-pulas dalam perlawanan tersebut dengan meletakkan tiga daripada barisan pemain Negara dalam pasukan menentang MyTeam.

Pada saatu ketika MyTeam juga dalam satu masa hanya mempunyai 10 pemain sahaja.

Dengan itu pun menimbulkan tekanan hebat kepada pasukan Negara.

FAM diperlihatkan sebagai takut untuk menerima cabaran yang dibuat oleh penerbit eksekutif MyTeam, Khairy Jamaluddin. Apakah pasukan Malaysia juga mempunyai mesyuarat seperti ahli-ahli cabinet yang lain apabila memohon untuk membuat temujanji sehingga hanya meletakkan pasukan bawah 20 tahun.

Semangat patriotik

Beberapa hari sebelum perlawanan, peminat bolasepak yang datang diminta berpakaian biru sekiranya menyokong MyTeam dan kuning jika menyokong Malaysia.

Malangnya, melalui kaca TV nampak jelas lautan manusia yang hadir di Stadium Bukit Jalil itu berpakaian gelap (biru).

Teringat apabila pada satu ketika dahulu bilamana pasukan Manchester United datang ke Negara ini dan mengadakan perlawanan persaahabatan dengan Malaysia. Kebanyakan penonton memakai baju jersi merah – menyokong Manchester United.

Khairy terpaksa membuat sidang media sehari selepas perlawanan bagi membalas kenyataan FAM itu engan memberitahu tidak semestinya seseorang itu tidak menyokong pasukan Negara bermakna tidak patriotic. Tindakan tersebut seolah-olah seperti ketan mengajar anaknya berjalan betul. Inilah taktik yang dipergunakan oleh Barisan Nasional (BN) dalam setiap kempen pilihan raya dengan mengugut para pengundi supaya mengundi parti pemerintah sekiranya bersifat patriotik.

Kemenangan tersebut sudah tentu memberi sedikit sebanyak kredit kepada Khairy dalam karier politiknya. Khairy yang sebelum ini hanya ahli jawatankuasa kepada FAM meminta jawatan yang lebih tinggi dalam FAM kerana mampu memberi saingan hebat kepada pasukan Negara dan menunjukkan secara jelas kegagalan FAM selama ini.

Khairy juga sepatutnya mengetahui bahawa program MyTeam sebenarnya langsung tidak menjana keuntungan kepada sukan tanahair.

Khairy, melalui pengaruhnya telah menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia bagi mencari bakat-bakat baru bagi menentang pasukan kebangsaan.

Ke manakah halatuju pemain-pemain yang dilatih secara enam minggu yang dipenuhi dengan llatihan mental dan fizikal bagi mempersiapkan diri dalam satu-satu perlawanan.

Mereka juga dibawa ke Manchester untuk mengadakan perlawanan dengan pasukan junior Manchester United.

Apakah perancangan mereka selepas program reality TV MyTeam ini? Pulang ke kampong halaman masing-masing? Menorah getah, menjual burger atau menjadi kerani bank? Itukah penyudahannya?

Sekiranya itulah kesudahannya, maka Khairy juga gagal.

Berlainan dengan program SoccaStar yang akhirnya menempatkan juara dalam pasukan itu untuk berlatih di luar Negara dengan pembiayaan sepenuhnya dengan harapan pengalaman yang dikumpulkan dapat dimanfaatkan dalam Negara ini nanti.

 

 

Monday, June 12, 2006

Bila dua gajah berkelahi …….

Kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin (7 Jun 2006) yang menyesali keputusannya melantik Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai pengganti beliau mendatangkan pelbagai rekasi daripada pelbagai.


Percutian saya di Pulau Pinang agak terganggu dengan tindakan yang tidak disangka-sangka dilakukan oleh tokoh politik veteran ini. Tidak ada foto-foto menarik untuk dipaparkan dalam artikel ini; kerana kedua-duanya ada sejarah buruk masing-masing. Hanya yang dapat dikongsikan ialah gambar-gambar kenangan saya ketika berada di Hotel Parkroyal, Batu Feringgi dan layanan mesra kakitangan-kakitangan hotel di sana.

Sebagai pemikir politik, saya sudah menyangka kenyataan-kenyataan balas sesetengah politikus ketika mengulas mengenai kenyataan Bekas Perdana Menteri itu.

Dalam kenyataannya, Tun Mahathir bukan sahaja mengecam tindakan Abdullah mengenai polisi-polisi yang dibuat sepanjang dua tahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri, bahkan mengisytiharkan bahawa Abdullah bukanlan pilihannya yang utama sebagai pengganti beliau dalam memegang jawatan terpenting dalam Negara.

Abdullah juga dikatakan telah mengemukakan empat soalan bagi Perdana Menteri. Di antaranya ialah berkaitan dengan isu penyalahgunaan AP, salah urus hal-ehwal Proton, pembatalan projek-projek mega, dan yang terkini, pembatalan pembinaan jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura serta rancangan penjualan pasir kepada Singapura menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran negara.

Kenyataan sedemikian telah membawa satu ombakan tsunami terutama sekali kepada pucuk pimpinan Umno (Baru).


Ahli-ahli kabinet terutama sekali dalam Barisan Nasional (BN) bergilir-gilir memberi kenyataan selamat agar setiap kenyataan yang dibuat tidak memudaratkan diri masing-masing.

Apa juga pandangan yang diberikan, pokok utama mestilah menunjukkan tanda sokongan kepada Perdana Menteri dan tidak mengutuk pandangan Tun Mahathir.

Begitu juga ketika Mahathir berada dalam era kekuasaan. Mereka mengeluarkan kenyataan yang sama, mendokong di belakang kepimpinan Perdana Menteri. Kelulusan projek-projek mega, penyaluran kontrak-kontrak kerajaan kepada kroni dan kenaikan harga barang; semuanya mendapat kelulusan kabinet.

Najib Razak (Datuk Seri, Timbalan Perdana Menteri)

Tekanan yang paling berat mestilah berada di pihak Timbalan Perdana Menteri yang disebut oleh Mahathir sebagai orang yang sepatutnya dilantik sebagai pengganti beliau.

Najib berada di India ketika dalam perkara tersebut berlaku atas lawatan rasmi kerajaan.

Najib terselamat dari sebarang konflik politik. Pada tahun 1967 ketika kerajaan melancarkan Ops Lalang menahan para cendikiawan yang kritis pada ketika itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melarikan diri ke London untuk berehat. Sungguhpun keberangkalian beliau tersenarai dalam para tahanan, beliau mengambil langkah selamat. Itu sudah cukup memberi perlindungan kepada beliau daripada memberi sebarang komitmen mahupun pandangan mengenai keadaan huru-hara yang berlaku ketika itu.

Dalam mengulas pendiriannya, Najib memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pimpinan Perdana Menteri.

Dalam pada masa yang sama, Najiblah yang memberi arahan untuk mengedarkan Khairy Chronicles yang disiarkan dalam Malaysia-Today yang kini sudah mencecah siri yang ke 32.

Laporan Khairy Chronicles memaparkan gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dalam mengembangkan karier politik melalui lapangan mudah menerusi bapa mertuanya, Abdullah Badawi.


Musa Hitam (Tun, Bekas Timbalan Perdana Menteri)

‘Elegant silence’ ialah perkataan menarik untuk diperdebatkan apabila mengulas mengenai tindakan Perdana Menteri yang tidak melatah ketika kenyataan kontroversi tersebut dikeluarkan oleh Mahathr.

Musa langsung tidak memberi komen atas persetujuan kenyataan tersebut langsung memberi rasa setuju dengan reaksi Perdana Menteri yang senyap apabila dikritik hebat oleh mentornya.

Tindakan senyap Perdana Menteri itu juga dianggap sebagai satu tindakan matang yang dibuat oleh seorang Perdana Menteri.

Apa yang berani keluar dari wawancara Musa Hitan ialah mengatakan bahawa Mahathir kini sedang mengalami sindrom Post Prime Ministerial yang kronik.


Tengku Razaleigh Hamzah (Bekas Presiden Parti Semangat 46, Ahli Parlimen Gua Musang, Ahli Pimpinan Tertinggi Umno)

Ku Li tidak menjawab apabila diaju soalan mengenai kebenaran bahawa Dr Mahathir (ketika menjadi Perdana Menteri) telah memufliskan Negara apabila membina projek-projek mega. Beliau cuba menasihati Abdullah supaya bersungguh-sungguh dalam merangka pelan pemulihan ekonomi.

Projek-projek yang dimaksudkan sudah tentulah projek yang kononnya melambangkan identity Negara seperti Putrajaya, Menara Berkembar KLCC, trek lumba kereta F1 dan KLIA.

Projek-projek mega yang di bawah Dr Mahathir yang telah berubah menjadi ‘gajah putih’ ialah seperti kompleks sukan Bukit Jalil.


Datuk Seri S.Samy Vellu (Presiden MIC)

‘Ular sawa’ ini secara terang mengeluarkan kenyataan tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri.

Beliau yang sudah memegang jawatan menteri melebihi 20 tahun itu telah merasakan pengalaman bekerja dengan kedua-dua Perdana Menteri dan terselamat daripada senarai yang dikeluarkan daripada orang-orang terpenting dalam kabinet sungguhpun terlibat dengan pelbagai skandal termasuk saham Maika dan projek-projek lebuhraya yang terbukti mengandungi gagal dan berbahaya seperti NPE, projek hospiral yang mengalami kebocoran dan banyak lagi.


Datuk Seri Radzi Sheik Ahmad (Setiausaha Agung Umno)

Dalam kenyataannya kepada media, beliau menyangkal tuduhan Tun Mahathir yang mengatakan Perdana Menteri telah memberhentikan projek-projek yang dilaksanakan tetapi enggan mengulas mengenai projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru-Singapura yang secara jelas atasi inisiatif Tun Mahathir dan mendapat arahan Abdullah untuk menghentikannya.


Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Ketua Penerangan Umno)

Individu yang didapati oleh kerajaan Australia cuba membawa masuk beg yang dipenuhi dengan USD ke Negara itu memberitahu bahawa polisi-polisi dan keputusan yang dbuat oleh Abdullah adalah berdasarkan kepada harapan rakyat.

Beliau tidak pula menyatakan kekecewaan rakyat apabila Abdullah mengumumkan kenaikan harga bahan baker dan meluluskan kenaikan tariff elektrik serta memberi arahan supaya sebarang bantahan rakyat terhadap kenaikan tersebut tidak dilaporkan dalam media.


Datuk Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)

Beliau memberitahu bahawa ada kemungkinan tindakan Tun Mahathir itu dibuat berdasarkan pengaruh sesetengan pihak bahawa Abdullah sudah tidak mahu memberi sokongan kepada Umno.

Tidak dapat dipastikan bahawa ketika kenyataan tersebut dikeluarkan, adakah beliau dalam keadaan terkejut atau buat-buat terkejut.

Ini adalah kerana, Zam sepatutnya memang mengetahui budaya Umno yang ‘tikam belakang’ dan permainan politik wang sungguh berleluasa dalam parti itu.



Secara keseluruhan, tindakan ahli-ahli cabinet memang sudah diduga, hanya mementingkan diri masing-masing, enggan untuk memberi sebarang komen dalam memastikan pembangunan mampan; yang penting diri terselamat dan kekal dalam kabinet. Pengalaman yang dilalui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sudah cukup menggerunkan mereka untuk tidak bertindak sewenang-wenang.

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com